Aurora menamatkan panggilan dengan Danish. Waktu ni mereka lepak dipondok kerana tidak mahu tersepit di kantin. Naufal dan TB membelikan makanan untuk Aurora dan TG. TB kembali dengan makanan ditangan.
"Kenapa?" tanya Mas.
"Achik nak balik u. Kata balik esok tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. Haihh." jawab Aurora malas dan lemah.
"Laa. Habis tu. Yang kau monyok ni apasal?" tanya Fera pelik.
"Aku ingat nak buat kek dengan dia balik nanti tapi tu la... Hmmm." kata Aurora lagi.
"Dahlah. Jangan sedih. Dia balik nanti, kau ajaklah dia buat kek. Ha, tak pun nanti kita buat sama-sama. Kita dah lama tak buat desert sama-sama." pujuk Fiya.
"A'ah kan. Nanti kita buat nak?" tambah Lisya.
"Ye la. Thanks girls." kata Aurora tersenyum manis.
"Ehem ehem." Farhan berdehem.
"Kau dah kenapa? Sakit tekak?" tanya Lisya.
"Dah lupa ke kak? Dia tu bersuami. Tapi idea kau tu not bad jugalah. Boleh kami rasa. Kan guys?" kata Farhan tersenyum penuh makna.
"Errr..... Siapa nak bagi kau rasa? Tak hingin aku." balas Liya dingin.
"Eh apa salahnya. Manalah tahu nanti kau perlukan judge ke? Kan Amir?" kata Ijaz pula.
"A'ah. Lagipun nak juga kitaorang tengok bakat 'tak pandai masak' korang ni." kata Amir. Belum sempat mereka gaduh lagi, loceng dah bunyi.
"Dah. Jom masuk kelas." ajak Aurora membuatkan TG bangun dan berjalan dengannya. TB hanya melihat dengan senyuman.
"Misteri betulkan mereka?" kata Ijaz dengan senyuman lebar. Alwaz yang perasan dengan senyuman Ijaz hanya tersenyum nipis.
"A'ah. Tapikan aku suka tengok mereka. Tak macam yang lain. Gedik semacam. Rimas aku." kata Farhan dengan muka rimas.
"Tu la. Diaorang je yang dingin tapikan aku perasan, bila dengan Ana, sikap diaorang lain. Dengan kita dan yang lain, dingin sangat." Zaheen menyokong.
"Mungkin ada sesuatu yang berlaku pada diaorang yang kita tak tahu." kata Alwaz tenang. "Lagipun kita sendiri tak berapa kenal dengan diri diaorang yang sebenar." Sambung Alwaz.
"Hurmm. Dahlah wei. Jom masuk kelas. Kan nanti kena marah pula." Ajak Naufal tegas. TB berjalan ke kelas dengan penuh bergaya. TG hanya memberikan pandangan kosong. Begitu juga dengan Aurora yang hanya beriak biasa tanpa menunjukkan minat.
Waktu pulang sudah pun berlalu dari tadi. Aurora menunggu Naufal di kelas kerana Naufal memberi tahu yang dia mempunyai mesyuarat pengawas. Sementara itu, dia menyiapkan kerja sekolah yang ada. Lima belas minit kemudian, Naufal, Amir, Ijaz, Liya, Mas dan Fiya ke kelas. Sewaktu tiba berdekatan kelas, mereka terdengar seperti ada orang batuk. Liya, Mas dan Fiya berjalan dengan pantas ke kelas diikuti dengan Naufal, Amir dan Ijaz yang memandang mereka pelik. Ketiga gadis itu masuk dan menerpa ke arah Aurora.
"Kau okay Rora?" tanya Liya sedikit cemas dan risau.
"Aku okay." jawab Aurora lemah dan senyuman tipis dihadiahkan pada sahabatnya.
"Betul ni?" tanya Fiya inginkan kepastian.
"A'ah. Naufal mana?" tanya Aurora pada mereka.
"Tu.." tunjuk Fiya ke arah muka pintu yang mana Naufal, Amir dan Ijaz memandang pelik pada mereka bila melihat tahap kerisauan mereka pada Aurora.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...