THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink.BAB 7
HARI PALING HITAMQAVIN Lee, turun daripada kereta Lamborgini Kelabu Metalik miliknya yang diberhentikan di bahu jalan. Sengaja dia memberhentikan kereta di Situ kerana dia mahu meraihkan hari terindahnya. Senyumannya selebar jengkal tangan, Tergaris di wajah tampannya dengan jelas. Topinya di perbetulkan. Pemandangan laut terbentang luas di nikmatinya.
Ah! Ditambah pula dengan penangan sebatang rokok, kepulan asap yang dihembus keluar membuat jiwa semakin tenang. Sedut dan hembus lagi, setiap sedutan memendekkan nyawa tapi nikmatnya seperti bisa bahagia selama- lamanya. Manusia, benda ditegah itulah kegemarannya.
Indah, seperti harinya. Siapa sangka keberaniannya untuk datang ke bangunan Popular Talents untuk berjumpa dengan Shaista Adeela, akan berhasil menemukan dirinya dengan pujaan hatinya itu. Qavin mendongak pada bintang dan bulan yang menambahkan lagi meriah hatinya ketika itu. Secantik hari Itu begitu juga perasaannya. Dia hanya perlu menunggu panggilan daripada Shaista Adeela, untuk membawanya keluar. Sambil menarik nafas panjang, Qavin tiba- tiba menepuk dahinya. Dia cepat- cepat mengeluarkan telefon bimbit dan memeriksa semula nombor yang disimpan oleh Shaista tadi.
Shaista Adeela, nama yang disimpannya. Qavin Lee mengangguk. Dia mahu saja menekan burang 'Call' saat itu untuk menghubungi Shaista. Tapi Qavin menggeleng. Dia tidak harus melalukan sesuatu yang boleh membuat Shaista marah kepadanya. Dia harus menunggu sehingga Shaista, menghubunginya.
Qavin Lee, kembali semula ke dalam keretanya dan membuka Aplikasi Instagram miliknya. Dia masuk ke dalam akaunnya dan mencari status terbaru Shaista Adeela. Memang itu kerjanya setiap hari. Mengikuti perkembangan model jelita itu. Setiap gambar yang dimuat naik oleh shaita akan disimpannya. Dia akan menampalkan gambar itu di ruangan studio di dalam bilik tidurnya sebagai 'koleksi' terindahnya. Begitu lah taksubnya dia kepada Wanita itu.
"Cancel...?" Qavin Lee, membaca status Stewart Athen. Entah bagaimana, status Stewart Athen muncul di skrin telefonnya. Padahal tadi dia mahu melihat Status Milik Shaista sahaja.
"Oh Shit! What happend! The wedding was canceled..? Cheating? No way. She's better than that.. I don't believe Shaista will do such things!" Qavin Lee, mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Rupanya, satu negara sudah sibuk dengan status perbalahan antara Stewart dan Pearl, PA Shaista.
Qavin Lee, tidak akan percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Shaista itu.
"I must find It out." Bisik hati Qavin Lee. Dia mendail satu nombor yang ada di dalam contact list telefonnya.
"Hey. This is urgent. Sent me her current location. I already sent You her picture. Kalau kau dah tau dia ada di mana, sent me the address. Now! " arah Qavin Lee. Dia kemudiannya mencari nombor Shaista Adeela. Lama dia memerhatikan nombor itu. Perasaannya tidak enak. Dan jika dia mula berfikiran yang tidak baik, selalunya sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dan Qavin tidak Akan membiarkan perkara buruk berlaku kepada Shaista.
"Come on!" Qavin Lee, masih menunggu panggilan daripada orang bawahannya.
SHAISTA P.O.V
Kereta Yang dipandu Shaista semakin bergerak laju di atas jalan Raya. Panggilan telefon tidak dipedulikannya. Dia hanya mahu ke tempat Imelda dan menceritakan semuanya malam itu juga.
Kringgggg. Kringgggg!
Telefon berbunyi lagi. Shaista menjeling ke arah skrin telefonnya. Stewart dan Kimberly sejak tadi berulang kali cuba menelefonnya. Entah apa lagi yang mereka sedang rancang saat itu. Shaista tidak akan membiarkan dirinya diperbodohkan. Dia masih boleh menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pengkhianatan dua orang manusia kejam itu.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO SAVE ME
ActionRANKED #1 In WRITER 28/3/2019 COMPLETED ✅ SINOPSIS SHAISTA ADEELA, Model terkenal yang kecundang dengan hubungan percintaannya. Pengkhianatan berlaku sehingga dia kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Dia juga dimasukkan ke dalam Penjara atas tu...