AAIRA Khayla hanya memandang tangannya yang dipegang kemas oleh Karl Adrian. Biar pun berlapik, dia tetap merasa tidak selesa.
"Karl... weh Karl. Kau nak bawa aku pergi mana, ni?" Serta-merta Karl Adrian menghentikan langkahnya.
Dia memusingkan tubuh dan memandang Aaira Khayla. Wajahnya tegang. Nafasnya laju.
"Kau boleh biar je minah tu tampar kau?" soal Karl Adrian bengang.
Aaira Khayla terkedu. Dia yang makan penampar, kot? Kenapa pula Karl yang nak marah-marah sangat, ni?
"Aku tak belajar pun cara nak mengelak penampar," jawabnya selamba.
"Kau main-main, eh? Sekali tak apa lagi. Yang kali kedua tu, kau boleh tunggu je penampar sampai kat muka?"
Aaira Khayla tarik muncung. Dah kenapa mamat ni?
"Dah tu, kau tarik tangan aku sampai sini... nak ajar aku cara mengelak penampar ke apa?" perli Aaira Khayla.
Tak faham, dia dah kena penampar kot. Itu pun nak dijadikan isu.
Karl Adrian tenung tajam mata Aaira Khayla. Geram betul dia dengan apa yang Layla Tasneem lakukan tadi. Kalaulah Layla Tasneem tu lelaki...
"Karl, kau marah aku? Sebab aku tak elak penampar si Layla tu?" Karl Adrian lepas keluhan.
Bukan, dia bukan marahkan Aaira Khayla. Tapi, dia marah sebab Aaira Khayla terlalu memberi muka pada Layla Tasneem.
Sudah terang lagi bersuluh, macam mana Aaira Khayla berusaha mahu berbaik pun, dia tetap berkali-kali mengatakan rasa bencinya terhadap Aaira Khayla.
Manusia macam tu, tak layak pun nak berbaik. Kalau sekali dia kata benci, eloknya Aaira Khayla balas je dengan berjuta kali benci!
"Kau tu, baik sangat. Layla pijak-pijak je kepala kau tadi. Dia dah kantoi, tapi tetap nak menangkan ego. Apa hal?"
Darah Karl Adrian kembali meruap. Panas betul!
"Layla tu, sepupu aku. Sampai bila nak tarik muka? Susah tau tak?" Kali ini, keluhan Karl Adrian makin kuat kedengaran.
"Yela, sepupu. Kau je yang fikir macam tu. Sepupu kau tu? Ada dia kisah?" Aaira Khayla menunduk.
Ya, dia tahu. Layla Tasneem benar-benar bencikan dirinya. Entahlah, dia pun tak tahu di mana silapnya.
Kalau Harith yang menjadi penyebab, sudah sedaya-upaya dia mengelak dari Harith. Jangankan nak berbaik, kalau boleh berbalas senyum juga dia tidak mahu. Semata-mata mahu menjaga hati Layla Tasneem.
Tapi... apa balasan yang dia terima?
Tetap juga dia yang bersalah.
Tetap juga dia yang digelar perampas.
Tetap juga dia yang dibenci sepenuh hati.
"Biarlah Karl, air dicincang tak akan putus. Aku kenal sangat dengan Layla. Dia cuma tak tahu macam mana nak mulakan semula. Dia mesti malu, sebab ramai yang ada kat situ tadi. Sebab tu, dia jadi macam tu."
Karl Adrian geleng kepalanya.
"Aaira, Aaira. Baik sangat la kau ni. Tak faham aku."
Aaira Khayla pandang wajah Karl Adrian. Tidak puas hati.
"Dah tu, kau nak aku jadi jahat ke? Kau nak aku buat apa? Tampar Layla balik? Belasah dia? Cam tu?"
Terus meledak ketawa Karl Adrian.
"Ha, gelak pulak. Ingat aku tengah buat lawak?" Karl Adrian masih juga dengan sisa ketawanya.
"Tak sesuai la Aaira." Aaira Khayla terkedu.
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
Teen FictionCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...