DHA_9

461 33 1
                                    


LAYLA Tasnim tersenyum sinis. Puas hatinya.

"Kau yang sengaja cari pasal. Jangan salahkan aku!" Aaira Khayla yang sedang termenung sendiri di tepi padang, dia pandang dari kejauhan dengan penuh rasa benci yang telah tersemat lama.

Sudah agak lama dia cuba mendiamkan diri. Dia sudah cuba melupakan segala yang berlaku.
Dia mahu memulakan hidup baru. Tapi...

Saat dia mendapat tahu Aaira Khayla sedang cuba membina bahagia...

Hatinya kembali terasa sakit!

Tak!

Aaira Khayla tidak boleh bahagia. Tidak, selagi dia masih hidup!

Tadi, dia sudah bersemuka dengan Syed Zaheen. Tak sangka, umpan yang dia pasang telah mengena!

Dia hanya menggunakan Darwisha untuk menyebarkan gosip hangat mengenai Aaira Khayla.

Hasilnya?

Syed Zaheen yang sedang tergila-gilakan Aaira Khayla itu, terus menemuinya. Kononnya untuk mendapatkan kepastian.

Kepastian tentang gosip hangat yang sedang merebak dengan jayanya!

Layla Tasnim tahan ketawa. Teringatkan reaksi Syed Zaheen tadi... Ah, kasihan sungguh!

Baru cinta mahu mekar berkembang, dah patah hati. Alahai...

"Kau Layla?" Layla Tasnim terus berpaling. Agak terkejut apabila mendapati Syed Zaheen yang  menegurnya.

Adakah, jeratnya sudah mengena? Seawal ini?

"Ya," jawabnya sepatah. Keterujaan cuba dia simpan agar tidak dapat dihidu oleh Syed Zaheen.

"Boleh aku nak tanya sikit?" Layla Tasnim angkat kening. Dahi dikerutkan.

"Pasal apa?" Beria dia cuba melakonkan watak.

Sedangkan, dia sudah tahu apa yang mahu Syed Zaheen tanyakan.

"Kau..." Syed Zaheen kelihatan teragak-agak. Dia sapu belakang lehernya.

Sebenarnya, Syed Zaheen sendiri tidak tahu harus berbuat apa. Dia, benar telah jatuh hati kepada Aaira Khayla. Tetapi, cerita yang sampai ke telinganya baru-baru ini...

Keluhan berat dia lepaskan. Tiada jalan lain untuk dia mendapatkan kepastian.

"Kau, sepupu Aaira?" Layla Tasnim membesarkan matanya.

"Aaira? Aaira Khayla?" Syed Zaheen mengangguk perlahan.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now