BAB 32 : RUN INTO THE WILD

2.7K 333 34
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink


BAB 32
RUN INTO THE WILD

STEWART Athens berjalan dalam gelap yang dia sendiri tidak ketahui dimana lokasi sebenarnya. Matanya melilau kiri dan kanan, mencuba mencari bunyi tapak kaki yang sepertinya sedang mengekorinya dari arah belakang. Stewart menoleh ke arah kanan, hanya pokok besar yang dilihatnya dan juga bayang- bayang dahan yang dihinggapi oleh burung helang yang sedang memerhatikannya dengan renungan tajam. Stewart Athens meneruskan lariannya. Nafasnya turun naik. Dapat didengari dia cuba mencari oksigen dengan lebih tenang tapi keadaan dirinya ketika itu amat mencemaskan.

BANG!
Stewart Athens tersungkur jatuh. Terasa dirinya sedang kepanasan dengan tiba- tiba. Belakangnya terasa sakit seperti tulang belakangnya baru sahaja dipukul dengan batang besi. Stewart Athens membuka mata seluasnya. Dapat dia rasakan, Tembakan dari arah belakangnya tadi baru sahaja menembusi jantungnya. Mungkin saat itu dia hanya bernafas dengan sisa oksigen yang masih ada di dalam sarafnya. Pandangannya mula berpinar tak kala seseorang mendekatinya dengan bunyi dekahan tawa nyaring.

"You deserves this!" Wajah Shaista Adeela muncul dan sekali lagi melepaskan tembakan tepat di dahinya. BANG!

"Arghhhh!" Stewart Athens terjaga dari mimpi buruknya. Dia turun dari katil dan berjalan mundar mandir. Mimpi yang baru berlaku tadi benar- benar membuat dia seperti baru mati dan hidup kembali di alam yang lain. Seperti kejadian di dalam mimpi itu benar- benar berlaku. Dia duduk semula di birai katil dan menoleh Jam di atas meja sebelah katil. Jam 5 pagi. Hari ini dia ada misi penting, mungkin dalam mimpi, Shaista Adeela sering menghantuinya, tetapi selepas ini dia akan menghantui hidup wanita itu sekali
Lagi. Sama ada dia benar- benar Shaista atau Melissa, dia akan tetap membunuhnya.

Calling Kimberly...
Calling Kimberly...

"Stewart? Good morning Babe!" Suara Lincah penuh kegembiraan Dari Easter kedengaran di dalam pembesar suara telefon pintar milik Stewart Athens. Sengaja dia membuka pembesar suara telefon itu saat dia melakukan panggilan kerana tidak mahu bilik tidurnya terasa sunyi.

"Good morning Kim. What does It mean, If You get Shot by someone inside your dream?" Stewart Athens tidak dapat merungkai apa yang ada di dalam kepala otaknya.

Kimberly Sash, tertawa mendengar soalan itu.

"Maybe You need a Wild sex?" Jawab Kimberly Sash. Stewart Athens terus tersenyum.

"I'm serious Babe."

"Hey, it's just a dream. Jangan lupa, hari ni kita ada benda yang lebih penting nak dibuat. Saya tunggu di tempat tu. Okay? I love You." Kimberly Sash mematikan talian. Dan dia keluar dari bilik mandi dan tersenyum pada seorang lelaki di atas katil bersaiz King saiz di salah satu bilik hotel bertaraf 6 bintang itu.

Lelaki itu mengangkat keningnya. Sepertinya malam tadi 'pergelutan' yang berlaku antara mereka berdua belum cukup lagi. 'Kuota' baru perlu disambung lagi untuk pagi itu. Tambahan pula, cuaca sedang hujan kuat di luar sana. Kimberly menanggalkan robe bath sutera berwarna pink pastel di badannya dan terus melompat ke atas katil. Lelaki itu terus menerkamnya seperti singa ganas mendapatkan habuannya. Katil itu menjadi sangkar menikmati 'mangsanya' yang sepertinya rela untuk dijadikan hidangan sarapan pagi.

♣️♦️♥️♠️

SHAISTA dan Pearl Sedang memerhatikan Krew yang meminta mereka berdua menunggu di dalam kereta sejak awal pagi tadi. Peserta yang lain ada yang baru tiba dan mereka juga hadir dengan PA masing- masing. Shaista Adeela sudah membuat muka bosan. Mereka sudah menunggu hampir 5 jam di dalam kereta itu. Handphone- nya sudah kehabisan bateri. Pearl pula terlupa mengeluarkan 'Powerbank' daripada bagasi pakaian yang sudah disimpan di bonet kereta. Dia cuba memanggil krew untuk mengambilnya tapi mereka tidak diendahkan kerana mereka nampaknya terlalu sibuk.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now