BAB 37: MY REVENGE

3K 340 41
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 37
MY REVENGE

Mata Shaista Adeela terbuka perlahan- kelopak. Sebelum membuka mata dengan lebih luas, dia perhatikan dahulu seorang figura manusia di hadapannya. Dari penglihatannya yang samar- samar kerana badannya masih dikuasai sedikit kesan dadah yang diberikan oleh Kimberly kepadanya, figura itu adalah seorang wanita. Kim!

Shaista Adeela membuka matanya. Jelas, Wanita di hadapannya itu adalah Kimberly. Tapi wajahnya sangat menakutkan. Shaista Adeela berpaling. Dia tidak sanggup memandang wajah itu dengan lebih lama.

Dekahan ketawa dari mulut KimBerly yang separuh lagi tertutup dengan topeng hitam separuh wajah, kedengaran di dalam bilik misteri itu. Shaista memerhatikan keadaan dirinya. Kedua belah tangannya diikat di sebuah kerusi. Kakinya juga sama. Argh! Penat! Shaista sudah penat menghadapi itu semua. Kimberly memang musuh yang sangat liat. Susah sangat nak mati! Shaista memaki hamun dalam hati.

"Hello Sha? Kau dah bangun eh?" Kimberly menepuk tangannya.

"Kau nak lagi Kim!"

"Saya? Saya nak apa?" Kimberly dengan wajah sinis bertanya soalan yang sama kepada Shaista.

"Kau puas tengok saya dah jadi macam ni? Puas hati kau?" Kimberly mendekati Shaista. Rambut Shaista direntap kemas dan dia memperlihatkan Shaista betapa hodohnya dia kini. Shaista gerun melihat Kimberly. Mahu saja dia muntah saat itu juga tapi dia sendiri tidak mampu melakukan apa- apa. Rambut juga terasa sakit bila Tangan Kimberly menariknya dengan kuat, seperti tercabut semua rambut Shaista dibuatnya.

Melihat Shaista sangat takut kepadanya, Kimberly merasa diri sangat terhina. Bertambahlah rasa kebenciannya terhadap Shaista lalu dia mencengkam rahang Shaista dan memerhatikan bagaimana sengsaranya Shaista untuk cuba mencari Oksigen menyambung nyawa. Tercungap- cungap dan matanya sedikit berair.

"Kau jangan risau saya akan buat kau lebih teruk daripada keadaan saya sekarang ni!" Kimberly seperti sedang dirasuk oleh Syaitan. Rahang Shaista dilepaskan dan dia menampar pipi Shaista berulang kali sehingga darah kelihatan di tepi bibir Shaista.

"Urghhh!" Shaista menjerit Kesakitan dan pada masa yang sama berasa sangat benci terhadap Kimberly. Andai sahaja tangan dan kakinya tidak terikat di kerusi itu dia juga akan menampar dan membelasah Kimberly sepuas hatinya. Tambahan pula, luka tembakan yang Masih dapat dirasakan di bahagian kaki kirinya Masih dapati dirasainya. Shaista menarik nafas sedalam- dalamnya Kimberly mengambil sebaldi air dan terus menyiram Shaista dengannya.

"Arghhhh!" Shaista menjerit. Rupanya air itu sangat sejuk. Dia merasa sangat sejuk hingga dapat dia rasakan di dalam tulangnya. Tapi dengan air sejuk itu juga, semua sisa- sisa dadah yang melemahkan dirinya seperti sudah hilang. Shaista fokus untuk melepaskan diri daripada ikatan tali itu dahulu.

"Sejuk? Sejuk kan? Lepas ni kau akan rasa panas pula!" Kata Kimberly.

Shaista berpura- pura lemah dan tidak mengendahkan Kimberly. Dia menundukkan kepalanya dan berdiam diri tetapi mindanya cuba mencari cara terbaik untuk melepaskan diri daripada ikatan tali ditangannya dahulu. Kimberly pula tiba-tiba mengambil Macis dan minyak Gasolin di dalam sebuah bekas yang sudah disediakan olehnya. Dia mula menghidupkan api di tempat misteri itu menggunakan dahan- dahan kayu kering. Nampaknya dia memang sudah menyediakan semua itu sejak dari awal lagi. Shaista dapat merasai bahang Api yang dihidupkan oleh Kimberly.

Kimberly memang suka bermain dengan api, entah apa tujuannya kali ini. Shaista hanya takut jika dia tidak sempat melarikan diri dan Kimberly akan dapat melakukan apa yang dia inginkan.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now