BAB 6: Penipuan

3K 277 27
                                    

BAB 6:
PENIPUAN

"Who are you?!" Nada Tegas bersulam pertanyaan daripada Shaista, kepada lelaki itu masih belum menemui jawapannya. Lelaki itu masih memandang ke arahnya dengan keadaan tangan masih di angkat ke udara. Tapi senyuman dari wajahnya tidak mati untuk tatapan Shaista. Qavin Lee mengawal rasa cemas berselang terujanya. Dia memang mahu muncul di hadapan Shaita, dengan senyuman itu. Akhirnya, Wanita pujaan itu ada di hadapannya. Sebelum dia berkahwin, Dia hanya mahu berjumpa dengannya walau apa cara.

"Come near me and I will Kill you..." Ugut Shaista. Dia sudah bersedia membuka langkah, persediaan jika lelaki itu akan menyerangnya lagi.

"Calm down. I'm just a fan of yours." Jawab lelaki itu sambil tersenyum. Shaista tidak akan mudah percaya. Dan jika benar pun dia adalah seorang peminatnya, tidak bermaksud mereka berdua boleh berbaik seperti orang yang mempunyai hubungan di antara peminta dan idolanya. No way! Shaista tidak mengenalinya.

"My fan? Hmmm. What do You want from me then...my fan?" Shaista, berlagak tenang. Dia harus siap mengawal keadaan seperti itu.

Qavin Lee, Menjauh dua langkah dari kedudukan Shaista ketika Itu. Raut wajahnya yang bersinar dengan kecantikannya membuat hati seorang lelaki seperti Qavin, berdegup kencang. Kulitnya putih dan gebu. Ditambah pula dengan warna pemerah pipi, rose pink, maka semakin menyerlah kejelitaannya.

"Kau tengok aku macam tu kenapa? Cantik ke?" Shaista mengerling tajam. Sengaja menduga sejauh mana lelaki misteri itu akan bertahan dengan permainannya.

"Ya cantik. Cantik macam bulan." Jawab Qavin sambil tersenyum nakal. Mereka berdua mendongak. Bulan sedang mengembang malam itu. Shaista tergelak kecil. Kuno sangat ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Sungguh kuno membandingkan kecantikannya dengan bulan mengembang. Ahh Kuno! P. Ramlee sungguh!

"Cantik saja? Tak ada benda lain yang kau nak puji? Aku dah biasa dengar semua tu." Balas Shaista.

Qavin mengaru pipi dan memasukkan tangan kanan ke dalam poket seluar. Sebenarnya dia ada banyak benda untuk diberitahu kepada Shaista. Sudah lama dia menunggu saat seperti itu. Dia akhirnya berdepan dengan wanita yang selalu menganggu lena tidurnya selama ini. Wanita yang membuat dia menghabiskan banyak masa di bilik kosong merenung gambar- gambarnya. Wanita yang membuat semua lagu cinta logik untuk didengar. Wanita yang membuat dia menyanyi walaupun hujan akan turun dengan lebatnya. Selebat perasaan di dalam hati yang belum diluahkan. Ahh.

"Cantik dan sedap. Sedap macam makanan." Kata Qavin kemudiannya.

Mendengar itu, mata Shaista membulat. Makanan? Ada banyak benda cantik di dunia ini kenapa nak samakan dia dengan makanan. Makanan? Apa maksud dia.

"Huh?! Makanan?"

"Ya. Makanan. Food. Your hair is like a brownies because it's brown. Your lips macam Jelly, nampak soft dengan warna nude pink tu.. and Your red dress... macam Kek red Velvet... kalau awak pakai topi ni, dah jadi macam ada cream di Kepala kau.. Maybe I can eat it just like that. Wow." Jelas Qavin sambil tersenyum membayangkan semua yang sedang diperkatakannya kepada Shaista. Shaista tergamam. Dia tersenyum tanpa paksaan akhirnya.

"You're So weird. I'm Done Talking to You. Kalau kau nak minta autograph aku, boleh! Tak ada masalah. Selfie? Maybe... But please berdiri jauh sikit dari aku."

"Aku tak nak selfie dengan kau Shaista Adeela."

"Jadi kau nak apa dari aku? Should i just go then? Aku dah lambat ni. Lepaskan aku boleh?"

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now