BAB 4: PUTAR BALIK

3.4K 276 20
                                    




BAB 4
PUTAR BALIK

Muka Surat hadapan Majalah Hiburan ternama, City Trend, terpampang wajah Milik Shaista Adeela dan tunangnya, Stewart Athen. Tajuk utama yang tertera adalah hari tarikh perkahwinan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Perkahwinan itu dikhabarkan sebagai Bakal menjadi perkahwinan 'wedding of The year'. Semua brand ternama, masing- masing memberikan barangan keluaran utama mereka untuk dijadikan sponsor dalam Perkahwinan itu.

Tidak cukup di majalah, Newsfeed sosial media juga dipenuhi dengan berita perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Persis perkahwinan diraja seperti yang berlaku kepada Putera William dan Isterinya, Kate Middelton. Semua orang sibuk menceritakan tentang bagaimana dua insan itu bertemu, jatuh cinta dan bagaimana stewart Athen, menjadi lelaki paling bertuah kerana bakal menjadikan Shaista Adeela, sebagai isterinya.

"Cis!" iPhone milik lelaki yang sedang duduk di sofa bentuk L di dalam ruangan pejabat itu diletakkan di atas meja. Dia menyandarkan kepalanya di sofa dan anak matanya kini memerhatikan siling kosong di hadapannya. Sebal teramat! Ya. Berita perkahwinan itu seperti menjadi berita baik untuk semua orang. Tapi untuk lelaki itu, dia seperti berada dalam mimpi buruk. Tidak sama sekali!

"Kenapa dia? Dah tak ada orang lain ke yang kau nak bawa kahwin Sha. Hmmmm. Kalau lah aku lebih cepat muncul di depan kau, mesti kau menyesal pilih lelaki tu untuk jadi suami kau. Tak apa... masih ada sebulan lagi. Apa- apa boleh jadi. Manalah tau, tiba- tiba perkahwinan tu dibatalkan." Lelaki itu tersenyum sendiri. Terhibur dengan suara isi hatinya. Bukan suara hati, tapi kemahuan dirinya. Ya! Dia memang tidak suka dengan berita perkahwinan itu.

Tapi, siapa dia untuk berasa cemburu?shaista juga tidak tahu akan kewujudan dirinya.

Qavin Lee, hanya seorang lelaki biasa. Siapa yang tahu tentang dirinya? Dia bukan lelaki yang suka menunjuk- nunjuk seperti Stewart Athen. Meski personaliti diri dan bentuk fizikalnya lebih menarik dari lelaki pujaan Shaista Adeela itu, tapi dia seorang yang Low profile. Semuanya bersebab. Latar belakang dirinya yang membuat dia perlu tetap berada di balik tabir kehidupan yang menjadi trend anak muda masa kini, trend 'Young, Rich and Famous'.

Tapi, di antara mereka semua, dia lain ciri-cirinya. Dia bukan waris hartawan, bukan juga model atau influencer yang terkenal. Dia juga bukan anak ahli korporat yang hanya tahu menumpang nama dan harta Ibu bapa mereka. Dia adalah anak lelaki tunggal kepada seorang lelaki paling ditakuti di negara ini. Dia adalah waris tunggal legasi ayahnya. Ayahnya ketua kepada kumpulan Gangster yang dikenali dengan sifat kejamnya. Legasi Seven Wolf. Qavin Lee, hanya mempunyai hubungan persahabatan dengan keluarga Seven Wolf termasuk anak- anak setiap ketua cabang 'Wolf' yang ada tujuh kesemuanya.

Legasi ini terkenal kerana ketuanya sukar dijejaki. Ketuanya dilindungi oleh orang bawahannya yang beribu orang. Dia juga kebal dari undang-undang. Menurut orang, ketuanya ada banyak. Sebab itu sukar untuk menjejaki mereka. Orang bawahannya juga sanggup mati demi mempertahankan identiti sebenar ketua mereka itu.

Semua benda jahat, dilakukan oleh legasi Seven Wolf ini. Perjudian haram, rumah pelacuran, perniagaan haram, pengedaran dadah, pemilikan hartanah secara haram, dan pemberian peminjaman wang dengan bunga berkali ganda, semuanya dilakukan oleh mereka. Ahlinya juga sangat ramai. Legasi Seven Wolf juga berhubung dengan keluarga Yakuza ternama di Jepun. Mereka saling bertukar pendapat ketika berlaku perjumpaan rasmi antara ketua Setiap pecahan Legasi.

Hubungan ini berlaku disebabkan oleh Ibu Qavin sendiri. Ibunya, adalah salah seorang anak dan juga waris daripada salah satu keluarga Yakuza dari Jepun. Dia berkahwin dengan Tuan Dorian Lee ( First Wolf), selepas dipertemukan oleh abang kandung ibu Qavin sendiri, Oyabun( Ketua) Abe Shenzo. Ibu Qavin adalah 'hadiah' khas untuk Tuan Dorian Lee, yang sebelumnya banyak membantu membangunkan semula keluarga Abe Shenzo yang hampir musnah kerana serangan dan ugutan keluarga kumpulan Yakuza yang lain. Sebagai tanda berterima kasih, Yui, Adik Abe Shenzo dihadiahkan kepada Tuan Dorian Lee.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now