BAB 25 : PLAN OF THE NIGHT

3K 340 38
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 25
PLAN OF THE NIGHT

Shaista balik ke rumah kediaman Wolfs 1 petang itu dan mencari Qavin. Tapi dia sudah tahu yang Qavin tidak berada di rumah. Keretanya tidak kelihatan. Puan Ania dan Tuan Dorian Lee juga tidak kelihatan. Shaista naik ke tingkat atas dan terus merebahkan diri di atas katil. Dia kecewa dengan apa yang berlaku hari ini. Rupanya, bukan mudah mahu mengenakan Kimberly Sash.

Flashback...

"Boleh Saya tau, kenapa kontrak kita dibatalkan, even kita dah setuju untuk lakukan banyak benda bersama?" Shaista mendekati Meja pejabat, Laurene Demet.

Wajah Laurene Demet yang sebelum ini nampak ceria dan mesra kepadanya turut berubah garang. Dia seperti tidak mahu bercakap lagi dengan Shaista.

"Miss Laurene...?" Shaista masih cuba mendapatkan jawapan mengapa kontrak mereka tidak akan diteruskan seperti yang dirancang.

"Melissa. Saya lupa yang saya tak ada kuasa sepenuhnya pada syarikat ni. Esok saya akan berhenti jadi CEO di syarikat ni. Ada orang lain yang akan Handle ni semua." Balas Laurene dengan nada sedih. Dia mula mengemas barang barang miliknya di atas meja itu.

"Huh?" Shaista nampak terkejut. Tapi, apa yang dia tahu, syarikat itu memang milik CEO Laurene Demet sejak dari mula. Mengapa dia harus pergi dari situ.

End of Flashback...

Shaista tahu, semua yang berlaku pasti ada kaitan dengan Kimberly Sash. Ternyata, musuhnya itu mempunyai pelindungnya. Shaista mengambil telefonnya. Dia cuba mendail nombor Qavin. Tidak dapat disambungkan. Shaista marah pada diri sendiri. Dia tidak harus melibatkan Qavin dalam hal itu. Dia akan mencari jalan yang lain untuk membalas dendam terhadap Kimberly.

Shaista terlena selepas mandi. Dia terjaga semula apabila seseorang masuk ke dalam biliknya. Mata Shaista dibuka seluas luasnya. Puan Ania Yui mendekatinya dan memeluk Shaista. Puan Ania Yui tidak berkata apa apa tapi Shaista dapat menghidu, sesuatu telah berlaku kepada Qavin.

"Mom? What happened to Qavin?"tanya Shaista perlahan. Puan ania tidak menjawab persoalannya. Shaista sekali lagi bertanya soalan yang sama pada Puan Ania.

"Mom?" Shaista dapat melihat kegelisahan di riak wajah Puan Ania Yui. Tidak pernah dia membuat wajah seperti itu.

"Daragon Valhala bawa Qavin ke markas mereka untuk dijadikan tebusan. Mereka tak nak Wolfs berkuasa semula." Jelas Puan Ania.

"My Goshh! So, Kita kena selamatkan Qavin. Mom. We cannot Wait here like nothing happened to him." Shaista terus Turun dari katil dan mahu menukar pakaiannya.

"You can't go sha. Qavin sudah pesan dengan mama. Anything happened to him, You will never get involved." Puan ania menghentikan apa yang Shaista ingin lakukan. Mendengar kata kata Puan Ania ,Shaista menyandarkan dahi di pintu almari. Sumpah dia sangat risau akan keadaan Qavin. Dia tidak sanggup menerima jika apa apa berlaku kepada Qavin. No way!

"Nafro!" Shaista terus ingat akan Nafro. Dia pasti tahu apa yang sedang berlaku dan dia boleh membantu dirinya mencari Qavin. Shaista mengambil telefonnya. Di perjumpaan mereka yang lalu, dia ada menyimpan nombor Nafro. Tanpa berlengah, dia terus menghubungi Nafro.

NAFRO POV

Nafro sedang menunggu Easter Caygan muncul di hadapan pintu kediamannya malam itu. Mereka berdua mempunyai temu janji untuk makan malam bersama. Nafro tidak sabar mahu memberikan 'hadiah' istimewa kepada Easter Caygan. Sudah lama dia menanti sehingga peluang seperti itu muncul.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now