BAB 38: THE EMPTY BOXES

3.1K 365 60
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 38
THE EMPTY BOXES

Pintu kereta dibuka dengan tiba- tiba. Qavin yang sedang menunggu di dalam menoleh sekilas dan dia menanti penuh sabar pengikutnya memberikan informasi mengenai Datuk Henkin.

"Daripada laporan kesihatan yang kami terima, dia hanya demam biasa sahaja. Dia dimasukkan ke hospital ni malam kelmarin dan dia juga memilih untuk bawa Jururawat persendirian yang dia sudah upah."

Mendengar laporan daripada Pengikutnya itu, Qavin sudah dapat mengagak sesuatu yang tidak baik.

Qavin pantas turun daripada kereta dan masuk semula ke dalam bangunan Hospital. Dia menemui Datuk Henkin semula dan terus merentap Anak bajunya.

"Kimberly tu anak kau bukan?" Tanya Qavin tanpa menunjukkan rasa hormat pada Datuk Henkin lagi. Tersentak dengan tindakan Qavin, Datuk Henkin menggeleng semahunya.

"Apa yang kau merepek ni Qavin. Siapa Kimberly?"

"Oh saya lupa. Dia dah ada Identiti baru selepas bunuh orang 2 tahun yang lalu. Mungkin kau kenal, Easter Caygan? Bagitau saya dia ada di mana atau saya akan bunuh semua ahli keluarga kau sekarang juga."ugut Qavin.

Berderau saraf Datuk Henkin mendengarnya.

"Macam mana kau boleh tahu?!"

"Anak kau menyamar jadi jururawat masuk ke sini. Dia sudah lama berdendam dengan Shaista. Dan dia salah orang! Saya tak akan benarkan anak kau tu sakitkan Shaista lagi. Bagitau saya dia ada di mana!" Qavin menolak Badan Datuk Henkin ke dinding hospital.

"D.. Dia... ada di.. rumah Hut kami di bukit Sash. Saya akan bagi kamu lokasinya tapi Qavin..." Datuk Henkin menarik Tangan Qavin yang sudah mahu berlalu pergi dari situ setelah mendapatkan apa dia mahukan.

"Kau nak apa lagi?!"

"Tolong jangan bunuh anak saya."

"Saya tak boleh nak janji apa- apa. Kalau dia apa- apakan Shaista, bersedialah hadapi pengebumian anak Datuk!" Kata Qavin.

Dia terus pergi dari situ tanpa berlengah lagi.

"Saya nak kamu semua jaga Orang tua tu. Jangan biarkan dia terlepas atau check out daripada Hospital ni sebelum saya berikan arahan." Kata Qavin sebelum masuk ke dalam kereta. Pengikutnya yang lain masuk ke dalam kereta. Hospital kembali tenang. Pengikut Qavin yang lain sudah meninggalkan Hospital. Hanya beberapa Bodyguard yang ditinggalkan di situ untuk menjaga pergerakkan datuk Henkin.

♥️♦️♠️♣️

BANG!
Tembakan itu mengejutkan Shaista Adeela yang sudah semakin lemah. Dia sempat tunduk dan wajahnya terbungkam pada tanah yang penuh dengan dedaun kering itu. Dia mengeluh lega, nasib baik dia sempat menundukkan kepalanya, jika tidak, peluru pasti sudah masuk ke dalam kepalanya.

Kimbelry mengumam perasaan benci. Tidak berpuas hati bila tembakannya tidak mengenai sasarannya. Stewart Athens dalam keadaan tegang. Dia sendiri tidak boleh bergerak untuk melakukan apa- apa.

Shaista mengeluh dan menarik nafas sedalam- dalamnya. Dia bangun perlahan dan mengengam sekepal tanah dalam gengamannya.

"Pergi matilah!!" Kimberly menjerit lagi. Dia bersedia untuk melepaskan tembakan yang seterusnya. Kini Shaista sudah tidak teragak- agak untuk menggunakan semua tenaganya. Kimberly sudah tidak boleh dibiarkan lagi.

SRASHHHHH!
Tanah dalam gengaman Shaista dia tebarkan ke arah Kimbelry.

"Arghhh!" Kimberly terus terundur ke belakang. Percikan tanah masuk ke dalam matanya. Dia tidak dapat melihat. Tangannya cuba membuang tanah bercampur pasir halus yang ditebar kemukanya. Luka melecur didiknya terpaksa dia gosok dan bertambahlah rasa sakit yang dia bakal hadapi. Pistol yang ada di tangannya pantas dirampas oleh Shaista. Dia menendang Kimberly sehingga kepalanya terhentak di atas batu bersebelahan dengan Stewart. Kimbelry seperti cacing kepanasan. Bergerak tapi dia tidak dapat membuka matanya. Stewart cuba melawan Shaista dengan membaling batu- batu kecil yang boleh dicapai dengan tangannya. Shaista geram memandang wajah itu.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now