BAB 23: JUST A NEW FACE

3.6K 368 39
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 23
JUST A NEW FACE

MALAM itu Shaista Adeela, tidur di kamar tidur Qavin. Mulanya dia ingin kembali saja ke bilik tidurnya sendiri tapi Qavin mahu dia tetap berada di bilik bersamanya. Semalaman menghabiskan masa bersama, Qavin sempat bertanya, apa rancangan Shaista yang seterusnya. Dia tahu, Shaista kembali ke Malaysia kerana ada yang masih belum terlunas. Shaista hanya diam di dalam pelukannya. Dia hanya tersenyum saat Qavin bertanyakan apa langkah yang dia akan ambil seterusnya.

Bila jam sudah menunjukkan pukul 5 pagi, Shaista bangun dan terkapai- kapai mencari pakaiannya. Qavin menarik tangannya. Masih mahu Shaista tetap berada di sisinya. Shaista mencuit dagu Qavin.

"Qavin. Nanti Daddy datang di bilik ni macam mana? Please." Shaista Adeela mengalihkan tangan Qavin yang masih memeluknya erat.

"Apa masalahnya bila kita berdua tidur sama sama. Saya kan abang Sha?" sengih Qavin bersama senyuman penuh makna. Nakal juga Qavin ni! Shaista tertawa kecil.

"Where is my Clothes?" Tanya Shaista lagi. Qavin mengangkat bahu. Dia membungkamkan wajah di bantal. Membiarkan Shaista mencari pakaiannya. Siap memakai pakaian, Shaista naik semula ke atas katil. Pipi Qavin dikucup beberapa kali dan dia berlari keluar dari situ. Qavin hanya tersenyum, menyambung semula tidurnya.

SHAISTA tiba di bilik tidurnya sendiri. Dia terus merebahkan diri atas katil dan membuka semula matanya. Bila sudah terjaga di waktu subuh, mustahil dia boleh tidur semula. Shaista bangun semula. Dia turun dari katil dan menarik bagasi yang dibawa dari Jepun. Majalah yang menyimpan wajahnya dikeluarkan. Dia membuka muka surat 35.

BANGUNAN NEW FACE TALENTS

SHAISTA mengamati bangunan itu dari tingkap kereta. Pemandu di hadapan sudah menghantarnya benar- benar di hadapan bangunan itu. Awal pagi lagi Shaista meminta diri daripada Puan Ania untuk keluar. Dia tidak memberitahu Puan Ania dia hendak kemana. Melihat bangunan itu, Shaista rasa berdebar pula. Sudah lama dia tidak menunjukkan wajah di hadapan orang ramai apa lagi mereka yang sedang mencarinya. Apa reaksi mereka nanti? Entah entah, kecaman lagi yang dia bakal terima.

"Fuhhhh" Shaista menarik nafas dalam dalam. Dia turun daripada kereta dan mengarahkan pemandunya datang semula dalam masa 1 jam . Kaki runcing dan panjang Shaista melangkah bergaya memasuki bangunan megah itu. Dia memakai Dress Bodycon, offshoulders berwarna light pink. Kasut hitam, ankle boots bersama earing mutiara berjuntai di telinga hingga atas bahunya. Rambut di biarkan terurai panjang. Shaista tersenyum kepada semua orang yang lalu di hadapannya.

Sedari kehadiran Shaista di situ, kini Semua orang menoleh ke arahnya. Yang sedang berjalan terus berhenti, yang sedang berbual terus terdiam, yang sedang ketawa terus kaku, Seperti bidadari lalu. Aura kemunculan Shaista Adeela memenuhi ruang lobi bangunan itu. Shaista Adeela melambai pada mereka semua. Lambaian seorang bekas ratu cantik. Selembut sutera ayunan jemarinya.

TING!

Pintu lif terbuka. Shaista terus masuk ke dalam. Pintu lif tertutup. Dia terus terduduk sambil menahan rasa gugup dalam dirinya. Peluh di dahi dilenyapkan dengan hujung jari. Rambut di libas kiri dan kanan untuk nampak lebih segar dan berani.

"Come On Melissa! You can do this!" Jerit Hati Shaista. Beberapa kali tangannya diurut manakala anak matanya memerhatikan angka Lif yang semakin menaik kiraannya.

TING!

Pintu Lif terbuka. Shaista kini berada di tingkat 4. Daripada majalah yang dibacanya, Jika sesiapa tahu keberadaan gadis yang mereka cari dalam majalah, mereka perlu membawanya ke tingkat 4. Tapi Shaista datang dengan sendirinya di situ tanpa memerlukan pertolongan daripada sesiapapun.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now