"AKU tak sangka." Syed Zaheen bersuara lemah.Aaira Khayla yang berada di belakang sudah berkerut dahinya. Tadi, Aaira Khayla didatangi seorang pelajar dan memintanya berjumpa dengan Syed Zaheen di sini.
Untuk seketika, hatinya berbunga riang. Tapi, melihatkan situasi sekarang...
Jelas ditelinga Aaira Khayla keluhan kasar yang terbit dari mulut Syed Zaheen.
"Aku tak sangka kau macam tu." Sekali lagi Syed Zaheen mengulang.
Aaira Khayla masih kabur dengan maksud sebenar lelaki itu. Adakah kata-kata itu, ditujukan kepadanya?
Nanti...
Adakah dia tidak salah dengar? Syed Zaheen menggelar dirinya aku? Sejak bila? Sebelum ini, rasanya bicara Syed Zaheen tidak sekasar ini.
"Awak cakap apa ni?" Aaira Khayla memberanikan diri untuk mendapatkan penjelasan.
Saat yang sama, Syed Zaheen memusingkan tubuhnya. Terus matanya memandang ke dalam mata Aaira Khayla.
Gadis yang telah mencorakkan seribu rasa dalam hatinya.
"Kau jangan berlakon lagi Aaira. Aku paling benci dengan penipu!" Syed Zaheen menaikkan sedikit suaranya, terangkat bahu Aaira Khayla.
"Berlakon? Apa ni? Saya tak faham!" Tajam mata Syed Zaheen menikam mata Aaira Khayla.
Kepala digelengkan beberapa kali.
"Cukuplah Aaira. Tolong, berhenti perbodohkan aku."
Aaira Khayla semakin pelik. Sedikit pun dia tidak mampu memahami maksud sebenar Syed Zaheen.
Selama ini, mereka tidak pernah pun berbual panjang, dari mana pula datangnya kenyataan dia memperbodohkan Syed Zaheen?
"Saya tak faham! Awak nak cakap apa sebenarnya?" Aaira Khayla nyata sudah dapat menghidu sesuatu.
Hatinya kuat mengatakan semua ini pasti berkait rapat dengan segala rasa yang tidak enak yang dia rasakan sejak kebelakangan ini.
"Nanti..." Aaira Khayla bersuara menghentikan Syed Zaheen yang baru mahu memulakan bicaranya.
"Apa yang awak dah dengar?" Aaira Khayla terus menembak.
Sesungguhnya, dia terlalu ingin mengetahui akan isi cerita yang disebarkan mengenainya itu.
Dia bukan bodoh! Ya, dia boleh berbaik sangka untuk menyedapkan hatinya.
Dia telah cuba percaya kata-kata Nabella Areyn dan Aina Delisha yang mengatakan semua ini perkara biasa.
Tapi...
Cuba lihat sekarang!
Syed Zaheen sendiri sudah mula terpengaruh! Pasti ini bukan perkara biasa.
Pasti!
Malah, dia sangat pasti. Ini bukan cerita tentang dia yang kononnya berlagak acah diva itu.
Bukan juga setakat cerita tentang sikap dingin dan bekunya sehingga digelar Ice Queen.
Bukan! Dia yakin, ini pasti lebih serius lagi.
Syed Zaheen yang diajukan soalan itu terus tersenyum sinis. Menambahkan lagi rasa tidak enak dalam hati Aaira Khayla.
"Kenapa? Banyak sangat ke cerita yang patut aku dengar sebenarnya?" Syed Zaheen mengelilingi Aaira Khayla.
Menambah resah yang sudah membuak di dada Aaira Khayla.
"Apa kata kau sendiri yang cerita. At least, boleh aku bandingkan. Cerita mana yang lebih menarik."
![](https://img.wattpad.com/cover/170214961-288-k58288.jpg)
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
Teen FictionCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...