DHA_Prolog

1.5K 61 22
                                        

Ditulis oleh :: AmieAfis

***

AAIRA Khayla setia menanti Layla Tasnim, sepupu yang paling rapat dengannya di taman permainan berdekatan rumah.

Jam di tangan dikerling lagi. Janji Melayu betul!

Tadi Layla Tasnim menghubunginya, suruh menunggu di taman  permainan ini. Ada hal penting katanya. Tapi, sudah hampir setengah jam, batang hidung pun tak nampak.

Aaira Khayla ambil keputusan nekad. Kalau lagi sepuluh minit masih juga Layla Tasnim tidak sampai, dia akan pulang! Kalau benar ada hal penting, pandai-pandailah mencarinya di rumah.

Sepuluh minit masa tambahan yang ditetapkan, hampir benar berlalu saat kelibat Layla Tasnim kelihatan dari jauh. Aaira Khayla menarik muka. Mahu acah-acah merajuk.

Tapi, niat mahu merajuk terbantut apabila Aaira Khayla sedar yang Layla Tasnim bukan berseorangan. Dia bersama seseorang.

Lelaki.

Aaira Khayla cuba menajamkan pandangan. Terbuntang matanya saat dia sedar Layla Tasnim sedang berjalan beriringan dengan Harith.

Harith adalah lelaki yang menjadi pujaan hati Layla Tasnim. Boleh dikatakan, setiap hari Layla Tasnim langsung tidak pernah jemu menyebut nama Harith. Akan ada sahaja cerita tentang Harith yang akan dijadikan modal berborak.

Aaira Khayla senyum senang. Tercapai juga hasrat sepupu,  merangkap sahabat baiknya ini mahu berpasangan dengan Harith.

Layla Tasnim dan Harith semakin  menghampiri Aaira Khayla. Aaira Khayla sudah kulum senyum dan bermain mata dengan Layla Tasnim yang tersenyum malu memandang Aaira Khayla. 

"Patutlah lama aku menunggu, tak sampai-sampai," perli Aaira Khayla.

Layla Tasnim tersengih-sengih.

"Ha, dah kenapa nak kena jumpa aku kat sini? Macam tak boleh ke rumah."

Layla Tasnim memandang Harith di sebelahnya.

"Aku tak tahu. Kau kena tanya Harith. Dia yang nak jumpa aku dekat sini, tapi suruh ajak kau sekali," terang Layla Tasnim.

Aaira Khayla sudah berkerut wajahnya. Apa pula kaitan yang terjalin antara mereka bertiga?

"Harith, cakaplah. Kenapa awak nak jumpa kami berdua?" soal Layla Tasnim kepada Harith.

Harith sudah mula nampak gelisah. Pelik! Keningnya digaru laju beberapa kali. Aaira Khayla dan Layla Tasnim pula setia menanti penerangan.

"Hurmm, sebenarnya ... " Bicara Harith tersangkut-sangkut.

Dia menarik nafas dalam, kemudian dilepaskan.

"Macam ni, saya sebenarnya ... " Sekali lagi Harith tergugup.

Harith benar berdebar-debar. Hari  ini, dia mahu meluahkan perasaan kepada gadis idamannya. Sekarang, dia sedang berdepan dengan gadis itu, membuatkan jantungnya berdegup dengan sangat pantas.

Segala perbualan yang telah dia praktis selama beberapa hari ini, hilang begitu saja. Padahal, sebelum ke sini tadi dia sudah yakin benar dengan tindakannya ini.

Aaira Khayla dan Layla Tasnim saling berpandangan. Pelik dengan sikap si Harith.

"Awak nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Aaira Khayla akhirnya. Dari tadi dia cuma diam dan menunggu. Tapi, keadaan Harith yang gugup itu membuatkan dia bersuara.

"Saya suka awak!"

Satu ayat yang dilafaz laju itu menampar gegendang Aaira Khayla dan Layla Tasnim. Sekali lagi mereka berpandangan.

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang