THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink
BAB 34
SAVE ME FROM THE BULLETUBBE menolak Nafro dan membantu Qavin bangun. Dia menepuk bahu Qavin dan mereka bertiga saling berpandangan.
"Apa semua ni?" Tanya Qavin pada Ubbe.
"I need Your help..." kata Ubbe pada Qavin.
"Apa yang kau nak? Mana Torvi?"
"Jangan risau dia selamat. Dia dah balik ke kediaman Wolfs 5. Saya hanya nak bercakap dengan kau pasal pecahan Wolfs yang dah musnah." Kata Ubbe. Dia tahu, Qavin mesti tahu tentang semua maklumat berkaitan dengan Wolfs.
Nafro bersandar di kereta. Membiarkan Qavin dan Ubbe berbicara. Luka di tepi bibir dia kesat dengan jarinya.
"They're gone. Nak cakap apa lagi?" Balas Qavin. Tidak akan membuka pekung di dada berkaitan Wolfs. Tidak akan biarpun sepatah kata. Ubbe masih orang luar.
"You and William masih berhubung dengan mereka, True or not?" tanya Ubbe lagi. Dia nampak terdesak.
"Kami cuba hubungi mereka tapi tak semua mahu munculkan diri." Balas Qavin. Ubbe hanya memandang Qavin dan kemudiannya kepada Nafro.
"Apa masalah sebenarnya? Ketua Wolfs dalam tangan Daragon Valhala. Saya kena jumpa William untuk cari jalan selamatkan mereka." Kata Qavin mahu masuk ke dalam keretanya semula. Ubbe menahannya.
"Kau pernah dengar tak pasal Illegal Imports yang hilang 10 tahun lalu? Gaylord yang berkuasa pada masa tu dan setahu saya, Wolfs sangat rapat dengan Gaylord." Ubbe tiba- tiba berbicara tentang Gaylord. Qavin hanya diam.
"I know about It but I don't trust You enough to talk about It. Perlukah saya percayakan awak?"Qavin menepis tangan Ubbe. Nafro menolak Bahu Qavin.
"Jawablah apa Ubbe tanya. Kau apa hal." Desak Nafro.
"No I won't talk to You too."Balas Qavin pada Nafro.
Nafro mengeluh.
"It's weird because The president once talk about It with me. Dia nak cari benda tu." Kata Nafro.
Qavin diamkan diri. Dia menoleh pada mereka berdua.
"Something is wrong with the President. Ingat pasal Datuk Henkin? Timbalan presiden?Dia orang suruhan Presiden dan saya tahu dia berkerjasama dengan Daragon Valhala. Pada masa yang sama, Presiden arahkan kau untuk musnahkan Daragon Valhala.. Kau tak rasa pelik ke dengan manusia tu?" Ujar Nafro.
"I don't know." Qavin masih berdalih.
"Presiden baru saja buang Nafro dari secret service tempat kami bertugas. Don't You feel something fishy about It?" Tanya Ubbe lagi.
"Padan muka. Korang semua bukannya boleh percaya sangat pun. Dan kau Ubbe, kau jangan berlagak sebab dah kahwin dengan Torvi. Kau tipu orang yang salah." Qavin memberikan amaran. Ubbe mengeluh. Sukar menembusi tiang kepercayaan daripada Qavin.
"Presiden is weird. Sebab tu saya datang cari kau, Bodoh!" Bentak Nafro pula.
Qavin Merasakan ada betulnya juga kata- kata Nafro itu. Dia teringat saat dia mendapat arahan untuk membunuh Presiden daripada papa besar. Datuk Henkin, Timbalan Presiden ada di situ. Sepatutnya, Datuk Henkin sudah dihukum ketika Presiden tahu dia bersekongkol dengan Papa besar. Tapi dia masih selamat selepas kejadian itu. Qavin dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO SAVE ME
AçãoRANKED #1 In WRITER 28/3/2019 COMPLETED ✅ SINOPSIS SHAISTA ADEELA, Model terkenal yang kecundang dengan hubungan percintaannya. Pengkhianatan berlaku sehingga dia kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Dia juga dimasukkan ke dalam Penjara atas tu...