DHA_5

589 43 20
                                    


Aaira Khayla

Aku merenung jauh mengingatkan pelbagai ragam yang telah kutempuh sejak kebelakangan ini.

Sakit, sendiri, kecewa... semua rasa itu sentiasa mengiringi ke mana jua langkahku pergi.

Kerana itu, aku bertekad untuk tidak mempercayai lagi perhubungan yang digelar sahabat.

Aku serik!

Namun, entah mengapa kehadiran Nabella Areyn dan Aina Delisha langsung tidak dapat aku hindari.

Jelas usaha mereka yang mahu menjalin hubungan persahabatan denganku. Membuatkan aku merasa tidak berdaya untuk menolak kehadiran mereka. 

Namun, jauh di sudut hati... perasaan takut itu sentiasa mendahului.

Bagaimana jika aku perlu mengulangi derita yang sama kelak? Adakah aku akan kuat untuk menempuh kesakitan itu sekali lagi?

Ah, aku benar buntu.

Risau namun dalam masa yang sama hatiku mendesak untuk kembali menjadi diriku semula.

Sampai bila harus aku menahan rasa? Terpaksa memendam segala perasaan hanya kerana perasaan takut disakiti itu lebih mendahului segalanya?

Keluhan berat aku lepaskan. Mata, kupejam rapat. Dada yang terasa sesak itu aku pegang dan kuurut perlahan.

Semoga keputusan ini yang terbaik. Aku perlu memberi peluang. Untuk mereka dan juga untuk diriku sendiri.

Ya, untuk diriku sendiri.

***

"Maaf..." Aaira Khayla berpaling melihat ke belakang.

Senyuman yang terukir tadi terus lenyap perlahan-lahan.

"Aaira..." Aaira Khayla hanya terus mendiamkan diri. Memandang Syed Zaheen yang kelihatan tidak betah berdiri dengan betul itu. Dia kelihatan, sangat resah.

Aaira Khayla sekadar mengangkat keningnya. 

Syed Zaheen menelan liur. Kenapa gadis di depannya ini masih kelihatan dingin dengan dirinya?

Sudah beberapa hari ini dia  memerhatikan Aaira Khayla. Dia sepertinya sudah banyak berubah.

Aaira Khayla sudah tidak sedingin dahulu. Sudah acap kali dia melihat senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu. Biarpun senyuman itu hanya terbit saat dia bersama dengan dua rakan baiknya itu sahaja.

Syed Zaheen sebenarnya terasa rindu. Kalau dahulu, sekurang-kurangnya setiap pagi pasti dia akan dapat bertentang mata dengan gadis itu.

Tetapi, sejak kebelakangan ini... Aaira Khayla sudah tidak lagi hadir lewat ke sekolah. Dia sering kelihatan hadir ke sekolah bersama-sama Areyn Nabella dan juga Aina Delisha.

Walaupun itu perkembangan yang baik, namun jauh di sudut hati... semua itu telah membenihkan rasa rindu dalam sanubarinya.

Keinginan untuk mendekati gadis bernama Aaira Khayla semakin mendesak rasa. Apatah lagi setelah melihat perubahan yang dilakukan gadis itu.

Tetapi...

Aaira Khayla yang berdiri di hadapannya sekarang ini... Masih juga dingin. Adeh!

Areyn Nabella dan Aina Delisha yang berada di belakang Aaira Khayla terus memerhatikan Syed Zaheen.

Mereka berdua juga terasa aneh dengan kelakuan ketua pelajar sekolah mereka ini.

Ada apa sebenarnya?

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now