"Nerdy!" Langkah Aaira Khayla terus terhenti. Namun dia tidak berpaling pun ke belakang.Aaira Khayla terus statik berdiri di tempat terakhir dia berhenti melangkah tadi.
Menanti sahaja ketibaan Karl Adrian dengan riak muka yang ketat.
Karl Adrian termengah sedikit sebaik tiba di hadapan Aaira Khayla. Tubuhnya tertunduk sedikit, kemudian mencungap dia mencari nafas.
"Apa hal?" soal Aaira Khayla malas. Tidak peduli pun dengan keadaan Karl Adrian yang sedang termengah-mengah itu.
"Ketat gila muka!" Komen Karl Adrian dengan suara terputus-putus.
Aaira Khayla melarikan pandangan matanya ke sisi. Malas mahu melayan Karl Adrian sebenarnya.
"Ha, okey." Melihatkan tindak balas yang agak negatif daripada Aaira Khayla, membuatkan Karl Adrian memaksa diri untuk bersikap lebih serius.
"Aku nak tanya sikit, ni." Aaira Khayla kembali memusatkan pandangan matanya ke arah Karl Adrian.
Cuba memaksa diri untuk mendengar walaupun dia tidak rasa pun ada apa-apa kepentingan untuk dia terus menunggu di sini.
"Kau sedar tak, budak-budak tengah bercakap pasal kau sekarang ni?" Aaira Khayla terus melepaskan keluhan kasar.
Isu ini lagi?
Dia sebenarnya sudah muak. Rasa macam nak muntah dengan isu yang entah apa-apa tersebar mengenainya itu.
Geram sebenarnya. Kalau berani sangat, cubalah berdepan dengannya. Ini tidak, hanya berani mengata di belakang sahaja.
Itu pun, tentang sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.
Ah, malas la nak peduli.
"So?" soalnya bersahaja. Terangkat kening si Karl Adrian.
"Kau tak kisah?" soal Karl Adrian kembali.
"Perlu ke?" Karl Adrian terdiam.
Pelik juga dengan sikap perempuan yang seolah tidak memiliki perasaan ini.
Isu sebesar ini, dia boleh bersikap bersahaja begini?
Biar betik?
"Ada apa lagi?" Karl Adrian memandng kosong kepada Aaira Khayla.
Terus hilang semua kata-kata yang ingin dia katakan.
Dia benar tidak dapat memahami akan sikap Aaira Khayla. Seolah, segala cerita yang sedang tersebar mengenainya itu adalah benar.
Kerana itu, dia tidak peduli pun untuk mempertahankan diri. Begitukah?
Tapi, jauh di sudut hatinya... dia yakin segala cerita yang tersebar itu tidak lebih dari sebuah fitnah.
Hanya fitnah!
"Aaira..." Karl Adrian memanggil saat melihat Aaira Khayla mahu melangkah pergi.
Aaira Khayla menghentikan langkahnya. Dia memandang Karl Adrian lantas mengukir senyuman sinis.
"Pandai pula kau sebut nama aku, eh?" Karl Adrian sapu belakang lehernya.
Perlian sinis Aaira Khayla menambah galau yang sedang bersarang dalam hatinya.
"Ada apa lagi?" soal Aaira Khayla apabila Karl Adrian masih berdiam.
Aaira Khayla pelik sebenarnya. Tidak faham, mengapa tiba-tiba sahaja kepala budak nakal di sekolah ini mahu peduli dengan cerita yang sedang hangat tersebar mengenainya itu?
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
Teen FictionCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...