B35!

981 44 0
                                    

Kata-kata yang keluar dari mulut Fiya membuatkan yang lain memandangnya.

"Apa dia?" tanya Faiz.

"Butik milik arwah sudah pun diletakkan ke atas anak-anak kau sebagai pewaris. Dan penjaga amanat butik tu adalah kau sehingga anak-anak kau berumur 20 tahun. Sebelum arwah pergi, arwah sempat bagitahu aku dia ada buka satu lagi cawangan baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan dia nak kau yang selesaikannya." kata Fiya lancar.

"Butik?" tanya Faiz terkejut.

"Ya. Dia adalah pemilik Ranim Butik yang terkenal tu. Dia gunakan duit simpanan dia selama ni untuk buat bisnes tu tanpa pengetahuan kau atau keluarga dia. Semua tu dah lama sebelum dia couple dengan Naufal lagi." terang Aurora panjang lebar. Ternganga semua yang ada disitu termasuk Naufal. Alwaz hanya beriak biasa kerana dia sudah mengetahuinya dari awal lagi.

"Ke...kenapa aku tak tahu?" tanya Faiz sayu.

"Nak ke kau ambil tahu sebelum ni?" tanya Alwaz mendatar. Faiz pandang Alwaz.

"Dia isteri aku. Mesti aku ambil tahu. Walau aku dengan dia bukan atas dasar suka sama suka." kata Faiz perlahan. Aurora simpul senyum.

"Faiz yakin Faiz tak suka dia?" tanya Aurora.

"Maksud Ana?" tanya Faiz. Yang lain memandang blur pada Aurora dan Alwaz. Naufal seakan dapat mengagak maksud isterinya dan dia turut tersenyum.

"Ada Faiz rasa sakit bila dia mention lelaki lain? Ada rasa marah bila dia rapat dengan lelaki lain?" sampuk Ibu Faiz lembut kerana dia tahu maksud Aurora. Mereka pandang ibu Faiz yang tersenyum. Faiz terdiam. Kakak dan abang Faiz juga tersenyum penuh makna.

"Kalau ada, itu tandanya kau sayang dia. Kalau sebelum ni kau kata kau sayang Aura tapi aku rasa itu hanya iri hati sebab kau nampak Aura seakan bahagia tanpa kau. Tapi hakikat yang sebenar kau tak tahu. Dalam kecewa dia pada kau, dia tak sempat nak fikir kekecewaan dia kerana ada perkara lebih penting dari tu." jelas Alwaz sebelum Faiz bertanya yang bukan-bukan. Faiz pandang Alwaz terkebil-kebil seakan terkejut dengan penjelasan Alwaz.

"Betul tu. Rabiya juga mungkin sama. Kalau tak dia tak akan serahkan butik tu bawah jagaan kau. Anak-anak kau pun sama." sampuk Naufal yang berdiam diri dari tadi.

"Faiz, Rabiya tinggalkan ni untuk kau. Kak Ida serahkannya pada aku tadi sebelum kami datang sini." kata Alwaz lalu serahkannya pada Faiz. Faiz ambil surat daripada Alwaz. Dia memandang kaku surat tu.

"Kami balik dulu. Jaga putera dan puteri kau baik-baik. Ibu, kami balik dulu." kata Lisya pada ibu Faiz.

"Ya la. Hati-hati di jalan." kata ibu Faiz tersenyum. Mereka melangkah keluar tapi Aurora tiba-tiba berhenti menyebabkan Naufal dan Alwaz yang dibelakang juga berhenti.

"Kenapa sayang?" tanya Naufal pelik. Aurora tersenyum kelat lalu memandang Faiz dan keluarga. Faiz dan keluarga memandang satu sama lain apabila Aurora berhenti.

"Ana rasa untuk sementara ni, ibu, kakak dan abang pindah dari sini bersama Faiz. Ana tak rasa ibubapa Rabiya akan berhenti macam tu je. Dan Faiz jangan sampai abaikan pelajaran. Pindah dari sini tidak bermaksud keluar negara tapi pindah rumah ke kawasan lain atau ke kawasan yang lebih selamat." kata Aurora tenang. TG dan TB juga mengangguk bila mendengar kata-kata Aurora.

"Tapi ke mana? Aku tak tahu sangat kawasan sini even aku ni sosial." kata Faiz lemah.

"Nak kami tolong?" tawar TB serentak. Masing-masing kemudian tergelak bila ayat yang sama keluar. Faiz terasa sayu dan sebak dengan kebaikan yang dihulur oleh TB dan TG.

"Terima kasih. Aku dah banyak susahkan korang tapi korang baik lagi dengan aku. Tak tahu macam mana aku nak balas budi korang." kata Faiz.

"Tak adalah. Kami hanya bantu apa yang mampu." kata Ijaz. Tiba-tiba ada yang memberi salam. TG dan TB memandang.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now