BAB 35: THE SECRET MESSAGES

2.9K 350 33
                                    

THE GANGSTER WHO SAVE ME | HDH Ink

BAB 35
THE SECRET MESSAGES


KIYOTA HIRO dan Pearl berpelukan dan Mereka tetap mendiamkan diri sehinggalah bunyi tapak kaki itu menghilang semakin jauh. Pearl menghela nafas panjang. Lega kerana terselamat dari pemburu Kru yang jahat itu kali ini. Tapi dia baru sedar dia sedang berada dalam pelukan Kiyota Hiro. Mereka berdua saling berpandangan. Pearl bangun dan mengemaskan bag yang menyimpan semua ubat- ubatan yang ada. Kiyota Hiro pula kembali memerhatikan Keadaan Shaista.

BUNYI gelak tawa daripada Kimberly Sash membuat anak telinga Shaista bingit. Wajahnya yang plastik itu sangat menyerlah kepalsuannya di bahang unggun api di hadapannya. Stewart Athens pula sedang merancang untuk menarik perhatian Shaista lagi. Kali ini dia menarik beberapa orang model lagi. Dia mengarahkan Kru mengikat mereka di hadapan unggun api. Shaista memerhatikan dari balik Khemah.

"Let's do something more fun." Kata Stewart. Dia berbisik dengan Kru- Kru lelaki yang ada di situ. Model yang diikat itu hanya diam dan menunggu apa yang bakal dilakukan kepada mereka. Kru- Kru, mendekati mereka dan tersenyum penuh makna. Entah bisikan apa yang sudah mereka terima daripada Stewart sebentar tadi. Mereka mendekati dua orang model itu dan mula menarik pakaian mereka satu persatu. Kimberly menoleh.

"Babe?! Seriously?" Dia berdiri dan mencekak pingangnya. Jeritan model yang sedang dipaksa menanggalkan pakaian dan dirakam itu membuat dia kurang selesa.

"Relax. We need some fun." Kata Stewart. Dia mula merokok sambil menyedut Serbuk putih yang dia letakkan di atas telapak tangannya itu.

"Babe!!" Kimberly Sash geram. Stewart sudah mula kembali dengan perangai 'setan' yang memang sebati dengannya sejak dulu lagi.

"Arghhh!" Model- model itu menjerit ketakutan. Mereka dipaksa berbogel dan gambar mereka dirakam. Shaista menggeleng. Stewart yang ketawa terbahak- bahak itu memang sudah melampau.

"Help!!" Model itu menjerit. Kimberly masuk ke dalam khemah. Stewart dan Kru- kru yang ada sedang mengusik model- model itu seperti mereka sedang mengusik anak patung yang tidak bernyawa. Stewart menarik salah satu daripada mereka. Dia menampar dan mencekik mereka kerana menjerit. Dia menolak model itu di tepi unggun api. Dia mengugut mahu membakar rambut model itu jika dia masih menjerit. Model itu mendiamkan diri dengan air mata di pipi. Stewart tersenyum memandang wajah model itu. Cantik juga. Melihat susuk tubuhnya yang hanya berpakaian dalam itu, Stewart menarik tali pingangnya.

"No!! Please no!!" Model itu menjerit. Stewart menamparnya.

Shaista sudah tidak mampu berdiam diri lagi. Dia berlari ke arah unggun api itu. Dia mengambil kayu yang masih terbakar di hujungnya dan memukul Stewart dengannya. Stewart menoleh dan matanya terbulat melihat Shaista muncul di hadapannya.

"Fuck!!" Stewart tersentak. Kru yang lain juga tersentak. Model Yang tadi cuba diperkosa oleh Stewart merangkak melarikan diri. Kini Stewart tertumpu pada Shaista yang ada di hadapannya. Mereka bertemu akhirnya. Unggun api di hadapan mereka menjadi jarak pengukur antara mereka. Stewart tersengih. Sudah lama dia menunggu saat itu.

"Akhirnya kau muncul juga. I missed You." Kata Stewart sambil menjilat bawah bibirnya. Sungguh menjijikkan.

"Kesian. Sampai macam ni Kimberly ubah perangai kau? Sampai terdesak nak rogol orang? You're not the Stewart that I knew before." Shaista kesal. Seribu penyesalan menyelimuti hati melihat keadaan Stewart. Dia sangat tenat. Otaknya sudah dimakan oleh cinta penuh berulat milik Kimberly Sash.

THE GANGSTER WHO SAVE MEWhere stories live. Discover now