BAB 31: THE POISON

3.1K 338 27
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 31
THE POISON

Sekembalinya daripada perjumpaan dengan William, Qavin dan Shaista balik ke rumah kediaman Wolfs 1. Rumah nampak sunyi, semua pembantu rumah menunggu di hadapan rumah dengan wajah sedih. Shaista dan Qavin masuk ke dalam rumah secepatnya.

"Apa sudah berlaku? Kenapa korang ada di sini?" Tanya Qavin kepada mereka semua.

"Puan Ania dah terbang ke Jepun. Malam ni dia akan sampai." Jawab mereka.

Qavin dan Shaista saling berpandangan. Mereka masuk ke dalam bilik pejabat ayahnya pula. Tuan Dorian Lee sedang membaca buku. Bila melihat Qavin masuk ke dalam bilik pejabatnya dia hanya menoleh sejenak. Shaista mendekati Tuan Dorian Lee.

"Daddy? Kenapa Mommy balik ke Jepun? Dia tak bagitau kami pun?" Tanya Shaista. Tuan Dorian Lee mengangkat bahunya. Dia lansung tidak mengendahkan pertanyaan Shaista.

"Daddy marah lagi ke pada mommy? Yang sudah berlalu cukuplah Daddy. Melissa memang sudah tiada kita nak buat apa lagi." Bingkas Qavin. Dia nampak marah pada ayahnya yang membiarkan Ibunya pergi begitu sahaja.

"Kalau kau sayang sangat dengan dia, baliklah ke Jepun. I'm okay with Myself alone." Balas Tuan Dorian Lee.

"Fine! Lepas semua sudah selesai di sini, Saya pasti akan ke Jepun!" Kata Qavin pula. Tuan Dorian Lee terus berpaling. Qavin beredar dari situ. Shaista juga keluar dan berjalan mundar mandir di dalam ruang tamu bersama pembantu yang lain.

"Buatkan kopi Untuk Daddy, boleh?" Shaista meminta pembantu rumah membuatkan minuman untuk Tuan Dorian Lee.

Setelah kopi disiapkan, dia membawa kopi itu ke dalam bilik pejabat Tuan Dorian Lee. Melihat Shaista masuk membawa minuman, Tuan Dorian Lee hanya memandang ke arahnya. Dia mengeluh.

"Kau tak takut saya marah pada kamu, Sha?" Soal Tuan Dorian Lee.

Shaista menggeleng. Dia hanya memberikan senyuman segaris untuk Tuan Dorian Lee.

"Kamu sayang sangat ke dengan si Qavin anak Uncle tu. Dia tu jahat macam mak dia. Biasalah, darah Keturunan samurai." Sengih Tuan Dorian Lee. Shaista tertawa mendengarnya.

"Qavin baik macam Daddy." Balas Shaista cuba memujuk Tuan Dorian Lee.

"Qavin hanya ambil Gen saya yang kacak ni. Yang lain semuanya gen mak dia. Kalau Melissa masih hidup dia mungkin ikut Saya. Sebab dia cantik macam Sha. Serupa sangat sampai Uncle tak perasan lansung."

"Minta maaf sebab menyamar jadi Melissa Daddy. Bukan saya sengaja tapi Mommy nak saya buat macam tu dan saya setuju. Lagipun saya ada sebab lain kenapa saya setuju dengan cadangan mommy masa tu." Jelas Shaista perlahan- lahan sahaja. Tuan Dorian Lee hanya diam. Tapi minuman yang Shaista bawakan untuk dia sudah diminumnya.

"Mommy balik ke Jepun sebab Oyabun Tengah sakit. Kami tak gaduh pun. Esok Uncle juga nak balik ke Jepun, tapi Anak Wolfs 5, Torviana akan kahwin esok. Saya kena pergi ke majlis tu dan terus balik ke Jepun."

"Ohh . So, Daddy tak gaduh dengan Mommy?"

"Tak. Dah tua ni dah malas nak layan sifat ego. Uncle faham salah Uncle dan apa yang buat dia lakukan semua ni. Uncle memang tak layan Melissa dengan sebaiknya. Uncle mengaku." Tuan Dorian Lee mengaku dengan penuh rasa kesal. Shaista hanya tersenyum.

Dia meninggalkan Tuan Dorian Lee setelah mereka menghabiskan perbualan mereka malam itu. Shaista naik ke tingkat atas menuju ke bilik Qavin. Dia sedang bercakap dengan William di dalam talian. Shaista pula baru mahu masuk ke bilik mandi bila dia mendapat panggilan daripada CEO Daniela Imelda.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now