DHA_17

558 33 6
                                    

"TAKE care, Aaira." Aaira Khayla hanya membalas dengan senyuman.

Hambar.

Kelibat dua sahabatnya itu dia pandang kosong sehingga mereka semakin jauh.

Kemudian, dia berpaling dan mengatur perlahan langkahnya untuk pulang ke rumah.

Dia hanya menunduk. Kedua tangannya memegang tali beg sekolah yang berjuntaian di kedua sisi.

Batu-batu kecil yang menyapu pandangannya semua disepaknya. Melepaskan rasa yang semakin membuku di dalam dada.

"Meoww..." Aaira Khayla tersentak.

Dah sampai sini, rupanya.

Kitty yang sedang menggesel di kakinya itu, dia pandang. Terus dia mencangkung dan mengusap kepala si Kitty

"Hi Kitty... How's your day?" Anak kucing yang masih leka menggesel di kakinya itu hanya terus mengiau. Seolah faham apa yang ditanya itu. Tersenyum Aaira Khayla dengan keletah si comel Kitty itu.

"Aku balik dulu... esok kita jumpa lagi, ye." Dia usap kepala Kitty seperti biasa sebelum mereka berpisah. Makanan yang dibawa diletakkan di tepi Kitty.

Seketika, Kitty semakin leka dengan makanan yang terhidang. Aaira Khayla tersenyum lagi.

Bersahabat dengan binatang terasa lebih mendamaikan jiwa. Tiada istilah pengkhianatan dalam hubungan ini.

"Bye Kitty..." Aaira Khayla terus berdiri.

Saat dia memandang ke hadapan, terus dia tegak terkaku. Mengecil matanya melihatkan susuk yang berada agak jauh ke hadapan jaraknya itu.

Macam... Karl Adrian.

Dia gigit bibir bawahnya. Entah apa yang merasukinya, tanpa berfikir panjang... terus sahaja dia mengekori jejak Karl Adrian.

***


Karl Adrian mendaki tangga rumah pangsapurinya untuk sampai ke tingkat tiga. Mood masih juga belum pulih seperti sediakala.

Sampai di depan pintu rumah, dia berdiri sejenak. Nafasnya ditarik dalam kemudian perlahan-lahan dilepaskannya.

Raut muka terus dimaniskan. Sedaya upaya dia berlatih untuk mengukirkan senyuman. Sampailah dia benar-benar yakin, barulah pintu rumahnya diketuk. Salam dilaung ceria.

Tidak lama, pintu rumah terkuak. Karl Adrian terus dengan senyuman manisnya.

"Ha, baru sampai?" Karl Adrian sengih tayang gigi.

"Tahu tak, aku dah lambat ni." Karl Adrian kelihatan sedikit terkejut.

"Mak nak pergi mana?" soalnya terus. Emaknya hanya menarik nafas dan buru-buru menyarung selipar.

"Mak..." panggilnya lagi. Langkah emaknya terhenti.

"Mak nak pergi mana?" Sekali lagi soalan yang sama diajukan.

Terdengar keluhan berat dilepaskan emaknya.

"Jumpa kawan." Jelas terdengar rasa tidak selesa pada jawapan emaknya itu. Langkah diteruskan lagi sebelum sekali lagi Karl Adrian memanggil.

Terus emaknya berpaling dan memandangnya tidak puas hati.

"Apa lagi?" soal emaknya geram.

"Hati-hati. Mak jangan balik lewat sangat." Emaknya terdiam. Kemudian dia mengangguk sahaja.

Sebaik dia berpaling, langkahnya terhenti lagi. Seseorang berdiri betul-betul di hadapannya.

"Mak cik..." tegur Aaira Khayla takut-takut. Melihatkan sikap acuh tak acuh emak Karl Adrian sebentar tadi, mencambahkan rasa gusar dalam hatinya.

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang