DHA_4

696 43 13
                                    

DIA melihat Aaira Khayla dari jauh. Entah apa tarikan yang ada pada si Ice Queen ini yang membuatkan dirinya asyik terbayangkannya sahaja.

Hatinya mendesak agar dia terus mendekati gadis itu. Namun, percubaannya tidak pernah berjaya. Aaira Khayla, benar terlalu dingin. Sesuai dengan gelaran yang diperolehinya itu.

Dia mula tertanya-tanya, apa yang menjadikan gadis itu sedingin itu?  Awalnya, dia berpendapat gadis itu memang bersikap begitu sejak azali. Namun, ternyata dia silap.

"Serius la kau tak tahu Zaheen?" Syed Zaheen sekadar mengangkat kening.

Sebelum ini, dia tidak pernah pun mahu peduli atau sibuk mengambil tahu tentang sikap pelajar lain. Apatah lagi pelajar perempuan.

Tugasnya sebagai seorang pengawas menjadikan dia sentiasa sibuk mengurus pelajar yang nakal dan sering melanggar peraturan. Tahun ini pula, dia telah dilantik menjadi ketua pelajar, hasil daripada usahanya yang berdedikasi dan konsisten.

Maka, jika dia ditanya perihal murid-murid nakal dan bermasalah... pasti laju dia akan memberi jawapan. Semua berada dalam sakunya. Jika sebaliknya... dia akan mengaku kalah. Dia benar tidak punya waktu untuk mengambil tahu.

"Ice Queen tu, baru-baru ni je macam tu. Tak silap aku, akhir tahun lepas, dia mula berubah." Berkerut dahi Syed Zaheen menerima penerangan Afiq Mikhael.

"Sebab?" soalnya lagi.

"Tak pasti sangat. Aku bukan rapat dengan dia pun," jawab Afiq Mikhael selamba. Kemudian, dia terfikirkan sesuatu.

"Jap, kau memang suka dia ke?" Raut Syed Zaheen berubah.

Suka?

Syed Zaheen terdiam tidak mampu memberi jawapan.

Afiq Mikhael yang melihat Syed Zaheen terus berdiam menampar perlahan bahu sahabatnya itu.

"Tak salah pun kalau kau suka." Afiq Mikhael tersengih-sengih.

"I'm just curious about her." Syed Zaheen membela diri. Afiq Mikhael ukir senyum sinis.

"Sebab?" Syed Zaheen pantas menoleh memandang Afiq Mikhael.

Tidak faham!

"Kenapa kau curious sangat, perlu ke?" Syed Zaheen terdiam lagi.

Kenapa?

Dia sendiri buntu.

"Kau... suka dia," kata Afiq Mikhael sambil senyum mengusik.

Syed Zaheen tarik nafas dalam.

"Apa pun, aku just nak ingatkan kau. Perempuan kau suka ni, bukan beshe-beshe. Dia, Ice Queen."

Syed Zaheen geleng kepala. Malas mahu melayan usikan sahabatnya itu.

"So..." sambung Afiq Mikhael lagi sambil bahu Syed Zaheen dipaut rapat.

"Harap, kau berjaya cairkan dia." Afiq Mikhael tertawa kecil dan terus berlalu.

Berlalu meninggalkan Syed Zaheen yang sedang terkapai-kapai dalam mendalami perasaannya sendiri.

Suka?

Dekat Ice Queen?

Kemudian, senyuman tersungging di bibirnya.

"Aaira Khayla..." Nama itu terluncur spontan dibibirnya.

Tergamam dia dengan tingkahnya sendiri. Laju dia melihat ke sekeliling, risau jika ada yang mendengar.

Kemudian dia kulum senyum. Malu dengan tingkah sendiri.

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang