Keesokannya adalah hari pulang bagi kedua-dua pelajar AH dan SH. Mereka mula memaparkan babak-babak sedih. Drama dilakukan. Namun tidak pada Naufal. Dia rimas dengan Rabiya yang tidak habis-habis menggedik dengan dia. Diikutnya Naufal ke hulu hilir. Naik sahaja bas, Rabiya menarik Naufal untuk duduk disebelah dia. TB yang melihat turut rimas. Naufal tak nak dan marahnya sudah tidak dapat ditahan lagi. Naufal merentap tangan Rabiya sehingga Rabiya terduduk. Terkejut mereka semua dalam bas itu melihat muka tegang ketua pengawas mereka.
"Kenapa you ni? I nak ajak you duduk dengan i je. Asyik nak berkepit dengan jalang tu je." tengking Rabiya bengang.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Rabiya. Datangnya of course dari Naufal. Makin terkejut yang lain termasuk cikgu-cikgu.
"Aku tak kisah orang nak kata aku dayus or what. Tapi aku takkan pernah biarkan orang lain hina perempuan yang aku sayang. Kau cakap dia jalang habis kau tu tak ke? Tidur dengan ramai jantan tu tak ke? Rancang nak bunuh orang tu baik ke? Jawablah! Kenapa diam?" jerkah Naufal melepaskan amarahnya. Pelajar lain turut tergamam dengan kenyataan Naufal termasuk The Gorgeous. The gorgeous hanya melihat amarah Naufal yang tidak pernah lagi mereka lihat sebelum ini. Dada Naufal berombak tinggi dan nafas dia turun naik. Naufal berlalu dari situ dan bergerak ke arah Aurora. Aurora tidak berani untuk menegur Naufal jadi dia hanya diam. Naufal melentokkan kepalanya dibahu Aurora dan pejam mata manakala tangannya menggenggam erat tangan Aurora. Aurora hanya membiarkannya sahaja.
"Padan muka kau. Siapa suruh cari pasal sangat. Kau ingat Naufal akan jilat balik ke ludah dia. Kau yang tinggalkan dia. Curang dengan dia. Apa lagi kau nak dari dia. Jangan ingat aku tak tahu siapa balak kau. Dasar murahan!" sindir Farhan dan jelingan daripada TB.
"One more thing, sekali kau ataupun kau sentuh Aurora lagi, we'll meet in jail!" ugut Alwaz sambil menunding jari pada Rabiya dan Faiz. Rabiya kaku manakala Faiz terkejut. Yang lain masih tergamam melihat kemarahan TB hari ni. Mereka melihat ke arah Naufal tapi Naufal hanya memejamkan matanya. Perjalanan mereka bermula lewat petang selepas asar jadi mereka akan sampai malam.
Dah beberapa jam berada didalam bas, mereka semua tertidur keletihan tetapi Aurora tidak. Dia pandang muka Naufal.
"Dah okay?" bisik Aurora. Naufal buka mata dan memandang mata Aurora dengan pandangan redup.
"Hmmm... Tak nak tidur ke?" tanya Naufal perlahan. Aurora tersenyum dan dia mengucup pipi Naufal. Naufal terkedu. Alwaz dan Farhan yang ternampak pun sama. Mereka melihat situasi dalam bas. Nasib semua tidur. Tersenyum mereka dengan tingkah Aurora yang satu tu.
"Tak ngantuk. Awak tidurlah." kata Aurora perlahan. Muka dia merah. Naufal tersenyum.
"Lain kali jangan buat dekat tempat umum. Bahaya." kata Naufal tersenyum perlahan.
"Biarlah. Awak suami saya." protes Aurora perlahan.
"Yela. Tapi ingat tak ramai yang tahu. Fal tak kisah kalau orang lain tahu tapi Rora, Fal tak tahu." jawab Naufal perlahan.
"Hmmm.. Fal jaga diri tau. Kalau jadi apa-apa pada Rora, janji Fal akan kuat. Baca al-Quran untuk Rora ea. Kalau Rora dah tak ada, Fal kuatkan semangat ea." ucap Aurora sayu tiba-tiba.
"Apa Rora merepek ni?" marah Naufal perlahan. Dalam diam, TG dan TB yang juga tidak dapat melelapkan mata mereka turut sama mendengar. Mereka kaku.
"Entah. Rora tak tahu kenapa. Uhuk uhuk. Fal jaga mama dan papa untuk Rora. Bagitahu TB jaga TG elok-elok. Nanti bagitahu Al dan Prince supaya jangan nangis. Nanti Rora sakit. Fal pun jangan nangis tau." kata Aurora lagi dengan terbatuk dan kali ni dia mengusap wajah Naufal. Dia sendiri tak tahu kenapa dia nak cakap macam tu.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...