BAB 5: STALKER

2.7K 291 22
                                    

BAB 5:
STALKER

Daniela Imelda, masih menunggu Shaista membuka mulut untuk menjelaskan kepadanya mengapa dia mahu meneruskan Kontrak Yang telah dibatalkan sebelum ini. Sudah hampir sejam dia menunggu dan mereka berdua hanya saling berpandangan, dengan renungan penuh tanda tanya terhadap diri masing-masing. Bilik pejabat juga menjadi Sunyi sepi. Shaista, mengetap bibir dan sesekali merenung jauh ke arah cermin luas pejabat yang terbuka tanpa ditutupi oleh langsir, jelas memperlihatkan pemandangan kota pada waktu siang.

Kringggg! Kringggggg!

Bunyi deringan telefon di atas meja mengejutkan mereka berdua. Daniela Imelda, menanggalkan gelas mata dan menyambut panggilan itu.

"Hello. It's me Daniela Imelda...what can I help You?" Dingin saja nada suara Daniela Imelda, menjawab panggilan itu tapi dia masih mempunyai sedikit senyuman di wajahnya. Shaista, masih kelihatan murung di hadapannya.

"Ohh. She's here." Kata Daniela Imelda, lagi. Matanya memandang Shaista dengan galak sekali.

Shaista yang menyedari orang yang membuat panggilan itu seperti sedang mencarinya mengangkat dagu, memberi petanda dia ingin tahu siapa yang ada di talian ketika itu.

"Bergaduh? Dengan siapa?" Kata Daniela Imelda. Dia tidak menjawab soalan Shaista. Shaista seperi yakin, yang berada di dalam talian itu adalah Stewart Athen. Dia membuat wajah menyampah. Masih segar di dalam ingatan, apa yang dia lihat semalam di antara dia dan Kimberly. Dia sebenarnya masih dalam keadaan terkejut sehingga tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Kepalanya masih sakit tapi luka di kepala ditutup dengan skarf yang dililitkan bersama dandanan rambutnya itu.

"No. She's fine. I will call You later." Daniela Imelda, menamatkan panggilan. Dia bangun dari tempat duduk dan menarik Shaista duduk di sofa berdekatan dengan meja pejabat tadi.

"Apa dah terjadi? Kenapa Kimberly call aku dan tanya keadaan kau okay ke tak?" Tanya Daniela Imelda.

"Kimberly?" Berderau telinga Shaista mendengar nama Kimberly disebut oleh Imelda. Rupanya dia yang membuat panggilan itu.

"Ya. Dia macam risau sangat dengan You. Betul ke kau bergaduh dengan Stewart? Pasal apa? Sebab tu ke kau nak batalkan perkahwinan tu." Tanya Daniela Imelda, lagi. Shaista masih diam. Apa yang harus dia beritahu kepada Daniela Imelda.

Kimberly. Hmmm! Tak malu! Mesti dia dah takut dengan Shaista. Dia mesti nak tahu apa yang Shaista sudah beritahu kepada Daniela Imelda. Jika Daniela Imelda tahu apa yang berlaku, nama Kimberly akan hilang dalam senarai Model, Syarikat itu. Shaista mendengus geram. Benci.

"Sha...? Tell me. Apa dah berlaku..." tanya Daniela Imelda lagi. Riak wajah Shaista membuktikan sesuatu yang buruk telah berlaku.

Shaista Adeela, boleh saja menceritakan semua kelakuan buruk yang dilakukan oleh Kimberly dan Stewart kepadanya, tapi dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Dia bertuah kerana mengetahui semua pembohongan mereka sebelum dia berkahwin dengan stewart. Ya. Dia sangat bernasib baik! Sebab itu dia merasakan belum terlambat untuk meneruskan semula kontrak yang dibatalkannya sebelum ini. Dia hanya perlu meneruskan hidup seperti biasa dan melupakan stewart. Dia boleh hidup bahagia dengan Kimberly.

"Nothing Daniela . Bila aku fikir balik, kalau nak kahwin dengan Stewart dan hilang semua benda yang aku suka, rasanya aku tak mampu. Sebab tu aku tak nak kahwin." Jawab Shaista dengan nada pasrah. Daniela Imelda tersenyum.

"See! Told ya! Kau masih muda untuk tinggalkan semua ni. Kau di puncak kerjaya kau sekarang ni. Kenapa nak berhenti pulak? Kalau stewart sayangkan kau, dia akan sokong apa pun yang kau nak buat. Bukannya sorokkan kau dalam rumah dia jadi isteri yang patuh. Isteri atau orang gaji... ? Good Job Sha. Aku akan cuba hubungi clients kita semula.. when everyting went well, I will call You back." Kata Daniela Imelda, sambil mengusap bahu Shaista. Dia memang lebih dari seorang CEO. Dia juga kawan baik Shaista. Dia menjaga Shaista dengan baik selama ini.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now