Demi Sebuah Rasa

841 24 2
                                        


Assalamualaikum

Hai semua, see you again. 🙊🙈

1st sekali nak cakap, untuk sesiapa yang da baca Dia Hero Aku sampai habis, tQ sangat-sangat. 😍😘 Amie hargai semuanya.

So, hari ni Amie nak bg tahu, story baru da publish. ✌😬

Tadaaa....

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Kat bawah ada sinopsisnya. 👇

Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi.

"Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar.

Kewujudan Daryna Haira sangat menguji kekuatan seorang Dyan Uqasha. Papa dan mama membuangnya dari hidup. Namun dia cuba tabah dengan pilihan yang telah dibuat.

"Kalau nak kemaafan dari kami, terima anak Tan Sri Dawud." -Datin Delaila.

Demi sebuah kemaafan, Dyan Uqasha akur dengan kehendak takdir. Kehadiran Daim Luqman cuba diterima setulus hati.

"Dyan, I bukan nak kahwin dengan you. Tapi, dengan Daryna, mama dan papa you, Mak Cik Leha you... I nak sayang semua yang you sayang, tahu tak?" -Daim Luqman

Saat hati mula terbuka untuk menerima Daim Luqman, muncul Faid Harraz menuntut pengertian.

"Lama aku cari kau. Bertahun Dyan! Kenapa kau pergi macam tu je?"- Faid Harraz.

"Kau dan aku sama-sama tak bersalah. Lupakan semua! "-Dyan Uqasha.

Demi Sebuah Rasa, menyingkap rasa seorang Dyan Uqasha.

So, jemput baca yea semua. 😉 Harap korang still support Amie n enjoy dengan cerita ni. ✌😘

TQ😅

XOXO

💙❤

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang