THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink
BAB 14
THE TANTO TO PROTECT MEQavin menunggu Shaista Adeela di pintu kemasukan sambil memeriksa telefonnya untuk kali terakhir. Dia hanya mahu pastikan yang William ada datang menemui ayahnya seperti yang mereka berdua bincangkan di dalam telefon sebelum ini.
Qavin menyimpan semula telefonnya dalam poket seluar apabila tiada sebarang panggilan atau pesanan masuk ke dalam notifications.
Shaista Datang kemudian sambil tersenyum pada Qavin. Dia sebenarnya agak terkejut kerana tidak ada seorang pun yang mengecam wajahnya sebagai Shaista Adeela. Ini bermakna dia memang boleh menjadi Melissa D. Lee, selepas ini tanpa melakukan banyak perkara sebagai tambahan."Qavin.. Sha tak rasa orang sekeliling kenal Sha pun.. even Sha tak pakai penutup muka ni.." Shaista tersengih.
"Jangan cuba- cuba. Mungkin mereka tak ambi peduli sangat. Keadaan sekeliling sibuk sekarang ni." Jawab Qavin. Shaista memakai semula sarung wajahnya.
Tidak lama kemudian, Telefon Qavin berbunyi. Dia pantas menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa yang membuat panggilan.
"Hello Daddy?" Pantas Qavin menjawab. Talian sunyi seketika .
"Hello Qavin. Ini saya, detektif Narfo. Macam mana dengan deal saya hari itu? Kamu setuju tak bekerjasama dengan Tuan Master saya..?" Suara Deketif Natfo kedengaran. Qavin menoleh kiri dan kanan. Dia melindungi Shaista.
"I'm Sorry Sir. Saya Busy sekarang ni. Saya tak akan ada di Malaysia untuk masa yang panjang. Rasanya kita tak dapat teruskan deal tu. My father refused to Make any deal. Big Sorry." Balas Qavin.
Detektif Narfo nampak sedikit kecewa. Dia terus bangun dari kerusi tempat dia duduk dan mengurut dahinya. Sayang sekali. Qavin boleh membawanya menyelesaikan banyak tugas perihal tugasnya menumpaskan geng -geng Kimpulan kongsi gelap yang semakin berleluasa.
"Fine Qavin. It's okay. Kau nak kemana? Maksud kau tak akan ada di Malaysia dalam masa yang lama? Kau nak ke mana?" Tanya Detektif Nafro kemudiannya.
"Sorry. Saya tak boleh bagitau." Balas Qavin lagi.
"Okay. Kalau macam tu, kalau kamu perlu atau mahu berjumpa dengan saya suatu hari nanti, just ring me using this number. Saya akan tunggu." Kata Nafro. Qavin hanya diam. Dia kemudiannya mematikan talian dan membawa Shaista masuk ke dalam pintu kemasukan. Mereka akan terbang ke Jepun tidak lama lagi. Dia Perlu membawa Shaista ke situ terlebih dahulu sebelum ayahnya datang ke situ untuk berjumpa dengan Melissa.
♠️♦️♥️♣️
KEDIAMAN STEWART ATHENS
Stewart Athens membawa Kimberly turun daripada kereta dan menolaknya masuk pula ke dalam rumah baru mereka. Kimberly dengan wajah mencuka masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang dilihatnya di lapangan terbang tadi.
Mustahil itu Shaista Adeela. Mungkin hanya perasaannya sahaja. Selepas kejadian malam itu berlaku, Stewart telah menghantarnya ke luar negara untuk bersembunyi buat sementara waktu. Dia telah diberikan identiti yang baru kerana Kimberly Sash, sudah mati pada malam itu.
"Easy Kim.. Easy. Now, you're not Kimberly anymore. You're Easter! Easter! Okay.. Easter Caygan. Yes. That's You now!"!kimberly cuba menenangkan jiwa. Untuk mengurangkan perasaan gugup dan prasangka yang menebal dalam jiwa, dia menelan ubat yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.
Stewart Athens pula berjalan mundar mandir di ruang tamu sambil memerhatikan lantai rumah yang memutih. Risau juga dengan imaginasi atau ilusi daripada Kimberly tentang Shaista tapi dia sudah diberitahu bahawa Shaista sudah mati di dalam penjara kerana seksaan daripada pegawai penjara yang di upahnya. Pegawai itu juga sudah memberikan bukti, mayat Shaista dikebumikan di belakang Bangunan penjara itu.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO SAVE ME
AcciónRANKED #1 In WRITER 28/3/2019 COMPLETED ✅ SINOPSIS SHAISTA ADEELA, Model terkenal yang kecundang dengan hubungan percintaannya. Pengkhianatan berlaku sehingga dia kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Dia juga dimasukkan ke dalam Penjara atas tu...