B34

1.1K 42 3
                                    

Seperti yang dijanjikan, TG, TB dan enam pelajar dari LIH keluar bersama dengan seribu satu senyuman yang mereka cipta. Banyak yang mereka lakukan bersama. Mereka semua membuat pelbagai jenis aktiviti bagi mengisi masa terluang. Ada usik-mengusik, gurau senda dan marah manja antara mereka. Dalam mereka bersuka ria, Aurora teringatkan Rabiya dan Faiz yang dah lama tidak menganggu mereka menyebabkan Aurora tiba-tiba termenung. Naufal yang perasan Aurora tidak menyahut panggilan TG memandangnya.

"Sayang..." panggil Naufal lembut. Tapi tidak ada jawapan. Masing-masing memandang satu sama lain.

"Sayang...." panggil Naufal lagi seraya memegang bahu Aurora.

"Hah!!!?? Kenapa?" tanya Aurora terpinga-pinga sebaik tersedar daripada lamunannya.

"Are you okay Aura?" tanya Alwaz lembut.

"Err.. okay je." jawab Aurora.

"Liar. Something on your mind. Mind to share it with us?" kata Alwaz mendatar dan merenung Aurora yang serba salah. Semua mata memandang ke arahnya.

"Sayang.... Please... Kenapa ni? Bagitahu kitaorang. Apa yang sayang fikir.." pujuk Naufal lembut. Aurora menghela nafas lembut.

"Rora teringatkan Rabiya dan Faiz. Tak tahu kenapa tiba-tiba teringat." kata Aurora jujur dan lemah. Terkejut mereka semua.

"Apa yang buat Rora ingat diaorang ni?" tanya Farhan lembut.

"Entah. Tiba-tiba je. Ye la. Diaorang tiba-tiba je senyap. Tak kacau Rora dan Fal." jujur Aurora bersuara.

"Mungkin diaorang menyesal kut. Dahlah. Biarkan je lah diaorang tu." kata Ijaz selamba menutup semua yang mereka tahu.

"A'ah. Lagipun Rabiya dah sarat kan sekarang ni. Mungkin dia dah insaf kut." sokong Zaheen.

"Betul tu. Baik Rora fikir bila nak bagi Al anak buah. Dah lama ni Al tunggu." kata Alwaz selamba serentak dengan pukulan dibahunya. Alwaz mengaduh setelah mendapat pukulan dari Aurora.

"Otak tu jangan nak fikir pasal tu boleh tak. SPM tak leps lagi ada hati nak fikir benda tu. Habiskan belajar dulu." marah Aurora kerana segan. Bukan dia tak nak tapi segan bila teringat yang dia dan Naufal hampir terbabas dulu. Naufal pun apa kurangnya. Merah telinga dia mendengar kata-kata itu dari Alwaz. Tergelak yang lain mendengarnya.

"Hish. Ye la. Sorry." kata Alwaz.

Mereka semua balik ke rumah sebelum maghrib. Masing-masing kepenatan dengan aktiviti yang dijalankan.

Seminggu sudah berlalu, pelajar LIH dan guru LIH kembali ke London. Kini pelajar AH bersedia menunggu keputusan percubaan SPM. Saat mereka sedang mengulang kaji pelajaran, mereka semua dikejutkan dengan panggilan telefon Naufal. Naufal mengangkatnya. Riak wajahnya terkejut dengan berita yang diterima. TG dan TB terus ke tempat yang diberitahu oleh orang itu. TG hanya mengikut tanpa kata kerana bingung dengan apa yang berlaku. Sampai sahaja dihospital, riak wajah mereka berubah. Naufal hanya menarik lengan Aurora supaya mengikutnya. Sampai sahaja disitu, riak wajah Aurora dan TB berubah untuk kesekian kalinya apabila melihat dua buah keluarga yang dielak olehnya. TG dan Aurora berhenti dijarak yang boleh dikatakan agak jauh sedikit dari mereka. TB terkejut dengan TG yang berhenti mendadak.

"Kenapa ni?" tanya Zaheen pada mereka.

"Kami nak balik." kata Fiya lalu TG memusingkan badan mereka untuk keluar. Naufal memegang tangan Aurora dengan erat.

"Sayang... please.. kali ni je." pujuk Naufal. Alwaz hanya diam kerana dia tahu perasaan Aurora dan TG.

"Rora tak nak! Rora nak balik." bantah Aurora perlahan.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now