BAB 30 : HITTING ON YOU

3.2K 337 36
                                    


THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink


BAB 30
HITTING ON YOU

QAVIN bangun pagi itu dan mendapati Shaista sudah tiada di sisinya. Dengan keluhan berat, Qavin memaksa diri untuk bangun dan masuk ke bilik mandi.

Shower dipasang, Qavin membiarkan diri dibasahi sehingga dia sedar yang dia perlu berjumpa Nafro secepatnya pagi itu. Qavin menggeleng bila melihat kesan gigitan cinta di dadanya. Siapa lagi pelakunya jika bukan Shaista Adeela.

Siap bersarapan sendirian, Qavin sempat menjenguk ayahnya di dalam bilik pejabatnya. Puan Ania Yui pula sedang bersendirian di bilik bacaan dan menghabiskan masa dengan buku- bukunya. Qavin menggeleng. Dia tidak tahu, bagaimana caranya untuk membuat kedua- dua mereka kembali seperti dulu. Pasangan yang romantik dan saling menyayangi.

Qavin meninggalkan kediaman tepat jam 11 pagi. Keretanya yang dia naiki diiring oleh Bodyguardnya. Qavin tidak dibenarkan bergerak bersendirian selepas apa yang berlaku kepada dirinya. Mereka semua yakin, Daragon Valhala akan datang mencarinya.

SHAISTA tersenyum pada lensa kamera di hadapannya. Pearl menepuk tangan kegembiraan melihat kawan baiknya kembali beraksi seperti dahulu. Perasaan rindu telah hilang dan dia sangat gembira bila mendapat tahu, Shaista Adeela masih hidup.

"You have a very beautiful legs!" Jurukamera yang mengambil gambar Shaista tidak henti- henti memuji Shaista. Setiap aset yang ada pada diri wanita itu dipuji dan dikaguminya.

"Of course dia cantik. Semua yang dia ada ni original tau. Kaki dia adalah kaki yang tercantik daripada semua model yang kita ada. Dia memang dilahirkan untuk jadi model." Puji Daniela Imelda pula.

"Saya akan pastikan gambar ni dapat perhatian sepenuhnya daripada Juri di audition tu nanti." Kata Jurukamera itu.

"Bagus. Ambil sebanyak gambar yang mungkin. Pearl, kau sediakan semua pakaian yang dia perlukan. We will Make Her shining again!" Kata Daniela Imelda lagi. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman apabila melihat Shaista Adeela beraksi di hadapan Kamera. Memang tidak pernah menghampakan. Natural dan sangat fotogenik. Setiap 'details' wajah dan tema pergambaran itu dia dapat fahami dengan bersahaja.

"Imagine kau ni burung merak Sha. Burung merak yang sangat angkuh sebab dia tahu dia sangat cantik. Semua orang nak tengok ekor kau yang berwarna warni tu." Jurukamera itu memberikan arahan kepada Shaista tentang situasi gambar Yang ingin dia ambil.

"Okay." Shaista tersenyum. Kakinya yang panjang dan runcing itu ditonjolkan. Gaun pendek kembang di tolak ke belakang seperti memperlihatkan dia sedang terbang. Dagunya diangkat ke aras. Rambutnya dilibas kiri dan kanan manakala matanya tajam merenung lensa kamera.

"Perfect!" Kata Jurukamera itu. Mereka semua sangat teruja melihat Shaista mengeluarkan 'taringnya' semula. Dunia permodelan akan bergegar lagi dengan kemunculannya.

STEWART menurunkan cermin kereta apabila melihat gambar Easter Caygan di papan Billboard sudah ditanggalkan. Selama ini, dia selalu lalu di kawasan lebuh raya itu dan wajah Easter Caygan sentiasa berada di situ. Dia bangga, gadis kesayangannya kini berada di puncak segala- galanya. Tapi kini, papan Billboard sudah kosong. Stewart mula ternanti- nanti, wajah siapa yang bakal mengantikan tempat Easter Caygan.

Jauh termenung, Stewart Athens tersenyum bila ingat akan Melissa. Siapa sangka, gadis serupa Shaista Adeela itu mudah masuk ke dalam hatinya. Wajah memang sama, tapi perwatakan mereka sangat berbeza. Shaista seorang gadis yang sangat lurus bendul. Manakala Melissa, suka bermain tarik tali dan lebih terbuka.

"Why I suddenly miss her."Stewart bercakap dengan dirinya sendiri. Telefon pintar di ambil dari dalam anak bajunya dan dia mula membuat panggilan.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now