BAB 10: ALIVE AGAIN

3.3K 345 49
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink.


BAB 10
ALIVE AGAIN

Sepasang mata yang cantik milik Shaista Adeela, melilau memerhatikan ruang bilik tempat dia berpijak saat Itu.

Bodyguard asing yang dia tidak kenali membawa dia di sebuah Villa atas bukit yang dia sendiri tidak tahu keberadaannya. Apa yang dia tahu, dia kini sudah bebas daripada kehidupan di dalam penjara.

"Masuk lah. Kami berjaga di luar. Kami tak dibenarkan masuk. Kalau Cik perlu apa-apa, boleh panggil Tita Gilian di dalam." Kata Bodyguard yang mengiringi Shaista masuk ke dalam villa.

"Thanks. Ini semua arahan siapa? Qavin ke?" Teka Shaista. Bodyguard itu hanya mengangguk, mengiyakan. Hati Shaista sedikit melonjak. Tidak menyangka, lelaki itu akan benar-benar membantunya. Shaista tersenyum sendiri. Rasa sedikit menyesal kerana tidak mendengar kata -kata Qavin sejak dari awal dia datang melawatnya di dalam penjara.

BILIK MANDI

Shaista menanggalkan pakaiannya satu persatu. Dia mengeluh berat melihat dirinya di hadapan cermin di dalam bilik mandi itu. Kotor dan dia merasa dirinya tidak secantik Shaista yang dulu. Rambutnya kusut masai dan kulitnya tidak sehalus seperti dulu. Shaista duduk di dalam tab mandi. Dia memerhatikan kesan luka di peha yang masih berbalut. Sakit. Pasti akan meninggalkan parut yang kekal. Shaista tidak mempunyai parut sebelum ini, dan melihat luka itu membuat dia sedih.

Dulu dia dipuja kerana mempunyai rambut dan sepasang kaki yang cantik. Dia menjaga kulitnya seperti menjaga Emas permata yang berharga.
Semua itu adalah sebuah aset yang tidak ternilai harganya bagi seorang model. Tapi kini, Shaista hanya mampu menggeleng. Semua itu ternyata satu sumpahan.

"Ughhh!" Shaista mengeluh. Balutkan kain yang dia gunakan untuk membalut luka di pehanya terasa perih bila ditanggalkan. Luka yang sudah kering berdarah semula. Shaista menyandarkan kepala di tab mandi itu. Air suam perlahan memenuhi tab mandi itu. Shaista sudah lama tidak berendam membersihkan dirinya.

Selesai mandi, Shaista yang hanya bertuala berjalan mundar mandi di dalam bilik tidur itu. Dia membuka laci satu persatu untuk mencari sesuatu yang boleh mengubati luka di pehanya. Tapi dia hampa. Tiada apa yang boleh di Cari di dalam bilik itu.

Shaista juga tidak mempunyai pakaian baru untuk dipakai. Dia duduk di birai katil dan termenung sendiri. Apa yang akan berlaku kepada dirinya selepas itu. Dia juga merasa lapar. Tapi adakah mereka juga menyediakan makanan untuknya. Ketika melayan rasa lapar, Shaista akhirnya terlelap. Dengan keadaan tilam yang lembut dan selesa, dia tidur dengan lebih cepat. Sudah lama dia tidak menikmati semua itu.

2 AM.

Qavin akhirnya tiba di Villa Milik keluarga di Dorian Hill. Bodyguard yang berjaga membukakan pintu untuknya.

"Where is She?" Tanya Qavin kepada mereka.

"Upstairs." Jawab mereka.

Kaki Qavin melangkah kemas mendaki anak tangga menunggu ke tingkat atas. Tanpa berdalih arah, tujuan dan destinasinya hanya ingin menemui Shaista.

Qavin membuka pintu bilik di tingkat atas. Hanya ada dua bilik di dalam villa itu. Satu di tingkat atas dan satu lagi di tingkat bawah. Qavin masuk ke dalam dan matanya melihat sekujur tubuh sedang lena tidur di atas katil. Tidak lain dan tidak bukan, Shaista tidak menyedari kehadirannya di situ.

Qavin mendekati katil. Melihat Shaista tidur lena membuat dia tersenyum. Dia seakan faham dengan keadaannya selama ini. Tentu dia sangat terseksa berada di dalam penjara. Qavin menarik selimut tebal dan menyelimutkan Shaista. Tapi dia lebih dahulu melihat kesan luka di peha kanan shaista. Qavin membuka semula selimut itu. Luka itu kelihatan sangat dalam. Qavin menyentuh luka itu. Lukanya masih mentah dan darah masih ada mengalir sedikit. Qavin menggeleng.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now