Seminggu sudah kejadian perang dingin TG dan TB. Rancangan TB pada hari tu cukup mantap sehingga TG memaafkan mereka. Dan itu juga berkat nasihat ibu-ibu pada TG dan TB.
6 Tahun Kemudian
Sudah 6 tahun, TG dan TB sambung belajar. Walaupun tinggal berasingan mereka tidak pernah lupa tanggungjawab masing-masing. Malam ni adalah malam prom untuk semua pelajar. TG dan TB hadir sebagai pasangan. TB bercadang untuk dedahkan status hubungan mereka yang sebenar kerana ada beberapa perkara yang berlaku yang menyebabkan TG menerima padah. Mereka tidak ingin ada perkara buruk berlaku pada isteri mereka lagi. 6 tahun menanggung rasa setiap kali mendapat tahu TG disakiti. Bengang dan marah semua bercampur. Dua tahun pertama TB cepat melatah kecuali Alwaz dan Naufal bila diberitahu TG curang. Naufal juga hampir percaya tapi tidak apabila teringat kata-kata Danish. Dia temui Aurora untuk berbincang. Aurora datang dengan riak tenang namun bicaranya sinis seakan terfikir Naufal juga turut percaya. Setelah melihat ketenangan Naufal, dia mula menceritakan apa yang berlaku serta semua yang dirahsiakan oleh mereka pada Naufal. Naufal mula diserang rasa bersalah kerana tidak pernah tahu yang TG berada dalam keadaan bahaya hanya kerana ada orang obses dengan TB. Setelah itu, Naufal pulang. Alwaz yang melihat wajah kusut Naufal bertanya, Naufal menceritakannya dan tanpa pengetahuan Naufal, TB yang lain turut mendengar. Rasa bersalah tebal dalam diri mereka apabila Alwaz turut menceritakan apa yang diberitahu Fera padanya kepada Naufal. Mereka tunduk pada ego dan sekarang ego makan diri sendiri. Sebab itulah mereka ingin dedahkannya hari ini. Tapi dalam masa yang sama, TG juga ada kejutan untuk TB.
Sewaktu majlis berlangsung, TB meminta diri seketika. TG mula berasa pelik apabila TB menghilang. Tiba-tiba dewan itu gelap dan muncul spotlight ke arah pentas. TG melihat TB disitu dan mereka tersenyum manis memandang ke arah TG. Ramai gadis yang terjerit-jerit nama TB. 'Sudah. Rosak plan!' desis TG.
"Assalamualaikum dan selamat malam semua. Maafkan kami kerana mencuri sedikit masa kamu semua. Tapi kami ada perkara yang kami ingin jelaskan." kata Farhan memulakan bicara.
"Ya, perkara yang kami simpan hampir 7 tahun pengajian disini. Berkaitan dengan kami sendiri dan juga isteri kami, TG." kata Alwaz. Terkejut semua yang ada didalam dewan. Seluruh dewan diam. Para pensyarah dan juga naib Chancellor universiti juga ada. Mereka hanya tenang kerana mereka sudah tahu tentang status pelajar popular juga cemerlang itu tidak kira TG mahupun TB.
"Ya, TG isteri kami sebelum kami memulakan pengajian kami lagi. Jujur, kami terkejut bila ada pihak yang menyebarkan fitnah yang bukan-bukan berkaitan kami dan mereka. Bukan niat kami nak rahsiakan status hubungan kami tapi kami hanya nakkan sedikit ruang untuk kami belajar dahulu sehingga kami berjaya." sambung Amir apabila dilihat semua diam dan menumpukan perhatian pada mereka.
"Kami kecewa dengan segelintir pensyarah dan rakan-rakan disini yang menyebarkan cerita yang bukan-bukan tentang hubungan yang tidak pernah wujud. Bahkan sehingga isteri kami cedera dan hampir terbunuh. Ikutkan hati kami, nak je kami laporkan pada pihak kedutaan tapi kami diamkan. Tapi diam kami, kami tidaklah bodoh untuk diam membuta tuli je." kata Zaheen.
"A'ah. TG juga bukan patung untuk korang sindir tanpa bukti yang kukuh. Untuk pengetahuan korang, gambar yang korang dapat tu, bukan gambar betul. Gambar yang betul ada dengan kami lengkap dengan bukti yang sebenar. Tapi tu dululah. Mungkin sekarang dah sampai ke tangan pihak yang sepatutnya kut." kata Ijaz senyum sinis. Seluruh dewan mula terkejut. Mereka mula bertanya siapa pelakunya.
"Aku tak nak cakap nak cakap putar belit dekat sini memandangkan kawan-kawan aku dah sebut apa yang perlu. Aku just nak bagi amaran pada bangsat dan betina kurang ajar. Bangsat berdebah, kau dengar sini baik-baik, aku tahu siapa kau, aku tak teragak-agak untuk buat lebih dari kau dapat. Dan kau betina, kau pergi matilah dengan cinta bodoh kau tu. Kau siapa suruh aku ceraikan bini aku siap hantar orang supaya pujuk mak bapak aku untuk kahwinkan kau dengan aku. Tak ingin aku nak kahwin dengan perempuan jalang macam kau. Bini aku lagi bagus daripada kaulah sial. Dan kau siapa sampai ugut nak bunuh adik aku. Kau memang cari mati dengan aku. Ikut hati aku nak je aku bunuh kau heret kau ke depan ni. Tapi aku tak buat. Berterima kasihlah pada bini aku sebab dia tak benarkan. Kau ingat, kau sentuh keluarga aku, keluarga TG, TB dan TG, aku pastikan korang betina-betina tak guna, hidup dalam penjara. Jangan ingat aku tak tahu apa korang buat. Jangan sampai aku buat apa yang aku tak nak buat. Ini amaran buat kau." kata Naufal panjang lebar. Semua pucat dengan kata-kata Naufal terutama perempuan dan lelaki yang dimaksudkan.
YOU ARE READING
THAT HEADPREFECT IS MY HUSBAND!!
RomanceNi Story kedua Author. Maaf ye kalau tak best. Puteri Diana Aurora, seorang gadis cantik, periang, bijak dan baik hati serta diminati ramai lelaki. Tapi dia hanya menyayangi seorang lelaki dan lelaki tersebut mencurangi dia. Disebabkan hal itu, dia...