DHA_1

970 58 8
                                    

Ditulis oleh :: _Aisywa

***

KRINGGG!!!

Bunyi loceng menandakan perhimpunan, akan bermula. Syed Zaheen yang sedang bertugas, terus sahaja menutup pagar bersama pengawal.

Buku notanya dicapai lantas menyemak senarai nama pelajar yang lewat. Baru sahaja kakinya mahu melangkah pergi, telinganya menangkap satu suara.

"Maaf!"

Pantas Syed Zaheen menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gadis yang baru sahaja tiba. Pengawal hanya menganggukkan kepala dan membenarkan gadis itu masuk.

Gadis itu melintasi Syed Zaheen dengan muka selamba. Lagaknya, seolah Syed Zaheen tidak wujud langsung di situ.

"Maaf, awak sedar tak yang awak lewat?" tegur Syed Zaheen sambil menyaingi langkah gadis itu.

"Oh, okey!" balas gadis itu selamba lalu kembali menyambung langkah.

"Nama?" soal Syed Zaheen.

Sekali lagi langkah gadis itu terhenti dan memandang Syed Zaheen dengan renungan tajam.

"Aaira Khayla," jawab gadis itu acuh tak acuh.

"Kelas?" soal Syed Zaheen lagi

"5 Bulan." Gadis itu menjawab walau jelas riak bosan diwajahnya.

Syed Zaheen mencatat nama dan kesalahan Aaira Khayla di dalam buku notanya.

"Alright. Disebabkan kau datang lambat, kau kena ikut aku."

Gadis itu menayang muka penuh tanda tanya.

"Pergi mana?" soalnya ragu.

"Hati aku," jawab Syed Zaheen cuba berlelucon.

Sebaliknya, Aaira Khayla terasa geli-geleman sebaik mendengar jawapan daripada Syed Zaheen. Dia, langsung tidak cair apatah lagi merasa suka. Rasa benci dan jijik, adalah.

Syed Zaheen yang perasan mimik muka Aaira yang seakan tidak terkesan dengan jawapannya terus berdehem perlahan.

"Ehemm... berdiri di koridor sehingga sesi perhimpunan tamat bersama pelajar lain," arah Syed Zaheen bagi menutup malu.

"Okey."

Aaira Khayla terus meninggalkan Syed Zaheen di belakang. Sejujurnya, Aaira Khayla amat tidak suka berada terlalu hampir dengan lelaki dan dia bukanlah seorang yang peramah seperti gadis yang lain.

Dengan malas, Aaira Khayla
menyertai barisan pelajar yang lewat hadir. Perhimpunan baru sahaja bermula dengan nyanyian lagu patriotik. Ahh, bosan!

Setelah lama berdiri, kini tiba masanya untuk Tuan Pengetua berucap di atas pentas. Aaira Khayla sudah berasa kakinya lenguh tapi dia tidak akan sesekali mengeluh. Apa saja yang dikatakan oleh Tuan Pengetua, seakan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Seusai Tuan Pengetua berucap, semua pelajar diminta naik ke kelas masing-masing. Aaira Khayla terus sahaja melangkah naik ke kelasnya, 5 Bulan.

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi dan terus kepalanya diletakkan ke atas meja. Bosan.

"Hai, Aaira!" sapa Nabella Areyn iaitu pelajar yang semeja dengannya.

Tiada respon dari Aaira Khayla. Nabella Areyn yang sudah masak dengan perangai Aaira Khayla tidak langsung mengambil hati malah tidak putus asa mahu terus bertegur sapa.

"Aaira, nanti projek sains kita berkumpulan dengan Aina, nak tak? Puan Fariza kata satu kumpulan tiga orang. Jadi... kau, aku dan Aina. Cukup tiga orang." Ceria sahaja suara Nabella Areyn mencadangkan.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now