BAB 18: THIS TIME FINALLY COME

3.9K 328 45
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink.

BAB 18
THIS TIME FINALLY COME

TOKYO, Japan.

Kini hanya ada dua orang di dalam bilik kosong itu. Di atas meja, ada sebotol Whiskey, lemon dihiris nipis, garam halus dan beberapa jenis buah buahan yang sudah dipotong dadu. Qavin dan Detektif Nafro, bersetuju untuk berjumpa di tempat rahsia itu.

"Kau pasti tiada sesiapa pun yang ekori kau ke sini..?" Tanya Detektif Nafro.

"Ya. Pasti. Tapi tak semestinya kau boleh ambil kesempatan terhadap saya. Walaupun ayah saya tidak bebas, tapi mata dia ada di mana mana. Selain menjaga Identiti dia, saya adalah orang yang paling dia lindungi. Jika sesuatu berlaku kepada Saya, kau akan mati." Kata Qavin. Detektif Nafro mengangguk.

"Come on Qavin. Saya susah payah datang ke sini cari kau.. dan siasat semua benda yang boleh untuk buat kau mahu bercakap dengan saya macam ni.."

"So, cakaplah. Apa benda yang kita berdua boleh buat deal... and sebelum tu saya nak tau, macam mana kau boleh tahu pasal Shaista Adeela.?" Tanya Qavin. Kini mereka berdua dalam dalam perbualan yang agak serius.

Detektif Nafro tersenyum. Dia memeluk badannya. Duduk menyandar di kerusi dan mula minum segelas whiskey. Sedikit demi sedikit.

"Mustahil dia boleh mati di dalam penjara macam tu saja. Dia dikebumikan tanpa pengesahan sepenuhnya yang ditanam itu adalah dia. Lagipun, Saya tak percayakan pegawai penjara yang bertugas di situ. Dia kedapatan melakukan aktiviti menjual banduan- banduan wanita ke rumah pelacuran secara tersembunyi untuk beberapa tahun sebelum saya berjaya menangkap perbuatannya." Jelas Detektif Nafro.

Qavin tersenyum. Nampaknya , Detektif Nafro tahu banyak benda perihal Shaista.

"So? Kalau memang betul dia tak mati dan larikan diri dari penjara ... macam mana kau yakin yang dia ada dengan saya..? Jangan main tuduh saja.. Detektif." Perli Qavin.

Kini giliran detektif Nafro yang tertawa.

"Kau ada di dalam mahkamah sewaktu kes Shaista dibicarakan.. CCTV ada merakam kehadiran kau. selain tu, kereta kau juga ada ditemui di hadapan rumah Stewart Athens semasa kejadian pembunuhan dan rumah terbakar malam itu.. mungkin hanya kebetulan?" Detektif Nafro menghenyit mata sepetnya. Qavin mengangguk. Bijak. Nampaknya dia sudah menyiasat banyak benda mengenai dirinya.

"Oh well. Saya memang peminat Shaista. Siapa tak suka dengan dia. I was her fan. So, mungkin agak kebetulan jika saya mengikuti semua kisah hidup dia.." Jawab Qavin.

"Qavin. Don't lied at me. I know more than You do. Kan saya dah cakap , saya sudah tangkap dan soal siasat pegawai penjara yang terima duit dari Seorang wanita yang saya percaya adalah Puan Ania Yui, She was Your mother, right? Dia yang keluarkan Shaista di penjara .. dan keesokan harinya, Shaista diumumkan mati di dalam kurungan kerana sakit tenat..?" Detektif Nafro menuangkan whiskey untuk Qavin.

Fuhhh! Qavin terjerat. Sudah terlambat untuk menidakkan. Nampaknya , detektif itu mempunyai semua maklumat yang ada.

"Fine. I did It because I know, she's not guilty. And one thing You need to know.. penjenayah sebenarnya ada di Malaysia. Hidup dengan bersenang lenang dengan identiti baru.. daripada kau susah payah nak cari Shaista yang tak bersalah, lebih baik kau pergi tangkap penjenayah sebenar tu.. " jelas Qavin lagi.

"Maksud kamu, Stewart Athens?"

"Haaa! Pandai pun." Qavin mengangkat gelas.

"Saya dapat tahu dia adalah sebahagian daripada Ahli kumpulan gangster yang sedang bermaharajalela sekarang, Daragon Valhala."

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now