BAB 20:INTO THE CORE

3K 302 27
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink


BAB 20
INTO THE CORE

KEDIAMAN STEWART ATHENS

STEWART membuat segelas minuman 3 in 1 dan membawanya ke ruang tetamu. Muk dia letak di atas meja kopi sebelum menoleh ke arah Easter Caygan yang baru keluar dari bilik tidurnya. Mereka hanya saling berpandangan dan Easter masuk ke dalam dapur. Masing masing mendiamkan diri sebelum Stewart Athens membuka majalah keluaran May untuk syarikat New Face Talents. Wajah Easter Caygan adalah wajah baru syarikat Yang sedang melonjak naik itu.

satu persatu muka surat dia buka. Di bacanya begitu sahaja. Gambar Easter Caygan sewaktu di Jepun hanya dilihat begitu sahaja. Entah mengapa, Stewart tidak tertarik dengan semua itu. Air Kopi diminum perlahan- lahan. Muka surat baru dibuka lagi.

Tiba di muka surat 35. Mata Stewart Athens berhenti berkedip. Dunia juga seperti berhenti berputar untuk sesaat. Pencarian wajah di dalam gambar. Stewart memerhatikan gambar yang di tunjukkan.

"Burrrrr!!" Kopi panas tersembur keluar dari mulutnya. Muk di tangan terlepas dan jatuh di atas lantai.

PRAKKK!
Pecah berderai. Easter yang mendengar bunyi benda pecah terus berlari ke ruang tamu. Dia tidak terkejut melihat serpihan gelas yang pecah. Tapi melihat wajah Stewart yang tidak bergerak dan dalam keadaan terkejut membuat dia takut.

"Stewart!" Easter mendekati Stewart. Majalah di tangannya di rampas. Dia buang di atas meja. Wajah Shaista Adeela kelihatan jelas di muka surat Majalah itu. Easter Caygan juga terkejut dan terus berpaling dari situ. Stewart menarik tangan Easter.

"Who is that?!" Stewart merentap rambut Easter. Jari telunjuk mengala ke arah majalah itu. Kelihatan wajah Shaista sedang memerhatikan mereka berdua saat itu. Easter sedikitpun tidak tahu kewujudan artikel itu di dalam majalah keluaran baru syarikatnya. Dia hanya membaca artikel perihal dirinya sahaja sebagai wajah baru syarikat New Face Talents. Dia tahu akan kewujudan gambar dan gadis misteri yang mempunyai wajah seiras dengan Shaista itu tapi dia masih yakin bahawa itu bukan Shaista.

"Relax! Mungkin hanya orang yang serupa..Sha kan dah mati!" Easter menolak tangan Stewart.

"Mana ada orang serupa hampir seratus peratus macam ni.. itu Sha. Saya kenal dia. Itu sah adalah dia... Mereka sedang cari dia!" Jerit Stewart. Easter Caygan menolak Stewart. Lelaki itu semakin menjadi jadi perangai gilanya.

"You're just being paranoid! Stop taking drugs! I told You I will Leave if You don't change Your attitude!" Easter berlalu dari situ. Belum sempat dia menjauh, Stewart menarik tangannya.

"Kau cakap apa tadi? Leave? Kau nak tinggalkan saya? Hoi setan! Kau ingat kau boleh tinggalkan saya selepas apa yang saya dah buat untuk kau selama ni!" Stewart menjerit di hadapan Easter.

"Stop yelling at me You bastard! It's was all Your plan. Saya tak pernah suruh kau bunuh Sha! It's was Your plan!"

"Sebab kau! Disebabkan kau Kimberly Sash! Sebab kau yang terlalu obses pada semua benda tak guna ni.. look at You now! Plastics!" Stewart mencengkam wajah Easter. Benci dia melihat wajah palsu itu. Easter menolak Stewart.

"Kau dah gila sebab asyik melayan benda tak guna tu! I'm sick of You! I'm sick of You Stewart!" Jerit Easter Caygan. Dia berlari masuk ke dalam bilik dan menguncinya. Stewart mengambil majalah itu semula. Dia perhatikan dengan lebih jelas. Dia menghumbannya semula. Dipijak pijak dan dikoyakkannya sehingga ke cebisan kecil. Tapi masih sahaja wajah Shaista Adeela ada di dalam benak fikirannya. Tidak pernah hilang. Sesaat pun tidak pernah. Bukan kerana perasaan sayang tapi entah mengapa, sejak kejadian malam itu dia tidak pernah berhenti diganggu oleh wajah Shaista di dalam benak kepalanya. Seperti hantu yang mahu membunuhnya. Setiap malam dia diganggu mimpi buruk yang menakutkan. Sehinga dia terpaksa bergantung pada ubat ubah preskripsi untuk menenangkan jiwa. Termasuk mengambil dadah!

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now