DHA_24

589 25 4
                                        


SYED Zaheen seolah telah kehilangan fokus sejak kebelakangan ini. Dia sering merasa tidak tenteram. Hatinya sentiasa dipalu gelisah.

Tak sangka, begitu mudah dia terpedaya dengan penipuan Layla Tasneem.

Bodoh betul!

Sekarang, kepalanya ligat memikirkan cara untuk meminta maaf kepada Aaira Khayla. Persoalannya, adakah Aaira Khayla akan sudi memaafkan dirinya?

Dia sedar, dia sudah tersilap percaturan. Mempercayai Layla Tasneem bulat-bulat merupakan perkara paling bodoh yang pernah dia lakukan.

Jatuh sudah reputasinya sebagai seorang ketua pelajar. Ketua pelajar konon. Ketua pelajar, sudah tentu bijak,  berwibawa dan berkaliber.

Tapi dia?

Semua reputasi miliknya itu, bagai  lenyap dalam sekelip mata sahaja. Siapa lagi yang akan mempercayai kebijaksanaan dirinya.

Menyesal sungguh dia rasakan. Entahlah, dia sendiri pelik bagaimana dia boleh bertindak terburu-buru tanpa berfikir semasak-masaknya.

Dia yang sebenarnya, bukan begitu.

Adakah kerana rasa yang baru mahu mekar dalam hatinya terhadap Aaira Khayla yang membuatnya bertindak sejauh itu?

Waktu itu, dia takut sebenarnya. Takut sekiranya dia dibutakan oleh rasa cinta yang mendalam terhadap Aaira Khayla, sehingga segala keburukan Aaira Khayla tetap akan terlihat cantik di matanya.

Sudah terlalu banyak kes buta kerana cinta yang sudah dia saksikan. Bukan sahaja dalam drama di televisyen, malah kehidupan realiti juga begitu.

Jadi, dia tidak mahu menjadi seperti mereka semua itu. Dia cuba bersikap realistik dengan cuba mendengar cerita mengenai Aaira Khayla itu.

Apatah lagi, yang membawa cerita itu adalah Layla Tasneem, sepupu Aaira Khayla sendiri.

Jika difikirkan logik akal, Layla Tasneem tidak punya sebab untuk memburuk-burukkan Aaira Khayla.

Tapi, rupanya dia silap!

Terlalu banyak rupanya rasa sakit dan dendam yang disimpan Layla Tasneem, sehingga sanggup memburukkan Aaira Khayla sehingga ke tahap itu.

Syed Zaheen pejam rapat-rapat matanya. Sesunguhnya, penyesalan yang ditanggung saat ini, begitu menyesak di dada.

Perlahan-lahan, nafasnya di atur semula. Mata dibuka semula dan dia pandang sekilas ke sekitar kawasan sekolah.

Tiba-tiba...

Syed Zaheen melopong. Dikedip-kedipkan matanya berulang kali. Benarkah apa yang dilihatnya ini?

Bukankah itu, Aaira Khayla? Tapi, kenapa dia kelihatan lain?

Lebih cantik.

Pantas dia membuka langkah. Mahu menyaingi langkah Aaira Khayla yang agak jauh ke depan.

"Aaira... Aaira!" jeritnya mahu menghentikan langkah Aaira Khayla.

Dia tersenyum lega apabila melihat langkah Aaira Khayla terhenti. Saat Aaira Khayla berpaling, dia terkedu.

Langkahnya terhenti. Bukan sahaja langkahnya, bahkan detakan jantungnya juga turut terhenti sama.

Aaira Khayla, yang sedang berada di hadapannya ini... kelihatan sangat berbeza. Sangat cantik! Sangat cantik tanpa cermin mata besar yang biasa dipakai gadis itu.

Adakah, rasa cintanya terhadap Aaira Khayla masih belum padam. Ya, dia yakin, rasa cinta itu masih bersisa.

Sedangkan, saat gosip murahan itu sedang liar diperkatakan juga dia tahu, hatinya masih juga mahukan Aaira Khayla.

Dia Hero Aku Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang