B33

1.2K 47 0
                                    

"Makan je kau tahu. Baru sampai dah nak melahap." kata Aiman berang.

"Eiiiii.. Biarlah. Aku laparlah kau tahu apa." kata lelaki itu.

"Hahahahahaha. Bila kau sampai Ham?" tanya Ijaz dengan tergelak. Yang lain pun sama.

"Baru je pagi tadi. Sampai je sini terus diaorang buli aku." adu Hamza dengan manja.

"Gedik!!" serentak TG, Haifa, Alice dan Aina berkata. Terus pecah ketawa mereka semua.

"Ha tengok. Membahan aku je kerja." kata Hamza masam.

"Dah. Tak payah nak buat muka cemberut dekat sini. Birthday aku hari ni jadi tak ada muka masam-masam ea." tegur Ijaz dengan senyuman. "Angah, achik rindu angah." desis hati Ijaz. Aurora yang perasan muka Ijaz yang sedikit sedih mula berbisik dengan Naufal. Naufal mengangguk sambil tersenyum pada isterinya.

"Okaylah. Jadi semua dah adakan. Kita akan main game hari ni." kata Naufal dengan senyuman penuh makna.

"Wei bila kau rancang do?" tanya Zaheen cuak bila melihat senyuman Naufal.

"Semalam lagi." sampuk Danish. Yang lain juga terkejut.

"Kami terlibat juga ke?" tanya Dayyan dan Naeem serentak.

"Yup. Semua terlibat kecuali para ibubapa tersayang. Yang muda-mudi tak terkecuali ea." kata Naufal. Keluhan dilepaskan oleh TB.

"Aik. Belum apa-apa dah mengeluh. Tak syok ah." sampuk Liya yang dah tahu hal ni. 

"Ye la." kata Farhan, Amir dan Zaheen serentak. Ijaz tersenyum manis dengan sikap mereka. Mereka semua main dengan gembira. Sebelah petang mereka lepak diruang tamu vila milik keluarga Aurora. Aurora hanya menempel dengan opah. TG hanya tersengih melihat Aurora yang manja dengan opah dia. Naufal pula mengeluh lemah dengan sikap Aurora. Danish dan Alwaz tersengih melihat muka Naufal yang monyok gara-gara Aurora yang hanya melayan opah sahaja. Ibubapa Aurora dan Naufal hanya tersenyum membiarkan tingkah mereka.

"Haih Rora ni, sejak opah datang sini hanya mengikut opah je. Tu Naufal tu dah monyok dah." tegur opah dengan lembut. Aurora pandang Naufal yang membuat muka monyok.

"Biar je la dia. Siapa suruh madukan Rora dengan mobile legend dia tuh. Malas nak layan." Aurora mencebik geram. Naufal terasa kelu dan sayu memandang Aurora.

"Sabar bro. Salah kau sebab lebihkan game tu daripada dia." kata Danish sambil menepuk lembut bahu Naufal. Tergelak yang lain mendengarnya.

"Ish tak baik Rora kata macam tu. Kecil hati dia tau." kata opah lagi.

"Betullah opah. Dia lebihkan game dia dari Rora. Sampai Rora panggil pun dia buat tak dengar. Geram Rora tahu tak." luah Aurora dengan nada merajuk. Tapi dia mula baring diriba opah. Yang lain hanya senyum dengan sikap manja Aurora.

"Iyalah. Pandai-pandailah kamu Naufal pujuk dia. Madukan dia lagi. Opah tak campur." Kata opah dengan senyuman.

"Hmmmm." kata Naufal sayu. Aurora kemudiannya bersuara.

"Oh ya. Angah ingat tau. Sampai maghrib kejap lagi je ea. And Al, Fera, Fiya, Lisya, Farhan dan Zaheen pun sama. Lepas ni dah tak boleh jumpa sampai hari nikah." kata Aurora mendatar.

"What!!?" kata Fera, Fiya, Zaheen, Lisya, Farhan dan Alwaz serentak. Bulat mata mereka pandang Aurora sebaik ayat tu meluncur dari mulut Aurora.

"Aduh. Pekak telinga aku ngek." kata Ijaz yang ada disebelah Zaheen dan Alwaz.

"Apa what-what. Korang hanya diberi kelonggaran sewaktu majlis angah Danial je sebab nak uruskan majlis. Lepas tu no more. Itu arahan dari queen of the hearts. No objection. Kalau Rora tahu korang keluar siap korang." ugut Aurora tegas.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now