BAB 8 THE FALLING GLASSES

3.1K 314 38
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink.

BAB 8
THE FALLING GLASSES

AKSI panas di antara Stewart dan Kimberly semakin menjadi jadi. Shaista Adeela terpaksa menutup mata daripada melihat mereka berdua berkelakuan seperti itu di hadapannya. Hatinya sudah remuk. Remuk sejak pertama kali dia tahu mereka berdua telah mengkhianati dirinya.

"How is It Sha? How does It feel?" Kimberly yang baru siap beraksi menutup dirinya dengan tuala dan tanpa rasa malu berdiri di hadapan Shaista bersama senyuman. Shaista mendongak. Baru ada kekuatan untuk mengangkat dagunya. Matanya juga sempat menjeling ke arah Stewart yang masih kepenatan di atas katil. Dia juga memandang Shaista dengan penuh penghinaan. Sepatutnya pandangan itu wujud untuk Shaista buat mereka berdua, tapi buat manusia seperti mereka berdua, melakukan semua itu adalah satu keseronokan mutlak.

"Let me go." Kata Shaista.

"Sabarlah. I'm not Done yet with You. Berani kau jumpa Daniela dan batalkan semua kontrak yang dah jadi milik aku! You quit! Kau dah berhenti! Kenapa ambil semula!! Rambut kau lebih cantik??" Kimberly tunduk sedikit. Shaista tertawa. Patutlah Kimberly naik darah. Rupanya dia sudah tahu kontrak itu dikembalikan semula kepadanya.

"Sedar diri sikit Kim. Kau sebenarnya layak jadi pelacur. Teruk dari pelacur pun kau boleh jadi. I don't have any respect for You anymore!" Jerit Shaista.

PAPPP!
Penampar hinggap di pipi Shaista. Kimberly tersengih. Matanya memandang Shaista penuh rasa benci. Shaista masih tersenyum. Jika melakukan hubungan seks d hadapannya dan memukulnya seperti itu di sangkanya mampu menyakiti hatinya, mereka berdua silap. Shaista hanya ada perasaan jijik buat mereka berdua.

"You will suffer enough for making me Felt like I'm not good enough." Bisik Kimberly di telinga Shaista. Stewart turun dari katil. Dia memakai pakaiannya dan berhenti di hadapan Shaista dengan renungan tanpa belas kasihan.

"I will wait for You downstairs." Kata Stewart kepada Kimberly. Dia menolak kepala Shaista dan keluar dari bilik itu. Kini hanya Shaista dan Kimberly di dalam bilik itu. Kimberly berjalan mengelilingi Shaista untuk beberapa kali.

"Kim. Let me go. Please." Shaista sudah penat.

"Not yet Sha. I have to teach You a good lesson." Balas Kimberly.

"Are You crazy. Kau buat aku macam ni kenapa? Kau tak puas lagi ke?" Jerit Shaista.

"Yes! Memang aku tak puas hati. Sejak kau muncul dalam hidup aku, macam macam orang buat dengan aku untuk bandingkan kau dan aku! I tak kisah sangat tapi bila parents I sendiri yang mula bandingkan kita berdua, I hate You more." Kimberly menolak pipi Shaista.

"Itu salah kau sebab kau memang bodoh!" Marah shaista.

PAPP!!
Pipi Shaista di tampar lagi. Shaista tunduk. Sudah tidak tahan melihat perangai gila Kimberly. Dia juga tidak tahu bagaikan mahu mengakhiri semua itu.

Kimberly duduk di atas katil. Dia bercakap dengan seseorang di dalam telefon sambil memandang Shaista bersama senyuman menyakitkan hati.

"Fine. Suruh lelaki tu masuk.." kata Kimberly. Shaista mengangkat kepalanya. Lelaki? Siapa yang di maksudkan oleh Kimberly? Apa lagi yang dia mahu lakukan kepada dirinya selepas ini.

KREKKKKK!
Pintu bilik dibuka dari luar. Shaista menoleh. Seorang lelaki dengan wajah tertutup masuk ke dalam bilik itu. Kimberly menepuk tangannya.

"Tepat pada masanya. Come here!" Kimberly menarik tangan lelaki itu. Shaista menggeleng. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku kepadanya sebentar lagi.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now