BAB 12: THE SECRET

3.3K 302 36
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink.

BAB 12
THE SECRET

Puan Ania Yui, membuka mata bila mendengar suara anak lelakinya, Qavin memanggil namanya. Dia menarik cardigan panjang berwarna hitam di tepi katil dan segera mengorak langkah untuk turun ke tingkat bawah.

Satu persatu anak tangga dia turuni dan apabila dia melihat Qavin datang bersama seorang gadis di sebelahnya, membuat Puan Ania Yui tersenyum. Firasatnya merasakan, gadis di sebelahnya itu pasti Shaista Adeela. Puan Ania Yui mengamati wajahnya. Melissa. Dia memamg sangat mirip dengan Melissa. Hanya ketinggian mereka yang berbeza. Shaista lebih tunggi dan kurus sedikit.

"Mommy. Sorry I come home late. .." Qavin mendekati ibunya dan satu pelukan dia berikan untuk ibunya. Tapi puan Ania masih memandang ke arah Shaista.

Shaista juga tidak berkedip memandang wanita itu. Dari tadi, dia sangat terpegun. Betul kah wanita itu ibu kepada Qavin. Dia sangat cantik dan tidak kelihatan berusia lansung.

"Ni, Qavin kenalkan, Shaista... dan Sha, ini ibu kandung saya." Qavin memperkenalkan mereka berdua. Shaista mendekati puan Ania. Tangannya dihulur untuk menyalam puan Ania yang masih memerhatikan dirinya.

"Melissa. Qavin, it's her. Hai Shaista. Qavin ada cerita banyak perkara tentang Sha. Don't worry. Sekarang, you're in a good hands. I will Protect You. Qavin too... You're my Melissa dari sekarang." Puan Ania bukan sahaja menyalam tangan Shaista tapi dia juga membawanya di dalam dakapannya.

"Urmmm Mommy. I need to go. Wolf ada perjumpaan... Please, take care of Melissa for me when I'm not aroun." Qavin menepuk bahu ibunya. Shaista hanya memerhatikan Qavin berlalu keluar dari rumah itu. Sudah lewat malam, dia tidak tahu Qavin hendak ke mana. Wolf? Perjumpaan? Hanya itu yang dia dengari keluar dari mulut Qavin Tadi.

Puan Ania Yui membawa Shaista duduk di sofa ruang tamu. Diarahkannya pembantu rumah menyediakan minuman dan juga makanan untuk Shaista. Dia juga mahu bilik untuk Shaista segera disediakan.

"Tentu Qavin ada bagitau pasal anak Aunty, Melissa, adik perempuan Qavin kan?" Tanya puan Ania. Mereka sedang menikmati Tea hijau bersama -sama.

"Ya Aunty. Qavin ada cakap yang saya akan jadi Melissa selepas ni... Tapi, kalau Aunty tak kisah, apa yang berlaku pada Melissa...?"

"Dia sakit. Dia hidup sampai umur 15 Tahun saja. Tapi Aunty masih ingat semua pasal dia. Senyuman dan wajahnya memang serupa dengan kamu." Jawab Puan Ania.

"But, Nobody know She died." Kata Puan Ania lagi.

Shaista hanya diam. Perlukah dia bertanya dengan lebih lanjut. Mengapa kematian Melissa tidak diketahui oleh orang lain? Untuk apa dia melakukan hal itu? Perlukan menyembunyikan kematian anak sendiri? Kepala Shaista dipenuhi dengan pertanyaan bertubi.

"But why..?"

"Tak ada apa. Cuma Aunty lebih suka kalau semua orang anggap anak Aunty masih hidup dan tinggal di Jepun dengan abang kandung Aunty. So, Her soul will always remain here. In my memory." Puan Ania Yui memberikan senyuman paling manis. Shaista tidak tahu mahu berkata apa lagi. Pasti Puan Ania sangat sayang akan Melissa.

Setelah berborak hampir dua jam dengan Puan Ania, akhirnya puan Ania mengarahkan pembantu rumah mengiringinya masuk ke dalam bilik tidurnya.

Shaista masuk ke dalam bilik itu. Seram sejuk dibuatnya apabila melihat gambar seorang gadis tergantung di dinding bilik itu. Shaista yakin , pasti dia lah Melissa. Dia merenung gambar itu, wajah Melissa memang seiras dengannya. Tapi dia nampak masih belasan tahun ketika gambar itu di ambil. Mungkin jika dia masih hidup, mereka berdua boleh menjadi kembar seiras. Sebab itu kah Qavin mudah tertawan dan menyayangi dirinya. Shaista merebahkan diri di atas katil. Bilik itu sangat cantik. Dia juga tertanya tanya, Qavin
Pergi begitu sahaja. Dia menunggu kepulangan Qavin tapi dia lebih dahulu tertidur.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now