AAIRA Khayla lemah mengatur langkahnya. Baru sahaja sekejap tadi hatinya merasa gembira. Betul-betul gembira.Dia dapat keputusan cemerlang, walaupun tidak secemerlang Nabella Areyn dan Aina Delisha tapi bagi dirinya keputusan yang diperoleh itu sudah cukup memberikan kegembiraan buatnya.
Hari ini juga, hari dia dapat bertemu semula dengan sahabat-sahabatnya. Dia rindu pada mereka semua.
Rindu dengan keakraban Nabella Areyn dan Aina Delisha, rindu dengan sikap cool Syed Zaheen dan Afiq Mikhael, rindu dengn sikap gila-gila Rizz dan Hairi juga dia turut rindukan... Karl Adrian.
Karl Adrian!
Dia rindu segalanya tentang Karl Adrian. Selama tempoh mereka tidak bertemu, mereka hanya bersembang di dalam group Whatsapp sahaja. Itu pun, sangat terhad.
Maklum sahaja, mereka masing-masing bekerja. Macam Karl Adrian, dia bekerja di kedai serbaneka 24 jam. Jadi, dia sukar untuk selalu berada di dalam talian. Jarang sangat mereka akan bertembung dalam masa yang sama.
Biasanya, saat Karl Adrian di dalam talian biasanya sudah lewat malam. Waktu yang kebiasaannya dia sudah pun lena diulit mimpi. Atau pun, di awal pagi, saat dia sedang sibuk dengan kerjanya.
Jadi, dia sekadar dapat melepas rindu dengan hanya membaca segala perbualan Karl Adrian dengan mereka yang lain. Ada juga kadang kala perbualan dari Karl Adrian yang membuat senyumannya terukir tidak mahu padam. Karl Adrian... selalu akan bertanya tentang dirinya kepada rakan lain yang berada di dalam talian saat itu.
Tapi, itulah. Sekadar begitu sahaja. Karl Adrian sendiri tidak pernah menghantar mesej secara peribadi kepadanya. Maknanya, mungkin hanya dia yang sering merasa rindu kepada lelaki itu.
Dia tertunduk lemah. Kejadian tadi pula datang bermain-main di dalam kepalanya. Luahan berani pelajar perempuan itu tadi, benar-benar membuat dia merasa tergugat.
Batu-batu kecil yang berada di jalan, di sepak-sepaknya bagi menghilangkan rasa tidak senang dalam dirinya.
Tapi, rasa itu tetap juga degil! Tetap juga, duduk elok-elok dalam hatinya.
Arghhh!
Kenapa la berani sangat budak tu nak luah perasaan? Kenapa?
"Aaira..." Ternaik bahunya apabila namanya dipanggil seseorang. Laju dia berpaling ke belakang.
Kaku terus dia berdiri apabila melihat figura yang berdiri beberapa kaki daripadanya itu.
Air liur ditelannya. Bibirnya dikemam. Ah, perasaan apakah ini? Sudah lama mereka tidak lagi berdua begini. Dia benar-benar merasa kekok. Sangat-sangat!
Dia hanya terkebil-terkebil saat Layla Tasnim terus melangkah untuk mendekatkan jarak antara mereka.
"Tahniah Aaira." Dia gigit bibir bawahnya.
Layla Tasnim ucap tahniah? Macam dalam mimpi.
"Aaira, aku... aku nak minta maaf." Saat ini, matanya sudah terbeliak besar.
Rasa macam nak tampar diri sendiri sekarang ni, rasanya dia betul-betul sedang bermimpi.
"Aku banyak buat dosa kat kau. Aku, tuduh kau macam-macam... aku fitnah kau..." Layla Tasnim tundukkan wajahnya.
Mengungkapkan segala kelakuan jahatnya dulu, benar-benar seolah membogelkan diri di khalayak umum. Dia malu!
"Aku sedar, aku bodoh. Aku kecewa sangat masa tu. Aku tak boleh terima bila Harith tiba-tiba kata dia suka kau." Air mata Layla Tasnim sudah lebat membasahi pipinya. Suaranya juga adakalanya hilang dari pendengaran. Dia, kerap teresak-esak menangis.
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
Teen FictionCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...