BAB 2: KECURANGAN

3.3K 261 18
                                    



BAB 2
KECURANGAN

RUMAH STEWART ATHEN

Shaista Adeela, begitu teruja turun daripada keretanya pagi itu. Dia menarik nafas panjang. Rumah kekasih hati yang kini berada di hadapan membuat dia tersenyum panjang. Dia sengaja datang ke situ pagi itu untuk memberi kejutan kepada Stewart. Menurut Stewart lewat Whatsapp, Dia akan balik dari out station petang nanti.

Shaista Adeela, mengangkat barang- barang dapur yang dibelinya di pasar sebelum ke rumah stewart pagi itu. Dia terus membawanya ke ruang dapur dan mula menyusunnya mengikut menu masakan yang dia ingin masak untuk makan malam nanti bersama Stewart. Dia mahu membuktikan kepada stewart yang dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Pasta... Lemon Chicken... Ohhh lupa pula... Soup ikan dengan kuah kunyit. he's gonna love this!" Shaista sudah tidak sabar. Dia sibuk di dapur ketika menyedari pembantu rumah Stewart rupanya ada di situ dan sedang memerhatikan kelakuannya sejak dari tadi.sedari kewujudan mak cik Kiah, orang gaji Stewart, Shaista mengukir senyuman. Dia tunduk sikit kepada wanita seusia ibunya itu.

"Sorry mak cik. Aku main terjah saja masuk... sebenarnya aku nak buat kejutan untuk Stewart... hari ni dia balik dari out station kan?" Tanya Shaista berseloroh. Rasa teruja masih ada dalam hati. Mak cik kiah tidak memberikan apa- apa reaksi yang menyenangkan. Malah dia membalas pertanyaan Shaista dengan renungan penuh rasa belas kasihan. Tapi mengapa? Shaista mencuci tangannya di singki. Kain lap Bersih di hujung kabinet di capai untuk mengeringkan tangannya. Lalu dia mendekati Mak cik kiah.

       "Kenapa mak cik tengok aku macam tu? Mak cik marah ke aku datang ke sini? Kalau mak cik marah aku minta maaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa mak cik tengok aku macam tu? Mak cik marah ke aku datang ke sini? Kalau mak cik marah aku minta maaf... mak cik jangan risau, lepas masak nanti aku akan kemas semua semula.." Shaista Adeela memaut bahu Mak cik kiah.

"Tak. Mak cik tak marah... Masaklah. Rumah ni pun memang akan jadi rumah kau tak lama lagi. Tapi jangan naik ke tingkat atas ya. Mak cik baru mop lantai. Nanti licin kamu tergelincir pulak." Pesan Mak cik kiah sebelum dia berlalu meninggalkan Shaista di situ sendirian.

"Hmm." Shaista mengangguk sendiri. Dia menyambung semula kerjanya menyiapkan makan malam dan dia berhenti sejenak untuk menikmati kopi 3 in 1 kerana dia merasakan masih terlalu awal untuk menyiapkan semua menu makan malam.

Shaista duduk di sofa ruang tamu sambil membaca Newsfeed muka bukunya. Skrin Telefon diskrol perlahan- lahan. Anak matanya tidak berkedip membaca apa yang tertera di situ. Dan sejenak, anak telinganya seperti mendengar suara di tingkat atas. Shaista terus mendongak ke tingkat atas. Mak cik kiah sedang menyiram pokok bunga di luar halaman rumah. Stewart tidak mempunyai orang gaji yang lain selain mak cik kiah. Jadi? Bunyi apa yang didengarinya sebentar tadi? Shaista Adeela menggeleng. Mungkin hanya perasaannya sahaja. Dia fokus semula kepada skrin Telefon.

"Babyyyyyy...."

Kali Ini suara jeritan halus pula didengari oleh Shaista. Dan dia pantas mengangkat punggung dari duduk di sofa. Kakinya yang panjang runcing itu mula mengorak langkah mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Suara itu jelas datangnya daripada bilik tidur Stewart. Shaista berhenti melangkah di hadapan pintu bilik stewart. Dia mendekatkan cuping telinga di pintu dan cuba mendengar bunyi yang didengarinya tadi.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now