"Aku ada benda nak settle dengan kau." Terjongket kening Syed Zaheen. Karl Adrian yang berwajah serius itu, dia pandang selamba."Nak settle apa? Nak buat pengakuan berani mati, ke?" Syed Zaheen tersenyum sinis di hujung ayatnya.
Fikirnya, Karl Adrian mahu mengaku setiap kesalahannya. Kalau benar begitu, memang mudah la kerjanya.
"Aku, nak kau dengar baik-baik..." Syed Zaheen agak terkejut apabila sangkaannya meleset. Tambahan pula, apabila Karl Adrin menujah dadanya beberapa kali.
"Sekali lagi, aku dengar kau naik tangan dekat Aaira, siap kau aku kerjakan..." Amaran keras Karl Adrian itu, hanya mengundang tawa kecil Syed Zaheen. Menambah bara yang sedang membahang dalam dada Karl Adrian ketika ini.
"Jap..." Syed Zaheen masih dalam sisa ketawa.
"Kau jangan cakap dengan aku, kau la bapak budak yang Aaira gugurkan tu." Saat ini, nafas Karl Adrian sudah mula turun naik.
"No wonder, kalau Aaira tu perangai dia macam setan. Rupanya, couple dengan bapak setan..."
Saat ini, Karl Adrian tidak menunggu lama. Penumbuk yang sudah dikepal padu, terus dilayangkan ke muka Syed Zaheen. Spontan wajah Syed Zaheen berpaling ke kiri.
Sejenak, Syed Zaheen terdiam. Terkejut apabila menerima tumbukan yang langsung tidak dijangka itu. Tangannya naik memegang rahang yang terasa kebas.
"Macam mana kau boleh terlalu yakin, semua cerita yang kau dengar tentang Aaira tu, betul? Cakap dengan aku!" Karl Adrian semakin mendekat dengan Syed Zaheen. Sehinggakan dada mereka, hampir sahaja bersentuhan.
"Cuba aku pula tanya kau soalan yang sama... Macam mana, kau yakin yang cerita tu semua palsu?" Syed Zaheen masih cuba berlagak tenang.
Dia tidak mahu terlalu terikut emosi marah. Kalau diikutkan hati, pasti Karl Adrian juga sudah menerima yang sama seperti yang diterimanya tadi.
"Sengal, kau ni nama je, ketua pelajar. Tapi otak kau, letak kat lutut! Benda kau boleh tanya sendiri la dekat tuan punya badan. Bukan percaya bulat-bulat apa je yang tersebar." Syed Zaheen geleng kepala.
"Serius la, kau percaya dengn kata-kata Aaira? Kau rasa, dia nak mengaku ke semua yang dia dah buat? Jijik, tau tak!"
Karl Adrian telan air liur. Nafas ditarik dalam. Sungguh, dia semakin hilang sabar dengan lelaki di hadapannya ini.
Kepala digeleng perlahan.
"Zaheen... mungkin betul cakap kau Aaira boleh je tipu aku..."
Syed Zaheen senyum puas saat merasakan Karl Adrian mula sependapat dengan dirinya.
"Tapi, boleh jadi Layla pun menipu kau juga!" Saat ini, senyuman di bibir Syed Zaheen mati terus.
Riaknya, nyata tidak berpuas hati.
"Kau budak cerdik la Zaheen. Guna akal. Bodoh tu, simpan sikit untuk masa depan. Jangan guna semua sekarang ni."
Syed Zaheen ketap rahangnya. Serabut sebenarnya memikirkan masalah ini.
Aaira Khayla itu, pernah berada dalam hatinya. Dia pernah merindui gadis itu setiap saat.
Tapi, bila kebenaran tentang peribadi gadis itu terbongkar?
Ah, hanya dia yang merasa bagaimana sakitnya dia ketika itu! Sudah disemai elok rasa cintanya. Namun tak sangka, racun yang disiram Aaira Khayla.
Ini bukan salahnya kalau rasa itu bertukar benci. Dia terasa seperti diperbodohkan. Tak sangka, gadis dingin seperti Aaira Khayla yang kononnya suci rupanya lebih kotor dari sampah.
![](https://img.wattpad.com/cover/170214961-288-k58288.jpg)
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
Teen FictionCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...