THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink
BAB 39 ( SEMIFINAL)
THE DEATH OF THE POISONPAPA BESAR cuba menghubungi Ubbam tapi gagal. Dia juga cuba hubungi Stewart, Juga gagal. Dia kebingungan. Keretanya membuat pusingan U apabila dari kejauhan dia melihat Wolfs sedang membantai markas Daragon Valhala. Dia tidak jadi ke situ dan balik semula ke kediamannya.
"Bos, saya dapat berita buruk. Sangat- sangat buruk." PA Papa besar masuk ke dalam bilik pejabat tanpa mengetuk pintu. Badannya terketar- ketar saat berhadapan dengan papa besar.
"Apa hal ni? Kau dah dapat cari di mana Stewart? Kau ada periksa rumah Hut yang saya arahkan tu?"
"Saya minta maaf Bos, tapi Stewart sudah mati. Saya datang ke situ dan hampir ditangkap oleh pengikut Qavin. Saya lihat sendiri, pengikutnya mengkebumikan Stewart dan seorang wanita yang saya tak kenal. Mereka telah membunuh Stewart." PA papa besar tunduk berkali- kali.
"Apa?!" Papa besar terus terduduk di atas sofa. Dadanya terasa sebak dan sakit. Dia cuba menarik nafas dengan seberapa normal yang mampu tapi dia tewas. Dia pengsan saat itu juga.
Dia terjaga beberapa minit kemudiannya. PA masih berada di situ dan memberikannya segelas air putih untuk diminum. Papa besar cuba bertenang lagi. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan.
"Apa benar anak saya sudah mati?" Soalnya lagi. PA- nya mengangguk lagi.
"Saya pasti itu dia. Saya nampak dengan jelas wajahnya ketika mereka mengkembumikan dia di dalam hutan berhampiran dengan kawasan rumah Hut itu."
"Kurang ajar! Ini semua pasti angkara Qavin! Tapi macam mana Qavin boleh terlibat dalam hal ini?"
"Saya dapat tahu, Wanita yang berdendam dengan Stewart adalah bekas tunang dia dahulu, Shaista Adeela. Dia adalah kekasih Qavin."
"Shaista? Bukankah dia sudah mati?! Anak saya beritahu sendiri yang dia telah mengupah orang untuk membunuhnya."
"Saya rasa dia tak mati seperti apa yang kita sangka selama ini. Dia telah kembali sebagai Melissa D Lee, Model baru yang sedang meloncat naik namanya."
Papa besar sudah tahu kebenarannya. Hatinya seakan dirobek dengan pisau tajam. Dia tidak dapat menerima kenyataan.
"Bawa saya ke tempat Stewart dikebumikan." Papa besar terus keluar dari bilik pejabatnya.
Pengikutnya telah membawa dia ke tempat Stewart dikebumikan. Dia mengarahkan mereka mengali kubur itu semula kerana dia mahu memastikan yang Stewart benar- benar sudah mati.
Apabila kubur itu sudah digali semula, Pengikutnya mengeluarkan mayat Stewart yang sudah keras dan mengembang. Papa besar menjerit semahunya. Dia memeluk mayat Stewart semahunya. Dia sedar, tangisannya tidak akan membawa anaknya hidup semula."Bawa dia balik ke rumah. Saya nak kebumikan dia dengan sebaiknya." Kata Papa Besar.
"Baik Bos. Tapi macam mana dengan mayat perempuan tu..."
Papa besar menoleh pada mayat Kimberly Sash. Dia tunduk dan menggeleng. Tidak menyangka, semuanya akan berakhir dengan tragis seperti itu.
"Bawa mayat dia sekali. Kembumikan mereka bersama- sama. Saya tahu anak saya sayangkan perempuan tu. Sebab terlalu sayangkan dia, hidup dia jadi sia- sia. Sampai nyawa melayang dengan cara tragis macam ni. Salah saya membiarkan dia hanyut dengan kehidupannya sendiri. Saya patut bawa dia ke dalam legaci saya, tapi apa bezanya. Semuanya sudah hilang... saya sudah kehilangan semuanya. Termasuk anak saya." Papa besar menyeka air matanya. Dia beredar dari situ dan masuk ke dalam kereta dengan linangan air mata seorang ayah terhadap anaknya.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO SAVE ME
AçãoRANKED #1 In WRITER 28/3/2019 COMPLETED ✅ SINOPSIS SHAISTA ADEELA, Model terkenal yang kecundang dengan hubungan percintaannya. Pengkhianatan berlaku sehingga dia kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Dia juga dimasukkan ke dalam Penjara atas tu...