Nama aku Tengku Diana Aurora Binti Tengku Adam. Aku 16 tahun dan bersekolah di Star Highschool (Author bantai je kay) di Shah Alam, Selangor. Aku anak bongsu daripada empat adik beradik. Dalam keluarga aku, aku sorang je perempuan dan yang lain semua lelaki. Aku ada group aku sendiri iaitu The Gurlzz (TG) tapi dah lama terpisah dan hanya berhubung melalui telefon je serta jumpa waktu cuti sekolah. Dan aku ada dua orang lagi sahabat dari Star Highschool. Okay cut the crap.
Hari ni permulaan kepada semuanya. Hidup aku mula berubah. Aku dan keluargaku pulang ke kampung untuk beraya bersama tapi tak ku sangka, kepulangan kami kali ni mengubah seluruh hidupku.
RUMAH OPAH
"Assalamualaikum opah. Rora dah balik." Aurora yang keluar dari kereta terus menuju ke rumah opahnya sambil memberi salam. Belum sempat dia membuka pintu, dia terkejut bila ada suara garau yang menjawab salamnya dan terpancullah seorang jejaka.
"Waalaikumsalam. Masuklah. Opah dekat dapur." jawab jejaka itu.
"Huh!? O....okay terima kasih." kata Aurora terpinga-pinga dengan jawapann jejaka tadi dan menuju ke dapur seraya menghiraukan jejaka tadi. Bila tiba didapur dia terdengar gelak tawa yang sememangnya meriah. Aurora mula pelik tapi diabaikan.
"Opah!!" Aurora memanggil opahnya dan terus berlari memeluknya dengan erat. Opah yang pada mulanya terkejut terus tersenyum melihat gerangannya.
"Ya Allah Aurora. Rindunya Opah pada cucu opah yang sorang ni." kata Opah sambil mengucup pipi Aurora dan memeluknya erat.
"Amboi mak. Dah jumpa cucu kesayangan, orang lain diabaikan ye" usik Tengku Adam pada ibunya sambil menyalami tangan tua yang terlalu disayanginya itu.
"Adam, kamu ni tak habis-habis nak mengusik. Dah lama ke sampai ni?" tanya opah dengan senyuman lebar apabila melihat gerangan yang amat dirindui walaupun sering berhubung.
"Baru lagi mak. Itu yang cucu kesayangan mak terus terpacak dekat dapur tu." usik Maya pula sambil tersenyum melirik anaknya.
"Ala mama ni. Kacau betullah." rajuk Aurora sambil memuncung. Tanpa Aurora sedari, ada orang yang memerhatikan dia dari tadi tanpa lepas dengan senyuman.
"Alolo. Merajuk ke? Meh sini angah pujuk. Hahaha. Auntie Yuni, Bella dan Abby sihat? Uncle, Amani dengan abang Naeem mana?" tanya Tengku Danial aka abang kedua Aurora sambil merangkumi lembut bahu Aurora ke pelukannya.
"Hish. Tak nak kawan dengan angah. Opah, auntie, semua, Rora masuk bilik dulu ea. Nak rehat." kata Aurora dan mukanya nampak sedikit pucat.
"Sihat je Danial. Amani rumah nenek dia dekat Johor. Uncle dengan Naeem ikut atuk kamu pergi kebun. Ye la Rora. Pergilah rehat. Muka kamu tu pun nampak pucat." jawab Tengku Ayuni. Yang lain memandang Aurora setelah mendengar ayat Ayuni. Muka Maya, Adam dan Danial mula risau. Tapi mereka tetap bertenang. Opah memandang sayu.
"Baiklah." jawab Aurora sambil tersenyum walaupun muka pucat. Mereka kemudiannya berborak sambil bergelak tawa. Tapi Danial tidak. Dia terlalu risau. Naufal yang melihat dari tadi mula pelik. Danial mula bangun untuk melihat adiknya.
"Mama, papa, opah, auntie, semua, Danial naik dulu ye." kata Danial meminta diri kerana tidak mampu menanggung risau pada adiknya lagi. Maya dan Adam memandang satu sama lain dan tersenyum nipis. Danial terus naik dan ke bilik Aurora.
Tuk tuk tuk
Pintu terbuka dan Danial masuk serta menutup pintu bilik itu kembali.
"Baby, okay tak ni?" tanya Danial pada adiknya yang sedang lemah bersandar.
"Okay je angah. Cuma sakit kepala sikit." jawab Aurora.
"Betul ni? Ke nak pergi hospital." tanya Danial risau.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...