KARL Adrian termenung jauh. Rasa sesalnya masih kuat membuku di dada.Masuk hari ini, sudah tiga kes ditolak begitu sahaja. Hairi dan Rizz sangat tidak percaya dengan perubahannya yang mendadak itu.
Tapi, apa lagi yang mampu dia buat? Dia sudah bertekad, tidak mahu untuk menjadi hero lagi. Lebih baik dia berusaha untuk menjaga hati emaknya, dapat juga pahala.
Keluhan berat dia lepaskan.
Susah sebenarnya, lagi susah apabila ada kejadian pelajar perempuan diganggu berlaku di depan matanya dan dia berpura-pura tidak peduli lansung.
Susah rupanya apabila kita cuba lari daripada menjadi diri sendir.
"Karl, sampai bila nak macam ni?" soal Rizz yang sememangnya sangat pelik dengan perubahan tiba-tiba sahabatnya itu.
Karl Adrian sekadar mengangkat bahunya.
Ternaik kening Rizz dan Hairi.
"Serius la weh! Mana pergi semangat kau selama ni?" Karl Adrian angkat bahu lagi, sebagai jawapan.
Rizz dan Hairi saling berpandangan.
"Budak-budak dah mula berani sekarang, Karl. Sikit hari lagi, mesti lagi teruk. Serius kau nak biar je semua ni?"
Untuk sekelian kalinya, Karl Adrian tetap mengangkat bahunya sebagai jawapan.
Sungguh. Dia tidak peduli. Dia tidak boleh peduli sebenarnya. Dia sudah bertekad, hati emak harus dia jaga.
Dia tidak mahu emak menangis kerananya lagi. Dia tidak sanggup melihat air mata emak jatuh kerana dia.
"Tiba-tiba je kau ni, Karl. Tak ada angin, tak ada ribut... kau berubah sampai macam ni."
Karl Adrian tetap juga diam membisu. Dia tidak tahu mahu memberi alasan kepada dua sahabatnya itu.
Yang pastinya, dia tak mahu emak menjadi alasannya kerana baginya menjaga hati emak bukan satu alasan, tapi kewajipan.
Rizz dan Hairi jelas dengan riak tidak berpuas hati.
"Habis tu, macam mana sekarang?" soal Hairi pula.
Karl Adrian yang sedari duduk bersandar di dinding bangunan sekolah itu mula berdiri. Mata Rizz dan Hairi tidak lepas dari mengekori gerak-gerinya.
"Korang teruskan la, tanpa aku." Terangkat kening kedua mereka itu.
"Tapi Karl, tanpa kau... semua tak akan jadi sama lagi," bantah Hairi.
Karl Adrian pejam rapat matanya. Ya, dia sedar, hanya dia yang selama ini berani bertindak tegas kepada pelajar-pelajar lelaki yang membuat onar.
Hairi dan Rizz, hanya menjadi pembantunya. Mencari maklumat, cover line dan yang sewaktu dengannya.
"Sampai hati kau nak biarkan je, kami ni?"
Karl Adrian diam tanpa jawapan.
"Memang kita la yang teruk kena belasah, siapa je yang takut dengan kita?" Berkerut wajah Hairi mendengar kata-kata Rizz.
Memang betul pun.
Memang la mereka bole je nak belasah budak-budak yang buat hal, tapi... mereka bukan kuat mana. Tak macam Karl Adrian yang belajar seni mempertahankan diri.
"Teruklah kita lepas ni, Hairi."
Rungutan itu, Karl Adrian buat-buat tidak dengar. Dengan keluhan berat yang dilepaskannya, dia pun membuka langkah dan pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Hero Aku
Teen FictionCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...