BAB 9: SOLD AND FREEDOM

2.9K 321 45
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink.

BAB 9
SOLD AND FREEDOM

Shaista Adeela sedar apabila dia berada di dalam sebuah bilik yang jelas bukannya di bilik di mana Kimberly meninggalkan dirinya dengan lelaki asing itu. Shaista kini berpakaian lengkap dan dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di tempat itu.

"Wait..!" Shaista Memeriksa keadaan dirinya. Apa yang telah berlaku kepadanya selama dia tidak sedarkan diri. Seluruh badan dia periksa. Tidak ada perasaan yang mengatakan dia telah diperkosa. Tiada secalit luka ataupun kesan calar pun di badannya. Dia turun dari katil. Dia mahu keluar dari tempat itu. Dia mahu tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.

Daun pintu dibuka perlahan. Shaista melangkah keluar dari bilik di tingkat bawah rumah itu. Dia sebenarnya berada di bilik Mak cik kiah. Rumah itu dalam keadaan sunyi sahaja. Di mana Kimberly dan Stewart?

"Mak cik??" Shaista memanggil Mak cik kiah. Dia tahu, mak cik kiah berada di situ.

"Mak cik...!" Panggil Shaista lagi.

Lampu yang tadinya gelap dihidupkan dengan tiba tiba. Shaista menoleh ke tingkat atas. Kimberly muncul bersama senyuman penuh makna. Di tangannya mempunyai beberapa keping gambar. Shaista sudah bersedia berdepan dengan wanita ular itu.

"Mak cik kiah kau aku kurung di bilik atas. Berani dia kacau rancangan aku. Tapi tak apa.. oleh kerana dia dah bunuh lelaki tu, rancangan aku untuk tengok kau diperkosa secara live akhirnya tak kesampaian.. tapi, aku rasa semua gambar kau sedang berbogel ni boleh buat hidup kau musnah..betul tak? Shaista Adeela?" Dengan ngilai tawa, Kimberly menghumban kepingan gambar di tangannya ke arah Shaista. Shaista memungut satu persatu gambar itu.

"Sial!" Shaista memaki hamun. Semua gambar itu menunjukkan keadaan Shaista dalam keadaan bogel di atas katil. Tentu itu semua rancangan Kimberly.

"Kau nak apa sebenarnya!!"

"Hilangkan diri kau! Jangan muncul lagi di depan aku dan Stewart. Kalau kau muncul, even dalam satu event pun, aku akan sebarkan gambar kau ni.. bukan gambar saja aku ada, video lelaki tu sedang buka baju kau pun aku ada." Kimberly tertawa lagi. Shaista terkedu. Kejam! Sampai hati Kimberly memerangkap dirinya setahap itu. Shaista naik ke atas. Dia masuk semula ke dalam bilik tadi dan sekali lagi dia terkejut.

"Mak cik!! Mak cik!!" Mak cik kiah terbaring di atas lantai dalam keadaan yang menyedihkan. Kepalanya berdarah dan jelas dia telah dipukul dengan teruk sekali. Badannya lebam di sana sini. Di atas katil pula, seorang lelaki juga terbaring kaku. Shaista bangun dan mendekati lelaki itu.

"Nooo!!"
Shaista menjerit apabila mendapati lelaki itu sudah tidak sedarkan dirinya. Ada pisau tertikam di dada lelaki itu.

"Mak cik kiah yang bunuh orang tu. Dia yang datang selamatkan kau dari diperkosa. Tapi, doesn't matter actually. Kau akan dipersalahkan. Semua ni akan jadi salah kau. Kau akan jadi pembunuh! Nama Shaista hanya akan terkenal kerana menjadi pembunuh!" Kimberly masuk ke dalam bilik itu.

Shaista kembali mendekati mak cik kiah yang sudah tidak bernyawa. Sejak dari awal, mak cik kiah sudah memberi amaran kepadanya untuk melarikan diri dan meninggalkan semua itu. Shaista memeluk mak cik kiah. Apa lah salah wanita itu sehingga dibunuh.

"Kau memang jahat dan tak berhati perut Kim! Kalau kau benci dengan aku kau tak perlu libatkan orang lain... Kau jahat!!" Shaista berdiri. Dia menolak bahu Kimberly berulang kali.

"Dia yang nak masuk campur hal kau dan aku. Sekarang rasakan sendiri! Pergi mati dengan perangai nak jadi hero dia tu.. kan dah kena!" Bentak Kimberly. Lansung tiada perasaan menyesal yang dia tunjukkan dalam dirinya.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now