DHA_15

569 34 1
                                    


AAIRA Khayla sudah tidak senang duduk. Hampir setengah jam dia menanti di hadapan bilik kaunseling itu, namun apa yang ditunggu masih juga tidak muncul-muncul.

Rasa gelisah mula merebak ke dalam dada. Tangannya diramas-ramas tidak keruan.

Matanya masih juga berpusat ke pintu bilik displin itu. Dengan harapan, pintu itu akan terbuka segera.

Tapi, masih juga hampa.

Dia tarik nafas dalam. Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam fikirannya.

Sungguh, dia langsung tidak merasa tenteram. Masa... tolonglah cepat berlalu.

Dia mula mundar-mandir. Namun pandangan mata masih jugak tidak berganjak daripada pintu kaku itu.

Dia makin dikuasai rasa gelisah. Dadanya terasa penuh. Sesak!

Dia berhenti dari terus mundar-mandir tanpa arah. Tubuhnya dipacak betul-betul di hadapan pintu bilik displin itu.

Ah, kalau ikutkan hati... mahu sahaja dia merempuh masuk. Tidak betah untuk dia terus menunggu begini.

Tapi...

Di dalam sana... ada Cikgu Mokhtar,  kot. Garangnya, bukan biasa-biasa. Tidak dia peduli murid perempuan atau siapa sahaja, kalau tidak kena dengan anginnya, semua pun akan disebat.

Aaira Khayla pejam mata rapat-rapat. Dia tarik lagi nafas dalam-dalam. Saat itulah, dia terdengar pintu dibuka dari dalam.

Besar matanya menanti kelibat yang akan dia lihat.

Syed Zaheen yang pertama keluar. Langkahnya terhenti seketika apabila melihat Aaira Khayla. Sedetik, mata mereka bertentangan.

Aaira Khayla telan air liur. Dalam masa yang sama, Karl Adrian sudah terpacak di belakang Syed Zaheen.

Dia turut terkejut apabila mendapati susuk Aaira Khayla yang menyambut mereka di depan pintu bilik displin itu.

Karl Adrian pandang Aaira Khayla. Namun mata Aaira Khayla tetap memandang Syed Zaheen.

Mata mereka yang sedang bertaut itu, mati apabila Syed Zaheen memilih untuk membawa diri.

Karl Adrian masih juga memusat pandangannya kepada Aaira Khayla. Dia tersenyum sinis apabila menyedari Aaira Khayla masih juga mengekori Syed Zaheen dengan pandangan matanya.

"Aaira..." panggil Karl Adrian.

Namun, Aaira Khayla seolah hanyut dalam dunianya sendiri. Dia langsung tidak menoleh memandang Karl Adrian yang memanggil.

"Zaheen..." Karl Adrian menangkap suara yang terdengar perlahan keluar dari mulut gadis di sisinya itu.

Karl Adrian memandang Aaira Khayla tidak percaya

"Zaheen!" Kali ini suara Aaira Khayla makin jelas kedengaran diikuti langkah kakinya yang dibawa laju mengekori Syed Zaheen yang sudah berlalu tadi.

Karl Adrian tersentak!

Matanya hanya terus memandang jasad gadis yang mula mendapat tempat dalam hatinya itu mengejar lelaki yang sudah beria-ia memijak maruahnya.

Karl Adrian ketap rahangnya. Bahunya jatuh, lemah sungguh dia rasakan.

Senyuman sinis terukir lagi di bibirnya.

Ini rupanya balasan untuk dia yang bersungguh membela maruah seorang Aaira Khayla.

Akhirnya, dia lebih memilih peduli tentang lelaki itu. Lelaki yang tidak sebelah mata pun sudi memandangnya lagi.

Karl Adrian mengangguk kepalanya berkali-kali.

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang