BAB 24: LISTEN TO YOUR HEART

2.8K 281 28
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 24
LISTEN TO YOUR HEART

EASTER CAYGAN meninggalkan bangunan New Face Talents dengan wajah mencuka. Tidak dapat dia bayangkan, dia akan bakal digantikan dengan model baru yang lansung tidak dikenali seperti dirinya. Di dalam kereta, Easter mendongak di luar tingkap kereta. Papan Iklan di tepi jalan raya diperhatikannya. Begitu megah wajahnya dipaparkan. Dia sedang menghampiri kemuncak sebagai supermodel. Hmmm! Tapi mengapa mereka memilih gadis itu. Melissa D.Lee. Ugh!

Sepanjang perjalanan, Easter hanya mampu memaki hamun dalam hatinya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana dia akan meneruskan kerjayanya selepas ini. Dia masih kekal menjadi model di Syarikat Itu tapi gelaran sebagai wajah Syarikat itu akan hilang dari tangannya tidak lama lagi.

"Hujung minggu ni kau datang ke office. Melissa akan hadir bersama. Kontrak akan diperbaharui. So, kalau kau tak hadirkan diri maknanya kau menolak untuk teruskan kontark kau sebagai model di syarikat ini. Faham?" Laurene Demet mengukir senyuman paling manis untuk Easter. Suka atau tidak, Easter terpaksa membalas senyuman itu.

"Okay." Jawabnya. Dia menghabiskan minuman di dalam muk dan meminta diri untuk balik.

RUMAH KEDIAMAN EASTER CAYGAN

TIBA di rumah, Easter naik ke biliknya dan merebahkan dirinya. Terasa sedih tapi dia simpan semuanya dalam hati. Dia terlelap dengan rasa sakit hati yang masih bersisa di dalam hati.

NAFRO memerhatikan kediaman keluarga Sash itu tanpa berkedip. Sudah beberapa tin minuman Nescafe dia habiskan. Detektif yang lain ada menemaninya tapi mereka berada di kereta yang berbeza.

Panggilan daripada Qavin mengejutkan Nafro. Dia menjawab panggilan itu. Pasti ada yang penting sehingga Qavin mahu bercakap dengannya.

"Hello Qavin?" Jawab Nafro. Matanya masih ligat memerhatikan kediaman Sash di hadapannya.

"Presiden ada cakap tak yang dia nak join perjumpaan Wolf besok?" Tanya Qavin.

"Ya, dia akan hadir. Dia akan hadir bila semua Wolfs ada di tempat itu. " jawab Nafro.

"Nafro, saya perlukan bantuan kau. Nyawa presiden dalam bahaya. Kau kena tolong saya dan presiden."

"Want do You mean? Jangan kata, Daragon Valhala mengalihkan serangan pada Presiden pula?"

"Sediakan Back up. You know what to do." Kata Qavin. Talian dimatikan. Nafro turun daripada kereta.

EASTER terjaga dari tidur apabila menyedari pintu biliknya dibuka. Dalam keadaan samar- samar, dia cuba melihat siapa yang masuk ke dalam biliknya.

"Mak Cik Karlista?" Duga Easter. Tapi orang itu lansung tidak menjawab malah dia terus mendekati katil Easter dan menghunus pisau sepanjang 30CM di hadapan wajahnya.

"Arghhh!" Easter menjerit. Orang itu membuka lampu di tepi meja. Leher Easter dicekik dengan tangannya. Pisau diletakkan di dadanya.

"Sha!!" Easter menjerit. Rupanya yang masuk ke dalam biliknya adalah Shaista. Dia merenungnya dengan tajam dan sedia untuk mengakhiri nyawanya.

"Kau akan mati Kim. Kau akan mati dengan teruk!" Bisik Shaista. Belum sempat Easter menolak Shaista, pisau di tangan Shaista lebih dahulu menikam jantungnya. Uhukkk! Terbeliak mata Easter saat itu. Tusukan itu benar benar masuk di dalam jantungnya. Darah mengalir di badannya. Penuh satu katil. Shaista menarik pisau itu dan menikam dadanya berulang kali hingga terburai organ organ dalaman di dalam badannya.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now