B44

1K 33 1
                                    

AURORA EMPIRE

Seminggu sudah, TG kembali bekerja. Naufal hadir ke syarikat milik Aurora dengan penuh gaya. Ramai wanita yang terpegun dengan kehadiran CEO muda itu. Ada yang cuba untuk try dia dan ada juga yang hanya memandang. Yalah, tidak begitu ramai yang mengetahui status dirinya dan Aurora. Naufal tiba dimeja bilik Izma tapi Izma tidak kelihatan disitu.

"Tengku Naufal cari Tengku Aurora ke?" tanya seorang wanita apabila melihat Naufal hanya tercegat dimeja Izma dan memandang bilik Aurora.

"Ya. Dia ada?" tanya Naufal pada wanita itu.

"Ada. Tapi..." wanita itu seakan teragak untuk memberitahu.

"Tapi apa kak Jun?" tanya Naufal serius.

"Tengku Aurora tidak mahu diganggu sekarang. Setiap hari bermula pukul 12 tengah hari sehingga zuhur, tiada siapa yang boleh ganggu dia." kata Kak Jun serba salah.

"Oh. Kak Izma mana ya?" tanya Naufal.

"Izma bersama dengan Syukri dan Tengku Danish menghadiri mesyuarat sekarang menggantikan Tengku Aurora." jawab kak Jun.

"Pukul be...."

"Naufal?" tegur wanita berusia.

"Mama?" kata Naufal lalu menyalami tangan mama Maya. Kak Jun terkejut.

"Awak boleh sambung kerja Jun." arah mama Maya. "Naufal buat apa dekat sini?" tanya mama Maya setelah kak Jun pergi.

"Fal ingat nak jumpa Rora. Nak ajak dia lunch. Tapi...." Naufal sayu. Mama Maya tersenyum.

"Kalau macam tu kita lunch sama-sama. Jom masuk pejabat Aurora." kata mama Maya.

Tuk tuk tuk

Mama Maya dan Naufal melangkah masuk. Aurora kelihatan terbaring disofa panjang pejabatnya.

"Inilah rutin dia bermula pukul 12 tengah hari sampai zohor. Kadang-kadang sampai petang. Badan dia akan mula penat." kata mama Maya perlahan. Naufal tercengang.

"Se...sejak bila mama? Ke...kenapa Fal tak tahu?" tanya Naufal gugup dan terkejut. Mama Maya tersenyum.

"Dah hampir sebulan dah. Tak kan dekat rumah baru-baru ni tak perasan?" jawab mama Maya. Naufal diam berfikir.

"A'ahlah. Dia kerap tidur tengah hari sampai petang. Kadang-kadang bangun dekat maghrib." kata Naufal tapi dahinya mula berkerut. Jantungnya mula memainkan peranan. Risau mula menjengah. Mama Maya hanya diam tersenyum.

"Sayang... Bangun." kejut mama Maya lembut. Aurora mula membuka matanya. Mata Aurora disapa dengan wajah Naufal dan mama Maya.

"Fal... Mama... Dah lama sampai? Maaf. Kepala Rora berpinar tadi." kata Aurora lemah.

"Baru je sayang. Naufal pun sama." kata Mama Maya.

"Sayang okay? Tak nak pergi klinik?" tanya Naufal dan ada nada risau dalam suaranya. Aurora pandang Naufal.

"Rora okay je. Tak perlu ke klinik. Kenapa mama dan Fal datang sini?" tanya Aurora. Naufal sedikit tersentak dengan cara panggilan Aurora tapi dia tetap sabar.

"Mama nak ajak Rora lunch dengan mama dan papa. Fal pun datang sini nak ajak Rora lunch. Jadi kita lunch sama-samalah. Papa dah tunggu dekat bawah. Itupun kalau Rora larat nak jalan." kata mama Maya. Aurora berfikir seketika.

"Bolehlah. Lagipun prince dan kak chik meeting sampai petang dekat luar. Mama tunggu kejap, Rora basuh muka dulu." kata Aurora jujur.

"Iyalah." jawab mama Maya. Dia berjalan ke meja Aurora dan melihat beberapa fail yang ada. Dia meneliti fail tersebut lalu tersenyum.

THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!Where stories live. Discover now