BAB3: DILEMA

3.2K 275 30
                                    


BAB 3
DILEMA

Walaupun berada dalam keadaan yang masih lemah, Shaista memaksa Diri untuk membuka matanya. Sakit . Memang kepalanya masih terasa satu kesakitan yang teramat. Pandangannya juga masih berpinar- pinar.

Aku di mana? Shaista bertanya pada kepada sendiri. Ruang bilik itu diperhatikannya. Bilik Stewart? Bukan. Dia bukan berada di situ. Dia pengsan selepas kepalanya dihempas oleh pasu bunga di dalam bilik Stewart tadi. Mata Shaista melilau seluruh bilik itu. Bilik tetamu di tingkat bawah rumah Stewart? Ya. Dia yakin dia ada disitu. Tapi bagaimana?

"Stewart?" Shaista cuba memanggil nama stewart. Mustahil dia dan Kimberly meninggalkan dirinya dalam keadaan sedemikian rupa. Dia dalam keadaan Cedera dan masih perlukan penjelasan yang lebih daripada perbuatan mereka berdua.

"Ouch..." Shaista menekan luka di belakang kepalanya. Darah masih mengalir sedikit demi sedikit. Bajunya juga sudah dipenuhi dengan darah. Dia bangun dari katil tempat dia berbaring itu. Tiada sesiapa ada di situ ketika itu.

"Kim!!" Shaista memanggil lagi. Beberapa kali dia menjerit memanggil nama Stewart dan Kimberly bersilih ganti.

Dan akhirnya, Pintu bilik dibuka dari luar.Bulat mata Shaista melihat siapa yang datang. Mak cik kiah? Dia masuk ke dalam dan menggeleng melihat keadaan Shaista. Perlahan- lahan wanita itu mendekati katil tempat Shaista sedang duduk dengan keadaan menyedihkan.

"Mak cik? Mana stewart dan Kimberly? Macam mana aku ada di sini? " tanya Shaista kepada Mak cik kiah.

Mak cik kiah membawa kotak ubat- ubatan dan kain bersih untuk merawat luka Di kepala Shaista. Pertanyaan Shaista tidak dijawabnya. Sambil merawat luka di kepala Shaista, sesekali Mak cik kiah mendengus kasar. Dia seperti terlalu marah dan tidak puas hati. Shaista menukar pakaiannya dengan baju yang diberikan oleh Mak cik kiah tadi. Mak cik kiah masih duduk di birai katil dengan wajah sedih.

"Mak cik? Mana stewart dengan Kimberly?" Tanya Shaista lagi.

"Mereka masih ada di bilik. Stewart dukung kau ke bilik ni... dia arahkan aku sapu ubat pada luka di kepala kau tu bila kau dah sedar. Kesian kau Sha. Baik kau balik sebelum mereka berdua tu jadi gila... sejak tadi masa kau pengsan, mereka dah rancang macam- macam hal untuk nak kenakan kau. Balik lah. Tak payah nak tunggu lagi." Mak cik kiah rupanya sudah tahu apa yang berlaku. Mungkin dia lebih banyak tahu berbanding apa yang dia tahu. Sebab tu lah, Dia tak gembira bila shaista datang ke rumah stewart. Sebab dia dah tahu apa yang stewart lakukan di belakang Shaista selama ini.

"Mereka rancang apa mak cik?" Shaista duduk di sebelah mak cik kiah. Dia perlu tahu lebih banyak benda mengenai dua manusia itu. Shaista harus bersedia mengumpul 'senjata' untuk menyerang atau diserang oleh mereka selepas ini.

"Stewart nak burukkan nama baik kau Sha. Dia tuduh kau yang paksa dia kahwin dengan kau, sebab kau dah hamil dengan anak lelaki lain... tapi kau nak dia bertanggungjawab. Kalau dia tak ikut cakap kau, kau akan arahkan orang jahat untuk bunuh dia..." Jawab mak cik kiah.

"What?!" Terlopong mulut Shaista mendengar rancangan stewart yang keji itu. Pandai benar dia mereka cerita dan mengenakan dia pula. Membelitkan kisah sebenar hanya untuk menjaga nama baik dirinya dan Kimberly. Ternyata mereka berdua memang sudah lama saling mencintai. Hanya dia yang bodoh menyangka stewart mengejarnya separuh nyawa kerana mencintainya. Rupanya itu semua rancangan gila stewart untuk kepentingan kerjaya Kimberly. Shaista menggeleng. Dia harus pergi dari situ dan segera membuat serangan terlebih dahulu.

"Kalau macam tu aku nak balik dulu mak cik. Dah lewat malam ni..." Shaista meminta diri. Mak cik kiah mengangguk. Dia lebih suka jika Shaista segera pergi dari situ.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now