THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink.
BAB 11
NEW PLACE SAME ENEMYShaista hanya keluar dari bilik mandi setelah mendengar bunyi kereta Qavin, meninggalkan perkarangan Villa petang itu. Dia memakai baju dan turun ke tingkat bawah. Tita Gilian sedang menyiapkan makan malam untuk mereka.
"Saya tolong Tita ya.." Shaista Adeela mengambil sayur- sayuran di atas meja dan membawanya ke singki untuk dicuci. Tita Gilian hanya tersenyum. Dia tidak perlu pun bantuan daripada Shaista. Dia sudah biasa melakukan semua kerja itu. Tapi bila melihat Shaista begitu nekad untuk membantunya maka dia biarkan saja. Mungkin Shaista bosan asyik terperap di dalam bilik tidur sahaja.
"Tita...?" Panggil Shaista kemudiannya. Saat itu, Tita sedang menyediakan bahan untuk memasak sup.
"Emmm?" Sahut Tita Gilian lembut.
"Qavin kerja apa? I mean, dia nampak orang yang berada... dia Buat Bussiness apa?" Tanya Shaista. Tita Gilian tersenyum simpuh. Banyak hal yang gadis itu tidak ketahui tentang Qavin. Apa lah agaknya yang dia lakukan jika dia tahu Siapa Qavin. Dia belum berjumpa dengan Puan Ania Yui lagi. Dan paling tragis, Ayah Qavin. Dia sendiri, walau sudah lama berkerja dengan keluarga itu, bila berdepan dengan puan ania dan suaminya, dia kecut perut. Ada aura yang lain semacam bila berdepan dengan mereka berdua.
Flashback...
Puan Ania Yui sedang berlatih dengan pedang samurainya di dalam bilik latihan khas di rumah agam miliknya dan suaminya. Tita Gilian saat itu masih baru di situ dan bekerja sebagai pembantu rumah di level paling bawah. Ketua orang gaji mengarahkan dia untuk menghantar air mineral ke bilik latihan Puan Ania. Itu adalah pertama kali dia akan bertemu dua muka dengan Madam besar di dalam rumah itu.
"Kyaaa!! Uwahhhhh!!"
Dari luar bilik, Tita Gilian sudah boleh mendengar suara jeritan Puan Ania. Menurut orang gaji yang lebih lama daripadanya, Puan Ania sangat mahir dengan seni mempertahankan diri. Dia juga mahir menggunakan pedang samurai. Sanggul rambutnya dikatakan mempunyai racun yang boleh membunuh musuh yang cuba menyerangnya."Kau tak pernah tengok badan Puan Ania lagi. Pernah sekali saya dan Linah temankan dia mandi di bilik mandi.. masa tu dia baru habis berpantang selepas lahirkan Qavin... Badan dia penuh dengan Tattoo... Seram."
Tita Gilian hanya mendengar orang gaji bercerita mengenai tuan rumah itu. Tapi daripada semua cerita mereka, tiada satu pun yang menceritakan tentang Puan Ania berbuat jahat kepada pekerjanya. Tapi dia sangat benci kepada pengkhianat.
"I don't believe in You. Kau cakap yang kau kerja di sini sebab kau perlukan kerja... rupanya bila orang saya siasat kau adalah penyiasat yang mahu menangkap suami saya! Cakap... Siapa nama pegawai yang suruh kau menyamar masuk dalam rumah saya!!" Jerit Puan Ania kepada salah satu Bodyguard yang tertangkap sedang mencari maklumat tentang Suami Puan ania, Tuan Dorian Lee.
"Cut his finger!" Jerit puan Ania. Dia yang membawa masuk Bodyguard baru itu dan dia amat marah bila mengetahui rupanya mereka adalah agen yang mahu menyiasat tentang kegiatan suaminya.
Di depan mata semua orang, jari kelingking lelaki itu dipotong setengah. Jari yang dipotong disimpan di dalam kain putih dan diberikan kepada puan Ania. Dia mengambil kain putih berisi jari itu dan memasukkannya di dalam bag hitam.
"Sent this Shit to his master! Locked him and Make him admit... who is behind his undercover! Kalau dia tak mahu mengaku... bunuh dia!" Jerit puan ania. Pantas pengikutnya melakukan apa yang dia arahkan kepada mereka.
End of flashback ..
Tita Gilian sedikit tersenyum mengimbas semula sebahagian kenangan berkerja di rumah agam Keluarga itu.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO SAVE ME
ActionRANKED #1 In WRITER 28/3/2019 COMPLETED ✅ SINOPSIS SHAISTA ADEELA, Model terkenal yang kecundang dengan hubungan percintaannya. Pengkhianatan berlaku sehingga dia kehilangan semuanya dalam sekelip mata. Dia juga dimasukkan ke dalam Penjara atas tu...