BAB 28 : TOGETHER AGAIN

3.2K 368 55
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 28
TOGETHER AGAIN

BANGUNAN NEW FACE TALENTS

LAURENE Demet dan Daniela Imelda masih menunggu kedatangan tetamu kehormat yang bakal hadir dalam upacara perasmian syarikat baru milik Easter Caygan itu. Nampaknya, dia kelihatan sangat gembira kerana dikelilingi dengan tumpuan orang ramai. Tambahan pula dengan gaya penuh extra dalam dirinya. Setiap tetamu yang datang akan memberikan ucapan tahniah kepadanya. Easter Caygan bahagia tidak terkata. Kakinya melangkah menuju ke tandas. Make up di bahagian dahi dan pipi dia perbetulkan di hadapan cermin.

Kebetulan Pearl, Setiausaha Daniela Imelda ada di situ. Dia terkejut melihat Easter Caygan di hadapan matanya.

"Pearl?" Easter menoleh pada gadis itu. Dia kenal sangat dengan Pearl. Dia adalah PA kepada Shaista Adeela suatu ketika dahulu.

"Hi, Cik Easter." Balas Pearl. Dia cuba berlagak tenang. Pili air diputar sedikit dan tangannya dibasuh perlahan- lahan. Sesejuk air yang membasahi jemarinya, sesejuk itu juga peluh di dahi yang mengalir. Pearl tahu siapa sebenarnya di balik Wajah Palsu Easter Caygan itu. Jika bukan kemahuan CEO Daniela Imelda, dia tak ingin berada di situ.

"Oh, Hi Pearl. You never changed at all." Easter Caygan mencuit hujung bahu Pearl. Bibir Pearl senget sesaat.

"Huh? Cik Easter kenal Saya ke?" Pearl menutup pili air.

Easter Caygan terpelam. Hampir dia lupa dia sekarang adalah Easter Caygan dan bukan Kimberly Sash. Dia pantas tersenyum manis yang sengaja dibuat- buat.

"Sorry. I salah orang." Easter pantas menutup perbualan itu dan terus keluar dari Situ. Pearl tertawa sendiri. Wajahnya memang berubah total tapi perangainya masih tetap sama, bengap. Pearl menggeleng dan mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor Melissa dia dail sambil keluar dari tempat itu dengan langkah berhati- hati.

"Hello Melissa?" Pearl tercari- cari di ruang koridor bangunan itu.

Melissa yang baru masuk ke dalam lif menekan punat bernombor 5. Majlis perasmian itu akan berlansung sebentar lagi. Melissa dijemput oleh Pearl ke majlis itu kerana mereka mempunyai rancangan untuk mengenakan Easter Caygan.

"Pearl, I ada kat dalam lif. Dalam 2 minit I sampai. Oppps.. Wait." Melissa undur sedikit di dalam ruangan lif itu apabila seorang lelaki masuk ke dalam lif itu bersamanya. Lelaki itu berpakaian serba hitam dan tidak menunjukkan wajahnya dengan jelas. Sarung separuh wajah dan kaca mata hitam menutup wajahnya. Melissa mematikan talian dan dia hanya berdiri di situ cuba berlagak tenang. Anak matanya memerhatikan suit hitam yang dipakai oleh lelaki itu. Damn! Melissa mula berasa resah.

"You look So pretty." Kata lelaki itu. Shaista menelan air liur. Tiba- tiba sahaja mendapat pujian daripada lelaki asing itu. Dia hanya diam.

"Your Boyfriend must be So lucky. Do You have a Boyfriend?" Tanya lelaki itu lagi. Shaista masih diam. Dia berjaga- jaga. Jika lelaki itu menyerangnya dia tidak teragak- agak untuk mematahkan lehernya.

"Almost there beautiful. Awak buat apa kat sini. It's too dangerous for You." Kata lelaki itu lagi. Mata Shaista mengerling ke arah Nombor lif yang semakin menaik.

3 4 5 TING!
Pintu lif terbuka. Lelaki itu memberikan ruang kepada Melissa untuk keluar dari lif. Dengan jantung yang sudah hampir meletup kerana berdegup kencang, Melissa mencari tempat persembunyian sementara. Dia cuba mencari Pearl tapi dia gugup bila melihat tempat itu dipenuhi dengan pengikut Daragon Valhala. Dia tahu mereka semua adalah pengikut Daragon Valhala melalui cara pemakaian mereka . Qavin pernah memberitahunya tentang rahsia yang dia perlu tahu mengenai musuh- musuhnya yang perlu dia jauhi.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now