KARL Adrian menumbuk dinding berkali-kali sambil melepaskan jeritan. Tangannya juga sudah merah, hampir berdarah.Penat dengan keadaan itu, dia jatuh terduduk. Di matanya masih jelas bayangan wajah Rizz dan Hairi yang dibelasah. Entah pelajar lelaki yang mana satu yang berani menunjukkan belangnya.
Penumbuk sudah dikepal erat. Dia merasa marah, kesal dan geram. Tidak sampai hati dia melihat dua sahabatnya dalam keadaan begitu tadi.
Perasaan bersalah itu, terus dibawa sehingga ke malam ini. Walaupun, Rizz dan Hairi tidak sedikit pun menyalahkan dirinya, namun hatinya kuat mengatakan semuanya itu terjadi kerana dia.
Rambutnya dicengkam kuat, air mata yang jatuh disapu kasar. Masih jelas diingatan kejadian di sekolah tadi.
Dia sedang meletakkan kepala di atas meja, cuba untuk melelapkan mata, namun keadaan kelas yang hingar tidak membenarkan matanya tertutup lena.
Tiba-tiba keadaan kelas yang hingar bertukar sepi. Hanya terdengar bisikan-bisikan halus di sana-sini. Persis bunyi langau sahaja.
Saat itu, dia masih lagi hanya membiarkan, sangkanya Cikgu Matematik, Puan Rohani sudah masuk untuk mengajar. Rupanya dia silap.
Saat kerusi di sebelahnya ditarik, barulah dia sedar sahabatnya yang masuk ke dalam kelas sebentar tadi. Tapi, kenapa keadaan kelas menjadi senyap sunyi, macam cikgu yang masuk.
Dia angkat mukanya dan pandang ke sebelah. Terbuntang terus matanya.
"Apa hal dengan korang ni?" Pantas dia membelek wajah Rizz di sebelahnya. Rizz mengaduh kesakitan apabila dia terpegang tempat yang terdapat lebam.
"Siapa buat semua ni kat korang, cakap dengan aku!" Sumpah, dia sudah berubah garang seperti singa saat itu.
Melihat Rizz dengan wajah yang lebam di sana-sini, manakala Hairi pula tidak kurang juga berbanding Rizz membuatkan perasaan marahnya membuak-buak.
"Sabar Karl. Benda dah settlle pun. Jangan risau." Dia masih juga tidak berpuas hati saat itu, namun Hairi memaksa dia supaya terus duduk.
"Kami nak ambil beg, nak balik dulu. Cikgu Azam akan hantar kami ke hospital dulu." Karl Adrian masih bingung.
Laju dia menangkap tangan Rizz, mahu penjelasan.
"Cakap dengan aku, siapa buat korang ni!" Sudah tinggi nadanya tika itu.
Rizz lepas keluhan, jelas ditelinganya ketika itu.
"Kau dah cakap tak nak ambil tahu lagi, kan? Jadi, kami tak mahu babitkan kau lagi. Benda pun dah jadi, biar je la."
Rizz terus melangkah meninggalkannya yang masih tidak faham situasi sebenar.
"Aku gerak dulu. Kau tak payah fikir la. Tak penting, pun." Hairi tepuk bahunya dan turut berlalu.
Dia terduduk.
Kata-kata Hairi masih terngiang-ngiang di telinga.
'Tak penting, pun.'
Berkali-kali tiga perkataan itu kerap berlegar sehingga tumpuannya lansung hilang sehari suntuk itu.
"Karl..." Panggilan emak mengembalikan dirinya dari lamunan.
Dia segera bangun dan melihat dirinya ke dalam cermin. Di sapu sisa air mata yang sudah kering di pipi. Rambutnya dikemaskan rapi. Akhir sekali, dia cuba merenggangkan wajahnya dan berlatih untuk senyum. Ketat rasanya mahu mengukir senyuman, berkali-kali dia mencuba barulah dia berjaya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Hero Aku
Novela JuvenilCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...